Minyak Zaiton Untuk Lebatkan Rambut
RAMBUT lebat diidamkan ramai wanita kerana nampak sihat dan bermaya. Justeru L’Occitane menampilkan himpunan barangan penjagaan rambut Olive Hair Care yang mengandungi rumusan daun pokok zaitun, air pokok zaitun dan minyak zaitun.
Ramuan barangan ini sangat lembut dan tidak merosakkan rambut atau kulit kepala. Dirumus tanpa pewarna tiruan bagi membolehkan seisi keluarga menggunakannya.
Cara menggunakannya:
- Syampu
Syampu ini mengandungi rumusan daun pokok zaitun, air pokok zaitun dan minyak zaitun. Boleh digunakan setiap hari. Basahkan rambut dan ratakan pada rambut perlahan-lahan. Bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Syampu ini dijual pada harga RM73 setiap satu. - Perapi
Perapi rambut daripada L’Occitane ini ada rumusan pokok zaitun dan lemon. Selepas bersyampu, sapukan perapi dari pangkal hingga hujung rambut kemudian bilas bersih. Hasilnya rambut anda lebih ringan dan mudah digayakan. Harga RM73 setiap satu. - Pupur rambut
Pupur rambut L’Occitane membantu menyuburkan rambut dan menguatkan akar rambut. Diperkaya dengan rumusan shea butter untuk menyerlahkan sinar rambut. Gunakan dua kali seminggu selepas bersyampu. Biarkan selama lima hingga 10 minit, kemudian bilas sehingga bersih. Harga RM122 setiap satu.
Tip Penjagaan Rabut Yang Perlu Kamu Tahu.
Rambut yang sihat dan berkilau pasti menjadi impian setiap gadis. Namun ramai yang masih belum tahu tentang penjagaaan rambut yang betul. REMAJA sedia berkongsi petua dengan kamu. Kamu boleh merealisasikan impianmu itu dengan mengamalkan tip berikut...
Kenal pasti masalah
Hujung rambut bercabang dikenali sebagai trichoptilosis. Secara umumnya, hujung rambut yang rosak akan terbelah menjadi dua atau tiga cabang sepanjang dua hingga tiga sentimeter. Ada yang terpaksa menutup kepala dengan topi bagi menyembunyikan masalah rambut tersebut.
Rambut sebenarnya mempunyai gentian semula jadi dan protein. Ia juga akan kehilangan imunisasi semula jadinya untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia. Seterusnya akan menyebabkan rambut kering, mudah putus dan bercabang-cabang.
Keadaan akan bertambah teruk andainya mendandan rambut dengan individu yang kurang berpengalaman dalam teknik mengerinting atau pewarnaan rambut. Menurut kajian, kira-kira 10% remaja mengalami masalah rambut akibat daripada kesalahan mendandan rambut.
Apabila kamu tidak cukup tidur atau dalam keadaan yang letih, rambut akan kekurangan nutrien yang diperlukan. Rambut juga berkemungkinan menjadi bercabang, hilang kekenyalannya dan mudah putus.
Kamu juga tidak perlu menyikat rambut terlalu kuat kerana ini bakal menyebabkan kerosakkan pada rambut kamu . Walau bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya semata-mata untuk kelihatan cantik dan mengikut trend semasa. Kamu dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut sebelum menggunakan sebarang bahan kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan.
Dapatkan REMAJA 1 Julai 2009 untuk mengetahui dengan lebih lanjut Info Cantik.
0 ayat cinta: