Fauzi-Lis Tepis Gosip Rumahtangga

Friday, June 04, 2010 marina 0 Comments




"Sebenarnya kami tiada pun masalah rumahtangga. Cuma orang yang sampaikan kita ada masalah rumahtangga," kata Fauzi Nawawi sambil diperhatikan isteri, Lisdawati.

Sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun lalu, pasangan ini tak habis-habis dilanda pelbagai khabar angin yang mendakwa rumahtangga mereka sudah berantakan. Ditambah pula cerita-cerita nakal mengatakan, Fauzi seorang 'playboy' dan buaya darat.

"Pelik bila orang cakap benda tu sebab mereka tak tahu perkara sebenar. Selepas berpantang, kita 'shoot' empat drama bersama. Pergi kerja, balik pun bersama. Kami juga kerap pergi menonton wayang di Pavillion," kongsi Lis.

"Waktu tu, saya dah 'tension' dengan badan besar ni sebab hari-hari fikirkan bagaimana nak kurangkan berat badan. Saya pun membuat bermacam benda untuk ubahkan penampilan saya. Itu yang orang ingatkan Fauzi dengan perempuan lain. Padahal itu saya."

Dedah Fauzi, ramai juga yang menyampaikan cerita bahawa kelibatnya sering dilihat di pusat karaoke. Namun katanya, penyampai-penyampai khabar ini tidak tahu kehadirannya di sana ditemani isteri.

"Mereka tak tahu cerita sebenar. Takde rahsia di antara kita (dia dan Lis). Takde siapa yang ‘call’ saya selepas 12 tengah malam. Dia (Lis) pun boleh 'check phone’ saya. Apa jua masalah, kita hadapinya bersama."

"Apa yang penting, kepercayaan," ujar Lis. "Saya boleh periksa ‘phone’ dia tapi untuk apa. Masing-masing ada peminat dan kawan yang kita tidak kenal. Masing-masing ada privasi yang tidak perlu dibongkar.

"Dia ramai peminat. Dalam tiga akaun Facebook-nya, dia mempunyai lebih daripada 13 ribu peminat. Dan 70 peratusnya perempuan. Bagus bila ada yang meminatinya.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya senang saja, saya percayakan dia. Saya takde masalah nak 'handsome'-kan dia. Walaupun ada yang suruh jangan, sebab nanti ada yang tertarik. Tapi saya lebih senang bila orang cakap, ‘Lis pandai jaga suami.’"

Tidak berlakon romantik
Pasangan romantik - Itulah terma yang sering digunakan untuk menggambarkan mereka berdua. Melihat mereka bersama, dari renungan mata, bahasa tubuh dan komunikasi di antara mereka, tiada keraguan mengapa gambaran itu begitu tepat sekali.

Namun, dari pandangan mereka yang sinis, imej pasangan romantik itu hanya sekadar apa yang ingin dipertontonkan kepada masyarakat umum. Ia bukannya imej yang sebenar-benarnya. Fauzi tergelak bila isu ini dibangkitkan.

"Biasalah, orang ingatkan kami berlakon. Babak-babak romantik di dalam 'Buih-Buih Cinta 2' (BBC2) memang diri kami di dalam kehidupan sebenar. Cuma sebab terlalu sibuk bekerja, kami takde masa untuk makan bersama seperti Sidek dan Suraya (watak mereka di dalam BBC2).

"Dalam setahun itu, ada-lah dua kali, harijadi dia dan saya. Biasanya kami bersama dengan anak-anak, keluar dengan mereka. Itu sebenarnya satu kepuasan bagi kami," katanya yang merancang membawa isteri berbulan madu buat kali ketiga tahun ini, samada ke China atau Bandung.

Tambah Fauzi, dia sering teringatkan nasihat yang diberi seorang pakar motivasi kepadanya. "Sekali dalam dua, tiga bulan ambil cuti untuk berehat dan pupuk kasih sayang di antara suami isteri. Tinggalkan semua masalah dan gunakan masa itu untuk mengimbas kembali masa di awal-awal percintaan."

Satu cadangan yang disokong sepenuhnya oleh Lis, yang melihatnya sebagai satu cara untuk mengeratkan lagi jalinan kasih di antara suami isteri.

"Walaupun cuma dua, tiga hari, ia sudah mencukupi. Tak perlu pun pergi jauh-jauh. Pasangan boleh pergi 'dating' di hotel atau Genting. Semua ini kita buat tau.

"Jika terlalu sibuk di KL, pada hujung minggu, kita tinggalkan anak-anak dengan mertua, dan kami habiskan masa bersama," kata ibu kepada Nur Aina Farhana, 23 bulan, dan Nur Aina Faznesya, enam bulan, ini tersenyum.

0 ayat cinta: