Miliki kulit cerah berseri
yer.. ini dari dara.comTATARIAS MILIKI KULIT CERAH BERSERI | ||
Percaya atau tidak sejak kecil kita sering disogokkan dengan kisah-kisah dongeng gadis atau puteri yang sering menjadi perhatian kerana memiliki kulit yang putih melepak. Cantik seseorang dikaitkan dengan kulit wajah yang putih bersih. Tanpa kamu sedari kulit putih tidak semestinya kelihatan berseriseri, tetapi kulit yang cerah menjanjikan wajah yang berseri, jernih dan tidak jemu dipandang. Bagi kamu yang memiliki kulit wajah yang cerah, factor cuaca dan gaya hidup yang aktif memberikan cabaran untuk mengekalkan kecerahan kulit. Antara faktor yang menyebabkan kulit hilang seri dan tampak kusam ialah:
Bukan mudah kerana kamu perlu berhati-hati memilih produk di pasaran kerana terdapat pelbagai produk yang menjanjikan kulit yang cerah dan cantik. Kamu juga perlu memahami bahawa produk pemutih yang ada di dalam sesuatu produk tidak akan mengubah kulit yang gelap menjadi putih melepak, sebaliknya ia berfungsi merawat, bukan menukar terus warna kulit. Untuk mengekalkan dan memiliki kulit wajah yang cerah dan berseriseri kamu perlu menjaga kulit wajah melalui rangkaian produk pencerahan, perlindungan yang mengandungi faktor perlindungan matahari (SPF) dan akhir sekali persediaan asas kulit melalui asas solekan dan bedak yang mengandungi agen pencerahan dan tabir suria. | ||
0 ayat cinta: