mari jamu selera di spice of india

Monday, June 08, 2009 marina 0 Comments

artikel ini aku peroleho dari jelita.. so why not aku share ngan sume orang kan..

Mari jamu selera di Spice of India

jelita-gaya-0609
JIKA bapa atau suami anda peminat makanan utara dan selatan India, mungkin anda boleh membawanya menjamu selera di Restoran Spice of India untuk meraikan Hari Bapa. Restoran ini terletak di tingkat enam, pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Melangkah masuk ke dalam restoran ini, mata anda pasti tertawan dengan reka bentuk dan hiasan dalamannya yang menarik dan menenangkan. Dengan hiasan cermin pada beberapa bahagian dinding menjadikan restoran nampak luas, kemasan kayu pada lantai dan tiang memberikan gaya kontemporari dan tirai sutera menyerlahkan suasana elegan.

Bukan sekadar hiasan, tirai ini juga berfungsi sebagai pemisah antara ruang bagi anda yang inginkan privasi seperti suasana romantik untuk meraikan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau Hari Bapa. Malah restoran yang boleh memuatkan 80 orang ini juga pernah menjadi pilihan pasangan pengantin baru untuk majlis perkahwinan mereka. Menunya merangkumi pelbagai jenis juadah tulen utara dan selatan India yang disediakan khas chef berpengalaman. Seperti gelungan pedas daging kambing hancur Kebab Sheekh, Kebab Malai ayam kurang pedas, tandoori/tikka ayam atau Tandoori Jhinga.

Selain itu, ada pelbagai pilihan roti tandoori seperti Kucha Do Pyaza, Paratha Pudina atau Roomali Rotiyang senipis sapu tangan. Tentu tidak lengkap hidangan jika tiada masakan kari. Antara yang ditawarkan adalah Rogan Josh, Makhani, Kurma dan Pasanda serta makanan kegemaran penduduk selatan India seperti Chettinad atau Varuval. Bagi anda yang gemar makanan pedas, tentunya menyukai Kolhapuri dan Vindaloo. Bukan restoran makanan India jika tiada nasi briyani, begitu jugalah restoran ini yang ada pelbagai pilihan nasi briyani yang enak dan berbeza rasa.

0 ayat cinta: