Bacalah Wasiat Ini.. Sumbangan hamba ALLAH
SEND THIS TO YOUR FRIENDS IN THE NAME OF ALLAH NOT FOR OTHER REASONS.
Subject: Satu Pesanan Buat Semua Umat Islam
Assalamualaikum,
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH
DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN..
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT
TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA .
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah , Saudi Arabia , pada
suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam
Rasullullah s.a.w . selepas hamba membaca lalu
tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w.
mendatangi hamba lalu bersabda:-
dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini,
tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.
Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.
Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.
Untuk peringatan !!
1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia..
3. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri.... Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.
4. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada orang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka.
Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan. Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat keuntungan hidup.
PERHATIAN ; Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan.
Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi.
Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w. oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain.
Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dan ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
Salam,
ReplyDeleteWasiat ini adalah wasiat palsu sebagaimana telah dikeluarkan fatwanya oleh beberapa pihak dalam dan luar negeri. Di bawah ini dipetik sebahagian fatwa untuk tatapan umum.
Bahagian ketiga: Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."
Wassalam
sumber : http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/umum/suratberantai.htm