AJL24 Menelan Bajet RM2 juta

Friday, December 18, 2009 marina 1 Comments


Anugerah Juara Lagu (AJL) acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh semua. Bagi mereka yang sempat menyaksikan AJL23 di awal tahun ini, sudah pastinya ramai yang bersetuju, ia memang hebat. Hinggakan berjaya menjulang trofi Rancangan Muzikal Terbaik di Anugerah Skrin 2009 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Semestinya untuk AJL24 penonton mengharapkan sesuatu yang lebih dan kali ini, tanggungjawab memastikan itu berlaku terletak pada Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit AJL24.

Dengan bajet sebanyak RM2 juta – menurut ketua pegawai eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Dato’ Sri Farid Ridzuan, ia antara bajet yang terbesar yang dikeluarkan untuk AJL – harapan adalah pada Gbam untuk menghasilkan sebuah ‘show’ yang bukan saja mantap tetapi ‘meletop’.

Mengambil masa enam bulan untuk membuat persediaan, Gbam berkongsi beberapa ‘highlights’ yang telah dirancang untuk AJL24:

1. Dato’ Siti Nurhaliza diberi penghargaan untuk membuka tirai pada malam itu.
2. Buat pertama kalinya, pentas AJL boleh bergerak.
3. Seiring dengan tema AJL24, ‘Music Unfolds’ yang menerapkan perkembangan dan perjalanan muzik tempatan, telah diundang band-band popular dari tahun 60-an hingga 2000.

Mereka adalah Datuk Jeffrydin dan Sea Club 5 mewakili tahun 60-an, Jay Jay untuk tahun 70-an, bagi tahun 80-an dan 90-an, Search, sementara Meet Uncle Hussain untuk tahun 2000.

Rasional menampilkan kugiran, jelas Gbam, adalah kerana ingin menunjukkan fenomena band sudah ada dalam industri muzik tempatan sejak 60-an lagi.

Jika anda ingin tahu sehebat mana AJL24, jangan lupa menontonnya pada 10 Januari depan, jam 9 malam, sama ada secara langsung melalui TV3 atau di Stadium Putra Bukit Jalil.

1 comment:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=6TtpOj8hot0&feature=player_embedded

    Apakah bezanya?...renung2kan..

    ReplyDelete