maklum balas dari MAIM

Wednesday, July 15, 2009 marina 0 Comments



selamat pagi.. sorrii aku lambat update pagi nie.. baru balik dari klinik kesihatan amik darah..

ok.. semalam aku kan ada kuarkan entry pasal FW: http://www.ustazamin.com/2009/06/universiti-kehidupan-85-mari -semua.html..

lepas aku dapat tue aku forward kat Majlis Agama Islam Selangor.. yerla kita da dapat benda macam tue tak kan kita nak duduk diam jer..

dan petang tue gak MAIS balas email aku.. kat bawah nie adalah kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)..

Subject: re: FW: Emailing: Mari.doc

Salam...

Untuk makluman pihak tuan, memang benar terdapat orang Islam yang menghidap HIV di rumah tersebut. Isu ini telah diserah kepada MAIS untuk diuruskan melalui Unit Dakwah Ar-Riqab oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, JAIS. Sebagai langkah awal, MAIS telah meminta nazir Masjid Batu Arang memantau pesakit ini di mana MAIS telah melantik 3 guru agama untuk mengendalikan kelas agama dan lawatan oleh pegawai MAIS juga turut diadakan setiap bulan bagi memantau pesakit ini. selain itu, bagi memastikan penyediaan makanan yang halal, MAIS dalam proses melantik tukang masak Islam bagi tujuan tersebut.

MAIS tidak berhasrat membiarkan terus pesakit ini di sana dan MAIS sedang berusaha mencari pekerja-pekerja yang sanggup menjaga pesakit-pesakit HIV ini di mana segala pembiayaan dan penyediaan rumah ditanggung oleh MAIS. MAIS tidak mahu langkah terburu-buru mengeluarkan pesakit-pesakit ini tanpa mempunyai petugas yang mahir akan merumitkan lagi keadaan pesakit ini dan persekitaran yang terlibat. Ke arah ini, MAIS telah berbincang dengan Majlis AIDS Malaysia dan juga turut mendapatkan khidmat Rumah Prihatin yang juga menawarkan khidmat yang sama bagi tujuan mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan. MAIS difahamkan pengelolaan rumah seperti ini perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MAIS begitu berterima kasih di atas keprihatinan pihak tuan dan harapan MAIS agar pihak tuan dan masyarakat Islam di luar sana menyokong usaha MAIS mewujudkan sebuah rumah perlindungan sementara pada masa terdekat ini untuk pesakit HIV positif di samping dua buah rumah perlindungan sedia ada iaitu Perlindungan Wanita dan Pemurnian Akidah. Untuk makluman tuan juga, MAIS sedang dalam proses membuat rumah perlindungan tetap untuk pesakit HIV yang akan dikenali sebagai Baitul Islah di Ulu Yam, Selangor.

Sekian, wassalam.

PRO, MAIS

P/S: jadi itu la maklum balas dari Pihak MAIS..



0 ayat cinta: