berapa nilai hantaran anda??
kepak-kepak gebung-gebung kepak-kepak gebung-gebung...anda nak kawen? tak sure nak tetapkan berapa harga hantaran? quiz ini adalah untuk mengukur berapa ringgitkah nilai hantaran yang sesuai untuk anda? quiz ini lebih relevan untuk org pompuan
1. bagaimanakah rupa paras anda
- muka Lawa sket dari Shrek.
- sedap mata memandang.
- Cantik & cun gile. Muka ala-ala angelina jolie, eva mendes, dynaz & camelia.
- yang sedang-sedang aja. tak cantik sangat & takde la buruk sangat.
2. Berapa tinggi tahap pendidikan anda?
- Takat SPM jer..
- diploma
- Local grad ade degree
- Grad degree/master dr oversea's university yang diiktiraf oleh kerajaan m'sia...
3. bila dengar azan subuh...
- anda cepat2 bangun dari tidur sbb teringat cerita ustaz nanti tido dengan selimut babi
- matikan alarm clock. jap gi 5 minit lg bangun la solat...
- golek-golek atas katil lagi.. da dekat nak abes waktu baru bangon semayang
- wah nyaman nyer tidur.. klu telepas buleh qado.
4. Anda dah lambat giler nak pegi meeting kat tempat jauh. anda ternampak seorang buta menghalang kereta anda untuk bergerak.apa anda akan buat?
- terus berjalan dengan mengelakkan kereta anda dari terkena orang buta tu.
- keluarkan bunyi Hon kat orang buta tu supaya die ketepi sikit, kang takot terlanggar plak.
- turun kejap pimpin tangan orang buta tu sampai ke bahu jalan. pastu masuk kereta balik dan bergerak.
- bukak tingkap kereta cakap kat orang buta tu ketepi sikit. tak dapat nak pimpin org buta tu sebab da lambat sgt ni. Meeting penting nie.
5. Jenama barangan kegemaran anda?
- Tak kesah brand ape pun janji bila pakai orang cakap lawa
- suka beli barngan fake sebab kalau pandai bergaya orang igt kite pakai brand original
- memang tak suka barang branded, kang pki lebih2 kang kate menunjuk plak..tuhan marah orang riak nie.
- Guess, Selvatore Ferragamo, Lois Vuitton, GAP
6. Bila anda pergi ke majlis makan malam...
- anda makan dengan penuh berselera dan tak ambek kesah sangat cara makan yang leceh dan berprotokol sgt nie, janji perot kenyang suda!!
- makan dengan penuh adab dan tersangat slow sampai tak terasa 'feel' makan sebab punya la control nak makan nie..
- tgk orang kiri kanan macam mana diorang makan supaya tak nampak gelojoh
- anda lebih fokus terhadap perbualan di meja makan dengan rakan-rakan dari menikmati makanan yang dihidangkan.
7. saiz badan anda..
- bahagian atas tu terlebih besar sikit, ataupun yang bahagian bawah terlebih besar sikit
- anda ada masalah obesiti
- tahap berjaga-jaga klu makan lebih sikit nanti anda akan jadi gemuk
- Slim 36-27-38 (badan macam kerengga!!!)
hahhhaa.. sangat seronok jawan kuiz nie.. tapi aku tak leh la gtau aku pilih apa.. so tengok keputusan aku..
RM12,000-00
ANDA seorang wanita yang menawan tetapi anda tidak menyedari hakikat ini. anda tidak sedar bahawa diri anda mempunyai satu kelebihan yang anda sendiri tidak perasan tetapi bakal suami anda nampak semua itu. anda akan bahagia di samping suami anda nanti kerana dia menyayangi anda sepenuh hatinya.
0 ayat cinta: