Kamu Alah Kepada Makanan?
Kamu Alah Kepada Makanan?
Alah kepada makanan menjejaskan kesihatan. Kadangkala seseorang itu mendapat kesan negatif dan kurang menyenangkan apabila mereka makan sesuatu. Satu daripada tiga orang akan mengatakan mereka mempunyai alahan kepada makanan atau mereka mengubah suai pemakanan keluarga kerana seorang daripada anggota keluarga mengalami masalah ini. Penting bagi seseorang yang alah kepada makanan mengenal pasti dan menghalang reaksi elergi yang boleh menyebabkan kesakitan teruk dan mungkin membawa maut.
Bagaimana alahan berlaku?
Alahan membabitkan dua perkara berkaitan sistem k etahanan badan manusia. 1. Penghasilan immunoglobin E (IgE), sejenis protein yang bertindak sebagai antibodi di dalam darah.
2. Berlaku pada k eseluruhan tisu di dalam badan, tetapi biasanya di tempat yang lazim berlaku alahan seperti hidung, tekak, paru-paru, kulit dan saluran usus.
Jenis alahan
1. Atopic allergy Atopic allergy terjadi pada kulit yang menyebabkan timbulnya ruam. Bagaimanapun alahan ini hilang selepas beberapa k etika.
2. Delayed allergy Delayed allergy menunjukkan tanda seperti sakit kepala, loya dan suhu badan meningkat. Alahan ini akan hilang dalam masa beberapa jam sahaja.
3. Anaphylactic Anaphylactic mengganggu sistem pencernaan di dalam tubuh.
0 ayat cinta: