Alamak, Iwan Berebut Adira Dari Shahir?

Tuesday, June 22, 2010 marina 0 Comments

A yoyo..apalah nak jadi dengan artis baru zaman sekarang ni..belum pun reda Murai Batu jelaskan tentangisu si juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir yang kononnya dikatakan telah mulakekwat, tiba-tiba datang pulak cerita yang lebih panas tentang pemenang tempat kelima AF8. Siapa lagi kalau bukan jejaka berdarah kacukan Melayu dan Cina, Emirza Azwan Zulazrin Chew atau pun Iwan.

Walaupun kes Iwan bercinta dengan teman seperjuangannya Nad masih belum dapat disahihkan lagi, namun Murai Batu dapat tahu yang sebenarnya si Iwan ni sekarang ini tengah sibuk duk canang satu Malaysia bahawa dia adalah kekasih hati Naib JuaraA F8, Adira. Wah betul ke?

Dengarnya..Iwan sudah pun buat pengakuan eksklusif tersbeut dihadapan rakan terdekatnya dengan mengatakan bahawa dia amat mencintai Adira. Macam mana pula dengan Shahir?

Disebabkan itu, Murai Batu diberitahu Shahir dan Iwan sekarang ini dikhabarkan sedang berebut-rebut menawan hati Adira. Malah, mereka dikatakan pernah bermasam muka kerana hal remeh-temeh ini. Kelasnya Adira, sebab ramai berebut nakkan dia.

Pun begitu, Murai Batu tidak pula tahu apa respon si Adira terhadap kedua jejaka ini. Bagaimanapun, Adira pernah mengaku bahawa dia terima seandainya dia memiliki jodoh penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Tidak pula dia sebut apa-apa tentang Iwan.

Apa kes pula Adira dengan penjaga gol Harimau Muda si Izham tu? Teman rapat Murai Batu ada cakap, Izham pun dah lama sukakan Adira tetapi dia malu nak bercakap sebab dia hanyalah sekadar pemain bola sepak profesional bukannya artis seperti Shahir dan Iwan. Penangan Syok Bola Murai gitu!

Berbalik kisah Iwan....Murai Batu difahamkan Iwan ni selalu sangat ajak Adira keluar bersama-sama. Pergi berdua saja tau. Malah, ramai juga saksi yang dah nampak, Iwan selalu dating dengan Adira di KLCC dan Pavillion.
Di dalam itu, Murai Batu juga lebih terkejut apabila sumber terdekat memberitahu Iwan dengan selamba badaknya telah merungut serta mempertikaikan kerja-kerja wartawan hiburan yang dilabelkan Iwan sebagai orang yang suka jaga tepi kain orang. Hai, nampak gayanya macam lebih kurang sama kesnya saja dengan kes yang si pelakon Ammar Alfian Aziz tu...

Tapi, rasa tidak puas hati itu tidaklah disampaikannya di dalam laman sosial pula. Sebaliknya, rungutan itu hanya disampaikan di kalangan orang di sekelilingnya saja. Hai, kalau nak cakap apapun, hati-hati dik! Sebab sekarang ini tingkap dan dinding pun boleh bercakap juga.

Seperkara lagi, Murai Batu pun kasihan sangat dengan ahli jawatan kuasa kelab peminat Iwan kerana sampai sekarang Iwan masih tak hubungi mereka. Malah, Iwan juga khabarnya tidak pernah ambil inisiatif atau ambil peduli untuk mencari siapakah orang yang telah menyokongnya selama ini.

Murai Batu diberitahu lagi, sekarang ini AJK kelab peminat Iwan terlopong dan tak tahu nak buat apa-apa aktiviti atau gathering kerana Iwan langsung tak menghubungi mereka. Padahal, mereka ini semualah orang yang datang setiap minggu dan berkempen untuk Iwan terus mara ke final.Sampai ada yang keluar duit sendiri untuk mencipta banner yang ada gambar Iwan lagi.

Apapun, Murai Batu nak puji sedikit dengan kelab peminat Shahir yang sudah ada planning nak buat aktiviti yang lebih gah walaupun mereka tahu Shahir terlalu ketat jadualnya. Katanya nak pergi bercuti. Betul ke?

0 ayat cinta: