Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Wednesday, June 16, 2010 marina 0 Comments

Selepas 2 kali menonton program Diariku Shahir... di Astro Ria saluran 104, Murai Batu naik seronok juga melihat keletah si juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir. Murai Batu tak sangkalah, rupa-rupanya si Shahir yang dikenali agak pemalu orangnya itu mempunyai mulut ala-ala mulut murai juga dan suka buat lawak. Kelakar orangnya.


Dari situ barulah Murai Batu nampak, sebab apa dan mengapa si Shahir ini disenangi dan disukai ramai mak cik-mak cik sehingga ada yang berebut-rebut nak menjadikan dia sebagai menantu. Kalau Murai Batu ada anak pompuan pun mesti Murai Batu nak cari lelaki macam Shahir. Ewah..terlebih sudah!

Bercakap lebih banyak lagi tentang Shahir, tiba-tiba Murai Batu dikejutkan dengan rungutan berita seorang gadis yang sangat glamor dalam bidang seni ni. Siapakah gerangannya tak payahlah Murai Batu ceritakan..Cukuplah Murai Batu katakan dia ni begitu cantik orangnya.

Menurut si cantik itu, Shahir ini dikatakan sudah mula tunjuk belang..Malah...belang tersebut boleh dikatakan mengalahkan artis yang tengah tip top lagi. Pokoknya...Dato' Siti Pun kalah tau.

Murai Batu dapat tahu, Shahir sekarang ini sudah mula kekwat dan susah betul nak dihubungi. Apabila wartawan atau sesiapa saja yang ada berkenaan dalam bidang seni nak telefon dia, mesti hanya masuk voice mail saja. Dah lah tu, bila tinggalkan pesanan tidak pula dijawabnya atau membalas panggilan tersebut.
Malah, Murai Batu dengar ada wartawan hampir kecewa dengan sikap Shahir yang susah betul nak buat sesi fotografi. Sudalah susah, bila datang sesi fotografi siap bagi syarat lagi. Selain itu, Murai Batu juga diberitahu Shahir siap berikan cadangan kepada satu majalah hiburan yang sangat popular untuk menyatukan sesi fotografi mereka dengan majalah lain. Padahal majalah hiburan tersebut ingin melakukan sesi fotografi istimewa dan eksklusif siap ada tajaan baju meletup dan make-up..

Bukan stakat itu saja, Murai Batu dengar ada juga suara dari pihak Shahir
mengatakan kalau Siti dan Mawi boleh buat begitu kepada tidak Shahir? Wah...nak sama tarafkan nampak. Malah, pihak berkenaan juga ada memberikan syarat pada wartawan bahawa Shahir tidak boleh bergambar rapat dan mesra dengan artis wanita lain.Ish,ish, ish..pelik sungguh Murai Batu mendengarnya. Tak sangka ye Shahir dan pihak Shahir sanggup bersikap sebegini. Tapi betul ke?

Apapun, berdasarkan respon yang diterima media tentang sikap Shahir begini, ada sebuah majalah hiburan sudah pun membatalkan sesi fotografi tersebut dan hampir mahu memboikot Shahir. Dengarnya, selepas ini majalah hiburan berkenaan tidak mahu membuat apa-apa cerita pasal Shahir.

Hah! Kan dah susah...awak tu baru nak naik dek oi..tak ingat ke pesan Pak Nil masa konsert akhir..jangan lupa diri dek oi...jangan biarkan sorakan sokongan bertukar menjadi sorakan menyedihkan..boooo...
Apa kes pun, Murai Batu nasihat agar Shahir ambil berat atas apa yang berlaku ini. Mungkin kalau bukan Shahir yang buat, pihak yang berkenaan juga kena ambil tahu juga. Ingat, industri kita ni kecil ye. Pusing-pusing di situ saja.

0 ayat cinta: