Raikan Keluarga & Teman di Restoran Cina Museum

Monday, July 06, 2009 marina 1 Comments


PERNAHKAH anda terfi kir meraikan keluarga, saudara mara terdekat dan teman rapat yang bertungkus lumus sepanjang majlis perkahwinan anda? Ini cara terbaik untuk anda mengucapkan terima kasih, tentu mereka berasa amat dihargai.


Jadi selain belanja perkahwinan, peruntukan sedikit bajet untuk menjamu mereka di restoran. Jika keluarga anda peminat msakan Cina, anda boleh mengadakan jamuan makan di Restoran Cina Museum, Hotel Legend Kuala Lumpur. Makanan yang disediakan bukan sahaja enak-enak belaka, namun yang penting sekali restoran ini mendapat pengiktirafan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi anda dan keluarga serta rakan rapat boleh menikmati makanan Cina di sini tanpa rasa was-was.


Melangkah ke dalam restoran yang terletak di tingkat sembilan ini, anda berasa bagaikan berada dalam istana lama China dengan rekaan dalaman berkonsep Timur. Tiang granit hitam berkilat menghias laluan utama restoran. Restoran ini diserikan dengan hiasan beberapa barangan antik, artifak, arca dan lukisan yang diimport khas dari China. Sebahagian daripada barangan seni ini turut dijual bagi yang berminat. Restoran ini pernah memenangi Anugerah Perkhidmatan Terbaik ketika Great Hong Kong Eating Adventure pada lewat 1996 dan Anugerah Perlancongan Malaysia 1994/95 bagi Hidangan Cina Terbaik.


Dengan anugerah diterima ini tentu anda dapat bayangkan kelazatan setiap makanan yang dimasak chef berpengalaman restoran ini. Itulah yang saya dapati ketika berpeluang menjamu selera di sini. Chef menyediakan lapan jenis hidangan istimewa restoran ini untuk saya nikmati. Iaitu Deluxe Four Hot Season, Braised Superior Gold Coin Shark’s Fin Soup, Barbecued Peking Duck, Crispy Prawns with Salted Egg Yolk, Baked Cod Fish Japanese Style, Broccoli with White Fungus and Crab Roe, Fried Rice with Dried`Scallops and Egg White dan Doubleboiled Four Treasures in Whole Coconut. Setiap hidangan punya rasa unik dan enak. Hidangan Barbecued Peking Duck paling istimewa bagi saya kerana hanya kulitnya yang garing diambil dan diletakkan dalam lempeng nipis dan ditambah sejenis sos kehitaman yang sedikit manis.


Paling saya sukai adalah Crispy Prawns with Salted Egg Yolk iaitu udang bersadur kuning telur masin yang digoreng garing, sangat enak. Ikutkan hati mahu minta lagi, namun memikirkan banyak lagi hidangan yang belum dihidang, niat itu dibatalkan. Ketika Baked Cod Fish Japanese Style dihidangkan, saya tidak menyangka masakan ini adalah ikan. Ingatkan daging kerana rupa dan warnanya. Isi ikan kod yang dimasak cara Jepun ini juga tidak kurang enaknya. Saya yang memang suka sangat nasi goreng, tidak sabar menanti Fried Rice with Dried Scallops and Egg White dihidangkan. Rasanya tidak mengecewakan, licin jugalah mangkuk berisi nasi goreng itu.

p/s: artikel di ambil dari majalah jelita

1 comment:

  1. Jom..nnt along balik..kite serbu legend hotel..muahahaha

    ReplyDelete