Ummi Nazeera Tak Mahu Komen Pasal Remy Ishak
Setelah menangguhkan pelajarannya selama dua tahun selepas SPM untuk fokus dalam bidang lakonan, Ummi Nazeera merasakan sudah tiba masanya untuk beliau menyambung kembali pengajiannya.
"Usia Ummi bakal menginjak 20 tahun. Bagi Ummi, sudah sampai masanya untuk Ummi mula merancang pengajian Ummi," katanya yang akan memilih bisnes sebagai jurusannya kerana meminati bidang itu.
Meskipun semester pertama bagi kebanyakan institut pengajian tinggi akan bermula pada bulan depan, namun Ummi masih belum pasti universiti mana yang bakal dihadirinya.
"Ummi sebenarnya tak kisah kalau belajar di sini tapi ada baiknya jika menuntut di luar negara, luaskan lagi minda Ummi. 'I'm quite excited actually'," katanya yang belum pernah berjauhan dari keluarga untuk tempoh yang lama.
"Sebab tu keluarga sedang mempertimbangkan Australia kerana jaraknya lebih dekat dan makcik pun boleh ikut sama untuk menjaga Ummi."
Tapi, bagaimana jika perancangan pengarah Kabir Bhatia untuk meneruskan musim kedua 'Nur Kasih' atau membawanya ke layar perak dapat direalisasikan?
"'There'll be summer breaks' tapi ia juga bergantung pada jadual Ummi. Jika filem, insyaAllah Ummi dapat meluangkan masa. Tapi kalau drama, rasanya tak dapat. Pelajaran itu keutamaan Ummi."
Tambah anak bongsu dari dua beradik ini lagi, keputusannya untuk sambung belajar tidak bermakna dia akan meninggalkan bidang lakonan sepenuhnya.
"Ummi masih mahu terus terlibat dalam bidang ini. Ia akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri Ummi," ujarnya yang kelihatan dengan cermin mata gelap kerana sakit mata sebab “jatuh hari tu”.
Janji beri kenyataan
Tatkala ditanya adakah keputusannya sambung belajar ada kaitan dengan Remy Ishak, Ummi terdiam sebentar. Sejak insiden Remy dipukul sekumpulan lelaki Jumaat lalu di Istana Budaya, ada yang berspekulasi bahawa Ummi adalah anak gadis seorang ahli perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan media yang telah Remy kasari.
"Ummi akan berikan kenyataan Ummi pada minggu ini," katanya mengakhiri perbualan.
Ketika berlangsungnya sesi Star Chat tengah hari tadi, bila ada yang bertanyakan tentang Remy, Ummi membalas dengan menulis "no comment la pasal Remy. Dia ok.. isyaAllah he'll be better.. jangan risau k..."
Perhubungan Ummi dan Remy sudah lama diperkatakan orang ramai, namun masing-masing enggan mengaku perhubungan yang terjalin sejak musim pertama drama 'Awan Dania' itu lebih daripada teman baik.
0 ayat cinta: