Dengarnya... Persembahan terakhir Lan bersama MUH 5 Julai

Saturday, June 27, 2009 marina 0 Comments



meet uncle hussain




pada peminat meet uncle hussain macam aku.. memang terkejut gak la ngan artikel yang dikuarkan di surat khabar berita harian bertarikh 26 hb june 2009 hari jumaat.. di tulis oleh Oleh Normah Becok.




ok.. kita baca ea hasil tulisan tangan Oleh Normah Becok.. tapi memang dah agak dah lan memang nak blah dari MUH.. hahahaa...




PERCAYA tak kalau Cik Normah cakap kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) akan kehilangan Lan, vokalisnya yang bersuara serak-serak basah itu. Atas permasalahan yang melanda kumpulan indie yang mencipta populariti hebat itu kebelakangan ini, akhirnya anggota dan orang perseorangan yang begitu dekat dengan kumpulan ini akhirnya sepakat untuk melepaskan Lan.




Bagaimanapun, perjuangan MUH tidak akan berkubur kerana anggota yang lain iaitu Taja dan Afat akan meneruskan jenama MUH. Cik Normah kurang pasti sama ada tempat Lan akan diganti dengan orang lain. Tetapi istimewa kepada peminat kumpulan yang popular dengan Lagu Untukmu itu boleh menyaksikan persembahan terakhir Lan bersama MUH pada 5 Julai ini di premis hiburan popular, Hard Rock Cafe dari jam 11 malam.




Persembahan yang diberi nama Meet Uncle Hussain’s & Friends mengenakan bayaran RM25 setiap seorang. Selain MUH, siri persembahan istimewa itu turut disertai Noh Hujan, Lan Kristal dan EONE Fo3. Cik Normah sarankan kepada yang meminati MUH, tidak mepelaskan peluang menonton persembahan ini dan sesiapa berminat boleh hubungi Hard Rock Cafe di talian 03-27155555.




Cik Normah rasa mungkin ramai peminat MUH akan kecewa dengan keputusan muktamad ini apabila Lan akhirnya meninggalkan MUH. Apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur. Cik Normah dapat tahu Lan tak pernah berubah dan MUH sudah tidak tahan lagi dengan perangainya. Apa jadi kepada Lan selepas ini kita tunggu sajalah perkembangannya nanti. Baki anggota MUH yang tinggal juga akan berehat selepas ini demi memberi tumpuan kepada pembikinan album baru.




Di kesempatan ini juga Cik Normah nak ucapkan selamat bertunang kepada Taja dan Kimi (pengurus MUH). Pasangan sama padan ini akan bertunang pada malam ini, malah hari ini Kimi menyambut hari lahirnya yang ke-26. Cik Normah ucapkan selamat semuanya.




p/s: takper.. aku masih tetap menyokong Meet Uncle Hussain..

0 ayat cinta: