Ashraf Jalani Pembedahan Usus

Saturday, December 12, 2009 marina 0 Comments


Pelakon kacukan Ashraf Sinclair yang juga suami kepada Bunga Citra Lestari, dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan usus semalam selepas diserang sakit perut yang teruk.

Pengurus peribadi mereka, Doddy, telah membuat pengesahan mengenai berita ini melalui telefon kepada pihak media di Jakarta, semalam.

"Ya, memang benar Ashraf berada di hospital. Pagi semalam dia dibawa ke hospital dan terus menjalani pembedahan itu. Setiba di sana, doktor menjelaskan bahawa ususnya ada masalah," kata Doddy.

Doddy turut menjelaskan, pelakon filem Saus Kacang itu masih dalam rawatan di Rumah Sakit Abdi Waluyo, Menteng, Jakarta Pusat dan ditemani oleh Bunga. Difahamkan, keadaan Ashraf masih lagi lemah dan tidak boleh bercakap.

 "Disebabkan kejadian ini, Ashraf terpaksa menghentikan seketika shooting drama Stripping yang dibintanginya. Apa boleh buat, ini adalah musibah yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami telah meminta kelonggaran dari pihak produksi untuk memberikan rehat kepadanya. Mungkin dia akan sembuh dalam masa 3 atau 4 hari lagi," jelas Doddy.

0 ayat cinta: