Apa Hubungan Naizle Dengan Stacy?

Friday, December 04, 2009 marina 0 Comments


Penyanyi lagu Pendeta, Aliff Naizal Azizul Mahmud, 24, atau Naizle, awalnya kurang dikenali walaupun lagunya menjadi lagu tema drama Tari Tirana di TV3. Bagaimanapun, Naizle tiba-tiba mendapat perhatian selepas namanya dikaitkan dengan penyanyi lagu Pakai Buang, Stacy. Selain Stacy, Naizle turut diheret dengan gosip yang menuduhnya sebagai punca keretakan rumah tangga pelakon berbakat besar, Wan Sharmila.


Jom ikuti temuramah murai.com.my bersama Naizle, baru-baru ini.


MURAI: Apa komen Naizle tentang peminat yang kecewa dengan persembahan Naizle dikatakan selalu 'pancit' dan tidak sampai key?
NAIZLE: Saya baru 3 bulan jadi penyanyi. Saya minta maaf kalau perkara itu mengecewakan mana-mana pihak. Saya masih baru dan terlalu gemuruh. Inilah pertama kali saya menyanyi depan ramai orang. Sebelum ini pun saya hanya menyanyi dalam karaoke saja. Saya berjanji akan perbaiki mutu persembahan saya.

MURAI: Difahamkan, Naizle keluarkan duit sendiri untuk hasilkan single Pendeta dan video muzik yang akan dilancarkan pada Sabtu ini (5 Disember 2009). Adakah perkara ini membuatkan Naizle bersikap sambil lewa?
NAIZLE: Sebenarnya, saya buat semua ini sebab saya minat menyanyi. Sebelum ini, saya selalu fikir kenapa saya asyik buang duit dengan kerap pergi karaoke. Jadi, apa salahnya saya laburkan duit sendiri untuk buat satu lagu dan muzik video. Untuk itu, saya belanjakan kira-kira RM15,000. Tapi ia bukan duit saya seorang, ia pelaburan saya dan famili.

MURAI: Setakat ini, adakah Naizle rasa berbaloi dengan pelaburan RM15,000 itu?

NAIZLE: Alhamdulillah. Secara jujur saya rasa berbaloi. Apatah lagi ia terpilih menjadi lagu siri Tari Tirana. Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu produser Tari Tirana mahu gunakan lagu saya. Syukur alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang terlibat.

MURAI: Apa perancangan Naizle seterusnya?
NAIZLE: Minggu depan, saya akan masuk studio untuk rakam single kedua. Saya masih gunakan khidmat Omar K sebagai komposer. Untuk lagu ini, melodi dan lirik adalah ciptaan saya sendiri. Tajuknya ialah Tentangmu.

MURAI: Adakah lagu Tentangmu ini berkaitan dengan Stacy yang pernah digosipkan sebagai kekasih Naizle?
NAIZLE: Sebenarnya, hubungan saya  dan Stacy tak lebih dari seorang ahli kelab peminat dengan artis. Saya sendiri tak pernah borak panjang dengan Stacy apatah lagi pergi dating dengan dia.

MURAI: Benarkah selama ini Naizle banyak menaja Stacy?

NAIZLE: Saya tidak pernah taja dia pun. Bila saya masuk meeting dengan fanclub Stacy, saya cuba membantu sikit sebanyak. Saya bukanlah taja sepenuhnya untuk mana-mana program Stacy bersama peminat. Ia sekadar sumbangan saya untuk menolong apa yang mampu. Semua itu hanya salah sangka.

MURAI: Benarkah sebelum ini Naizle tidak menetap di Malaysia dan Stacy adalah gadis Malaysia pertama yang berjaya memikat Naizle?
NAIZLE: Saya baru saja 2 tahun pulang ke Malaysia. Pada 2002, saya tinggal di Australia lebih kurang setahun lebih dan antara 2004 sampai 2006, saya menetap di Jakarta. Sebelum ini saya memang ada awek di Jakarta tapi sebelum pulang ke Malaysia, cinta kami outus. Selepas balik Malaysia, Stacy adalah gadis pertama yang menawan hati saya. Hanya minat bakat dan penampilan dia, bukan bercinta.

MURAI:  Benarkah Naizle berikan hadiah istimewa kepada Stacy semasa hari jadinya ,baru-baru ini?
NAIZLE: Oh... sekadar Teddy Bear berwarna coklat saja.

MURAI: Benarkah Naizle pantang tengok artis cantik dan terus tergoda?

NAIZLE: Sebenarnya, saya tak banyak kawan wanita. Jadi, saya hargai sangat kalau dapat berkawan dengan wanita.

MURAI: Apa yang menyebabkan Naizle tertarik dengan Stacy?

NAIZLE: Saya mengikuti perkembangan Stacy sejak dia masuk AF lagi. Dia seorang yang sangat ceria dan riang. Saya  memang tak suka perempuan yang jenis control cun. Saya jenis hohahoha atau bising. Senang cakap, macam Stacylah.

MURAI: Kenapa setiap kali ditanya tentang Stacy, Naizle seolah-olah mengelak atau takut?
NAIZLE: Saya bukannya takut atau apa-apa. Cuma saya tak mahu orang kenal saya sebab Stacy. Saya tak mahu tumpang populariti Stacy atau mana-mana artis lain. Saya nak berdiri dengan diri saya sendiri.

MURAI: Selain dari Stacy, murai.com.my difahamkan Naizle juga ada kaitan dengan penceraian pelakon Wan Sharmila. Malah ada yang cakap, Naizle orang ketiga dalam konflik itu.
NAIZLE: Peliknya. Ia tidak benar. Sebenarnya semasa saya kenal dengan Wan Sharmila, saya pun tak tahu dia dah kahwin. Itu pun saya jumpa dia bersama semua pelakon Tari Tirana lain.  Saya minat Wan Sharmila sebab lakonan dia saja - tidak lebih dari itu. Saya amat harap kedatangan saya dalam dunia seni ini tidak disalahertikan.

Berikut adalah info pelancaran muzik video Pendeta:

Tarikh: 5 Disember 2009
Masa: 8 malam
Tema: Putih
Lokasi: RESTORAN INTAI-INTAI, Backyard Lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang,
Selangor.

0 ayat cinta: