Siti kekal 9 tahun paling popular serantau APM 2009!

Monday, July 20, 2009 marina 0 Comments


Siti kekal 9 tahun paling popular serantau APM 2009!

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, masih mengekalkan popularitinya di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, malam tadi.


Kemenangan itu sekaligus mengekalkan takhtanya dalam kategori itu selama sembilan tahun berturut-turut.


Bukan itu sahaja, Siti turut meraih kemenangan bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo!.


Kedua-dua kategori tersebut diadili menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka sejak pertengahan bulan Jun lalu.


Selain Siti, Aizat turut memenangi dua anugerah di APM 2009 iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) dan Lagu Paling Popular (Malaysia) dikira berdasarkan jumlah muat turun.


Kedua-dua kategori itu menang menerusi single pertama dalam album pertamanya iaitu ‘Hanya Kau Yang Mampu’.


Sementara itu, penyanyi Indonesia, Afgan dan kumpulan Yovie & Nuno turut memenangi dua kategori di majlis anugerah yang pertama kali diadakan di negara mereka.


Afgan meraih kategori Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik menerusi album ‘Confession No. 1’ manakala Yovie & Nuno mengungguli kategori Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi album ‘The Special One’ dan Artis Indonesia Paling Popular.


Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.


Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM - serta Beyond Events Sdn. Bhd. merupakan penganjur bersama APM 2009.


Ia turut mendapat kerjasama dan sokongan padu seperti tahun-tahun dahulu daripada Music Award Foundation (Yami) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI).


Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:

1) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

2) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)- Ayu (Hanya Di Mercu

3) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)-Kotak (Masih Cinta)

4) Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu- Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

5) Artis Lelaki Terbaik- Afgan (Confession No. 1)

6) Artis Wanita Terbaik- Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu )

7) Duo/ Kumpulan Terbaik- Yovie & Nuno (The Special One)

8) Lagu Terbaik- Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)

9) Album Terbaik- Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

10) Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)- Taufik Batisah

11) Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza

12) Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)- Yovie & Nuno

13) Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza

14) Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)- Impianku (Didicazli)

15) Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

16) Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Kul Cinta (Slank)

17) Anugerah Cinta Planet Muzik- Dik Doank

18) Anugerah Khas Planet Muzik- Band Gigi

0 ayat cinta: