Jaclyn Victor: Saya Tak Layak

Wednesday, December 09, 2009 marina 0 Comments


"Saya terkejut bila nama saya diumumkan. Awalnya, saya ingatkan mereka yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini yang layak tercalon untuk Anugerah Yasmin Ahmad. Jadi saya yakin Azean Irdawaty yang akan menang sebab tidak perlu disangkal kebolehannya. Sebab itu, bila nama saya diumumkan, saya tak rasa saya layak.

"Tapi sekarang bila diberitahu anugerah ini diberi kepada bakat baru yang berpotensi tinggi, saya rasa ini satu penghargaan yang sangat besar buat diri saya, lebih-lebih lagi ini bukan bidang saya. Saya seorang penyanyi bukan pelakon. Bila saya dapat tawaran ini ('Talentime"), ia satu peluang untuk melihat diri saya dalam bidang yang lain.

"And of course, it's a great birthday present," ujarnya yang kebetulan menyambut ulangtahun ke-31nya malam tadi.

Kongsinya lagi, apabila arwah Yasmin meninggal, dia sukar untuk menerima mana-mana tawaran lakonan.

"Itu cara saya berkabung dan mengingatinya. Tapi di pentas tadi, Datin Orked sempat memberitahu saya bahawa tiada orang lain dalam pendapatnya dan rasanya dia juga bercakap bagi pihak mak (panggilan untuk arwah), yang layak untuk mendapat anugerah ini dan dia ingin saya sambung lagi alam bidang ini. 'But I don't know. I still don't think I'm ready.' Tengoklah jika ada peluang yang jatuh ke riba dan masa mengizinkan."

0 ayat cinta: