info cantik dan sihat
tip Penjagaan Rabut Yang Perlu Kamu Tahu.Rambut yang sihat dan berkilau pasti menjadi impian setiap gadis. Namun ramai yang masih belum tahu tentang penjagaaan rambut yang betul. REMAJA sedia berkongsi petua dengan kamu. Kamu boleh merealisasikan impianmu itu dengan mengamalkan tip berikut...
Kenal pasti masalah
Hujung rambut bercabang dikenali sebagai trichoptilosis. Secara umumnya, hujung rambut yang rosak akan terbelah menjadi dua atau tiga cabang sepanjang dua hingga tiga sentimeter. Ada yang terpaksa menutup kepala dengan topi bagi menyembunyikan masalah rambut tersebut.
Rambut sebenarnya mempunyai gentian semula jadi dan protein. Ia juga akan kehilangan imunisasi semula jadinya untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia. Seterusnya akan menyebabkan rambut kering, mudah putus dan bercabang-cabang.
Keadaan akan bertambah teruk andainya mendandan rambut dengan individu yang kurang berpengalaman dalam teknik mengerinting atau pewarnaan rambut. Menurut kajian, kira-kira 10% remaja mengalami masalah rambut akibat daripada kesalahan mendandan rambut.
Apabila kamu tidak cukup tidur atau dalam keadaan yang letih, rambut akan kekurangan nutrien yang diperlukan. Rambut juga berkemungkinan menjadi bercabang, hilang kekenyalannya dan mudah putus.
Kamu juga tidak perlu menyikat rambut terlalu kuat kerana ini bakal menyebabkan kerosakkan pada rambut kamu . Walau bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya semata-mata untuk kelihatan cantik dan mengikut trend semasa. Kamu dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut sebelum menggunakan sebarang bahan kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan.
Dapatkan REMAJA 1 Julai 2009 untuk mengetahui dengan lebih lanjut Info Cantik.
0 ayat cinta: