Rihanna & Alyah, Sama Tapi Tak Serupa
Penyanyi popular dunia, Rihanna bukan saja terkenal dengan lagu-lagu hit popularnya, tetapi turut diminati dengan penampilan gaya rambut yang bersilih berganti.Terbaru, Rihanna telah tampil dengan mewarnakan keseluruhan rambutnya dengan rona merah membara kala membuat persembahan di festival muzik di Rio Madrid baru-baru ini.
Bayangkan, daripada seorang gadis berambut panjang mengurai, Rihanna mengambil keputusan nekad untuk memotong pendek rambutnya bagi merealisasikan penghasilan album Good Girl Gone Bad yang nyata telah berjaya membuka mata ramai pihak.
Rambut berpotongan bob, senteng di belakang seperti mana socialite dan penyanyi, pop Posh Beckham telah menjadi ikutan ramai kerana ia dilihat sebagai gaya rambut paling praktikal dan sedap mata memandang utuk apa juga gaya penampilan sekalipun.
Apatah lagi, rambut gaya itu dilihat sebagai gaya paling sesuai untuk menutup dahinya yang luas, sekaligus diklasifikasikan sebagai gaya rambut paling berpengaruh sekitar 2008 dan 2009.
Penampilan Rihanna ketika menghadiri Grammy Award ke 52 dengan gaya jambul terangkat bersama gaun panjang rekaan Elie Saab juga mendapat kritikan penggemar fesyen yang beranggapan penyanyi itu dibayangi kemunculan Lady Gaga.
Walau apapun kata orang, Rihanna tak mahu kritikan itu menpengaruhinya penampilannya, maka sebagai pembaharuan yang lebih berani, awal tahun ini dia tampil dengan gaya rambut kerinting perang yang seakan-akan mirip seekor anjing poodle.
Proses yang sama nampaknya dilalui penyanyi tempatan, Alyah. Ya siapa yang tak kenal dengan penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor ini? Namanya semakin harum meniti di bibir sesiapa saja, manakala identitinya yang tersendiri itu semakin dikenali.
Gara-gara ramai yang keliru dengan imej berambut panjang, seakan mirip penyanyi Indonesia Rossa di dalam klip video lagu popular Alyah, Tak Mungkin Kerana Sayang, dia telah mengambil kata putus untuk memotong pendek.
"Pertama kali Alyah memotong rambut pendek iaitu ketika pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL). Ketika itu rambut pendek Alyah biasa-biasa saja, masih terserlah imej feminin.
"Tapi mungkin kerana minat sangat dengan Rihanna dan Lady Gaga, jadi Alyah rasa lebih baiknya jika Alyah lakukan sesuatu dengan penampilan rambut Alyah. Biar orang dapat kenal pasti kewujudan Alyah, tambahan pula saingan dalam bidang ini sangat sengit.
"Alhamdulilllah, selepas itu lebih ramai yang mula perasan dengan kehadiran Alyah berbanding rambut panjang dulu. Perubahan ini bukan saja baik untuk penampilan Alyah tapi ramai yang kenal Alyah dengan lagu-lagu Alyah," katanya berterus terang.
Dia juga tidak menafikan, selain 2 ikon berpengaruh itu, potongan rambut penulis, Haswari Ali (yang kala itu berpeluang makan malam dengannya) telah membuka keberaniannya untuk tampil lebih edgy dan terkini.
Jelas Alyah, selepas berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaya rambut pendek dengan warna coklat gelap, perang, merah dan terbaru ungu serta merah jambu, dia dijangka akan membuat kejutan sekali dengan gaya rambut terbaru selepas Aidilfitri nanti.
Tidak sabar dengan penampilan rambut terkininya, Alyah dijangka tidak akan lagi berambut pendek sebaliknya akan kembali dengan gaya rambut panjang tapi diserlah dengan konsep terkini yang nyata akan membuat sesiapa saja memandang lebih daripada 2 kali.
macam2...
ReplyDeletex sabar tgk alyah berambut baru :-)
http://rocktoadamlambert.blogspot.com
ReplyDeletealyah tetap the best!!