Project Runaway Season 5 di 8TV

Saturday, June 19, 2010 marina 0 Comments

Ramai yang mengambil berat tentang fesyen tidak mengira peringkat umur. Bagi penggemar fesyen dan peragaan, rancangan realiti yang mendapat banyak sambutan telah kembali di 8TV!


Project Runaway (musim ke – 5) ini memperkenalkan anda kepada kumpulan baru yang sangat berbakat dan pereka-pereka fesyen ini diberi peluang seumur hidup untuk menceburi bidang fesyen yang eksklusif ini.
Sekali lagi pertandingan bermula dengan enam belas pereka yang mengharungi setiap minggu untuk meraih peluang mempamerkan hasil kerja mereka di New York Fashion Week. Tiga peserta yang bertuah akan diberi peluang dan hanya seorang yang bakal bergelar juara Project Runaway (musim ke – 5).

Pemenang juga akan diberi ruang di majalah Elle, Saturn View Hybrid 2009, dan berpeluang untuk menjual hasil kerja mereka di bluefly.com serta wang tunai bernilai $100, 000 untuk memulakan bidang rekaan fesyen mereka yang tersendiri.

Supermodel terkenal Heidi Klum kekal sebagai juri dan hos bersama-sama Tim Gunn, ketua pegawai kreatif di Liz Claiborne INC., yang bertindak sebagai mentor kepada peserta.

Menurut Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, “Saya sukakan konsep rancangan ini! Seperti yang terdapat di luar sana, saya juga terpesona dengan rekaan fesyen yang diketengahkan dalam rancangan ini. Saya juga teruja melihat proses rekaan di mana pakaian tersebut akhirnya dapat diperagakan di atas pentas”.
Tambah beliau lagi, “Rancangan ini mempunyai kelainan dari segi kreativiti dan keasliannya”.

Bermula 3 Jun 2010, saksikan semua drama dalam Project Runaway (musim ke – 5) musim kelima setiap Khamis jam 10.50 malam eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh didapati di saluran Astro 708. Anda juga dapat menonton program kegemaran anda menerusi telefon bimbit dengan melayari mobile.8tv.com.my atau melayari laman sesawang www.8tv.com.my.

0 ayat cinta: