Sekali Lagi Lisdawati Bermain Buih

Wednesday, June 16, 2010 marina 0 Comments

Semarak perhubungan suami isteri yang terjalin antara pelakon jelita Lisdawati dan suami Fauzi Nawawi bersemi lagi dengan sentuhan lembut dan penuh mesra bersama pek 3 dalam 1 produk penjagaan kulit bayi, Johnson's Baby Milk Bath.

Lisda akui, produk yang dikenali 3-in-1 Milk Theraphy dari Johnson's itu berupaya menjadikan kulitnya sentiasa licin dan lembut bak kulit bayi, disamping membuatkan suaminya selalu menyayanginya dengan hanya bersandarkan 3 langkah berkesan.

Aplikasi membersih secara lembut menggunakan mandian susu, melembapkan kulit dengan losen susu dan memerangkap kelembapan dengan bedak adalah merupakan petua paling mujarab selebriti popular itu setiap hari.

"Untuk wanita moden yang mempunyai jadual yang sibuk dengan kerja dan keluarga, Johnson's Baby Milk Bath membolehkan mereka menikmati manfaat penjagaan kulit daripada susu untki mendapatkan kulit lembut bak bayi dan cerah tanpa bersusah payah untuk berendam di dalam tab mandi," kata Lisda.

Malah sebagai suami yang sentiasa berada di sisi Lisda siang dan malam, kemulusan serta kecerahan kulit isterinya itu membuatkan dia mahu selalu dimanja.

"Jangan terkejut kalau saya katakan, saya juga sudah mula menggunakan produk Johnson's Baby Milk Bath dan terus terang saya katakan di sini, kulit saya juga kelihatan cerah berbanding dulu," kata Fauzi tanpa segan-silu.

Rangkaian ini mengandungi semua kebaikan protein susu semulajadi serta vitamin A dan E yang memberikan kebaikan kepada kulit. Ianya direka khusus buat wanita masa kini untuk menikmati kebaikan mandian susu dengan senang meskipun berada di rumah.

Teknik dan sentuhan mesra Lisda bersama produk berkualiti tinggi ini akan dapat anda saksikan menerusi musim ke-2 drama arahan Osman Ali bertajuk Buih-Buih Cinta 2 yang disiarkan setiap Selasa, jam 5.30 petang di TV3.

Musim kedua Buih-Buih Cinta, mengisahkan perhubungan suami isteri antara Soraya lakonan Lisdawati dan Sidek (Fauzi) yang memasuki tahun ke-3.

Kerana terlalu sibuk dengan kerjanya di klinik, Sidek bercadang untuk mengembangkan perniagaannya. Bagaimanapun apabila anak mereka, Alisha mula ke tadika, Soraya mula merasa kesuyian kerana sering tinggal berseorangan di rumah.

Disebabkan terlalu banyak memendam rasa dengan hubungan yang kurang baik, Soraya dan Sidek sering bertelagah dan bermulalah bibit-bibit kurang manis yang boleh menganggu- gugat perkahwinan mereka berdua.

Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson, Stanford Gua berkata, pihaknya dengan rasa besar hati membawa kembali kisah kegembiraan dan romantik antara Soraya dan Sidek kerana merasakan inilah gambaran terbaik kepada pelanggan yang gemarkan produk mandi susu keluaran syarikatnya.

"Produk ini menjadikan suami dan anak mereka supaya menghargai kulit yang lembut dan licin bagaikan bayi. Ini berdasarkan pemahaman bahawa wanita Malaysia percaya rahsia untuk memperolehi perkahwinan bahagia adalah dengan menggabungkan kecantikan luaran dan kepercayaan berterusan serta kesetiaan kepada pasangan mereka," katanya.

0 ayat cinta: