Meet Uncle Hussain semakin parah
Gelora yang tidak berkesudahan kumpulan indie popular Meet Uncle Hussain (MUH) menjadi semakin parah apabila timbul dakwaan penyanyi utamanya Lan membuat kenyataan mahu membubarkan kumpulan tersebut.
Sebelum ini telah timbul isu Lan dikatakan tidak “sekepala” dengan anggota kumpulannya iaitu Taja (bass) dan Afat (gitar). Akibat perkara itu mereka hanya ngam di pentas tetapi selepas persembahan masing-masing dengan hal sendiri ibarat “kau... kau, aku... aku”.
MUH merupakan kumpulan muzik berbakat dan digilai ramai apatah lagi baru saja menggondol tempat teratas Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 18 Januari lalu menerusi lagu Untukmu selain kejayaan menerusi Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM-16) pada 2 Mei lalu kategori Artis Baru Terbaik.
Tapi sayang, kemelut yang melanda tidak mencapai penyudahnya apabila krisis hubungan mereka menjadi semakin tenat.
Desas desus perpecahan mereka itu sebenarnya sudah lama kedengaran gara-gara Lan selaku vokalis MUH dikatakan sering kali menimbulkan masalah disiplin yang menyebabkan anggota kumpulan yang lain turut terkena tempiasnya.
Khabar angin lain turut mengatakan Lan sudahpun menandatangani kontrak secara solo dengan sebuah syarikat rakaman dan mengenepikan tiga lagi anggota asal MUH.
Lan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai apa yang berlaku mengenai dirinya dan rakan-rakan sebaliknya meminta perkara tersebut ditanya kepada pihak pengurusannya.
“Memang saya tak boleh nak bagi kenyataan sekarang. Saya dah diarahkan untuk tidak memberi apa juga kenyataan sehingga diberitahu oleh pihak pengurusan,” kata Lan.
Taja selaku ketua kumpulan pula ketika dihubungi masih mahu berahsia mengenai perpecahan tersebut sebaliknya menganggap kenyataan berkenaan dimulakan oleh Lan seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal hiburan.
“Saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Kenyataan yang mengatakan Meet Uncle Hussain sudah dibubarkan juga bukan datangnya daripada mulut kami. Jadi soalan itu sepatutnya ditanyakan kepada mereka yang membuat kenyataan.
“Apa yang saya tahu, sebuah portal telah melaporkan berita yang kami berpecah dan dibubarkan. Soalnya siapa yang memberi kenyataan jika bukan Lan? Apa yang pasti itu hanya kenyataan dia dan bukan daripada anggota yang lain,” kata Taja.
Sementara itu selaku pengurus kepada kumpulan tersebut Kimi pula enggan mendedahkan apa yang telah berlaku di antara mereka selama ini dan seboleh-bolehnya mahu isu berkenaan diselesaikan secara baik.
“Jika diikutkan perancangan, selesai sahaja AIM16 kami dah berpakat untuk berehat dan bercuti. Cuma kami akan membuat persembahan pada 5 Julai nanti di Hard Rock Cafe memandangkan ia sudah dipersetujui sebelum ini.
“Tiba-tiba Lan menghantar mesej dan mengatakan ia adalah persembahan terakhir kami dengannya. Mesej itu masih ada lagi dalam simpanan. Ia memberi gambaran seolah-olah Lan tidak mahu bersama MUH lagi.
“Semua band ada impian masing-masing tapi kalau Lan dah tak mahu bersama lagi, apa yang boleh kami buat jika dia sanggup tikam dari belakang,” katanya.
Ujar Kimi, jika benar Lan membuat keputusan untuk keluar dari MUH, adalah lebih manis dia datang untuk berjumpa dan berbincang mengenai perkara itu.
Apa yang dikesalkan kenapa dia perlu menggunakan saluran media untuk buat kenyataan sedemikian kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
Kimi menganggap tanpa Lan, MUH tetap boleh bergerak tetapi masalah akan timbul kerana ia membabitkan kontrak yang ditandatangani.
“Sebab tu kami berharap agar Lan dapat memberikan kenyataan sebenar dan menjelaskan segala kekusutan yang berlaku,” katanya.
Jelas Kimi lagi buat masa ini mereka mahu melihat perkembangan yang berlaku sebelum dapat membuat apa-apa kenyataan lain secara rasmi.
p/s: hahahaha.. lan.. lan.. apesal la ko wat hal.. mana pegi janji2 manis mu dulu.. harg janji tinggal janji.. da tak boleh percaya da.. hope MUH still success tanpa lan.. aku da la peminat MUH.. tak nak la MUH berkubur mcm tue jer.. band yang ada potensi untuk pegi jauh.. tapi.. lan wat hal..
0 ayat cinta: