Semalam, jam 11.25 malam, Malaysia telah kehilangan seorang pengarah filem yang begitu kreatif, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Salam takziah dari kami buat keluarga allahyarham. Semoga ruh beliau tenang dan sejahtera di sana. Kepada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali….Al fatihah.

Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi.
 Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
 Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
 Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
 Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
 Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman. Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
 Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. [sumber]
 Yasmin Ahmad…1958 - 2009
 BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
 Nama : Yasmin Ahmad
 Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
 Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
 Tarikh Lahir: 1958
 Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
 Status Perkahwinan: Berkahwin
 Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
 AKADEMIK
 Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
 PROFIL KARIER
 Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
 2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
 Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
 Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
 Penerbit:2005 Raining Amber
 ANUGERAH
 * Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
 PENCAPAIAN LAIN
 1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
 2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
 2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
 2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
 2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
 2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
 2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
 2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
 2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
 2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
 2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
 2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
 2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
 2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
 2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
 2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
 2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
 PENERBITAN
 Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
 LAIN-LAIN MAKLUMAT
 Keluarga; Bapa - Ahmad HashimIbu - Inom Yon
 Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
 2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
 2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
 2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
 2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
 2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
 2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
 2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
 2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
 2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
 2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
 2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
 BLOG RASMI YASMIN AHMAD
 http://yasminthefilmmaker.blogspot.com
 
0 ayat cinta: