Remy Ishak Hanya Nak Elak Serangan Ummi Nazeera
Bagi mereka yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku di antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera sehingga Remy diserang tujuh lelaki di Istana Budaya baru-baru ini, nampaknya B*Pop hari ini ada 'scoop'-nya.Seperti tajuknya, 'Remy dedah cerita sebenar', hampir semua persoalan yang bermain di fikiran anda, dijawab oleh Remy.
Perjelaskan hubungannya dengan Ummi
Remy akhirnya mengaku mempunyai "hubungan istimewa" dengan Ummi (walaupun dalam Utusan Malaysia hari ini - '"Buktikan saya kaki pukul" - Remy Ishak' - diakuinya mereka menjalin "hubungan cinta") tetapi kerana ingin menjaga nama baik keluarga Ummi, digambarkan perhubungan mereka sekadar kawan baik.
Luah Remy, dia tahu keluarga Ummi tidak senang dengan hubungan mereka berdua. Kerana ingin menjaga hubungan mereka sekeluarga, Remy memutuskan untuk mengundur diri dari perhubungannya dengan Ummi.
"Saya tak boleh ‘kawal’ Ummi dan tak boleh berada di dalam dunia Ummi. Dunia kami berbeza, saya sedar siapa diri saya dan di mana saya berdiri," katanya.
Ummi yang pukul
Cerita Remy, Ummi telah meminta bertemu dengannya. Pada pertemuan itu, timbul sedikit salah faham - katanya ada suatu 'benda' yang telah diambil Ummi - yang menurut Remy, mencetuskan kemarahan Ummi dan dirinya, sehingga dia mencampakkan telefon bimbit Ummi.
Awalnya, dia telah beredar dari situ kerana ingin mengelak dari keadaan bertambah buruk. Tetapi kerana menyesali perbuatannya (mencampakkan telefon bimbit Ummi), dia kembali mencari Ummi.
Masa itulah Ummi dikatakan menyerangnya bertubi-tubi. Kata Remy, dia merasakan ada sesuatu yang mempengaruhi fikiran Ummi pada malam itu. Dalam ingin mengelak serangan Ummi, tangan Remy terkena mukanya, menyebabkan Ummi "jatuh tersembam ke lantai".
Balas dendam
Ekoran dari insiden itu, keesokan harinya, Remy dibelasah tujuh orang lelaki, dan dedahnya, salah seorang mereka merupakan ahli keluarga Ummi sendiri.
0 ayat cinta: