Iwan AF8 Sah Bercinta Dengan Nad?

Wednesday, June 09, 2010 marina 0 Comments

di petik dari murai.com..

Walaupun sebelum ni Murai Batu pernah diberitahu bahawa hubungan Nad dengan Iwan hanyalah sekadar teman biasa, namun Murai Batu tak sangka pula cerita itu hanyalah sekadar satu propaganda semata-mata. Hakikatnya, hubungan mereka berdua sebenarnya adalah lebih daripada sekadar kawan biasa.

Apapun, Murai Batu sebenarnya baru saja mendapat tahu, Iwan sudah pun break off dengan gadis bernama Anissa yang dulunya dikatakan buah hatinya. Sebab musibabnya tidak pula Murai Batu ketahui tetapi apa yang Murai Batu tahu, ia mungkin juga ada kaitan dengan cerita Anissa yang pernah dikataan gila glamor sepanjang Iwan berada dalam akademi.

Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu selepas cerita itu tersiar, Anissa pernah melancarkan perang online di facebook dengan Nad. Apapun, Nad tidak melayan perang itu tetapi si Anissa menjadi semakin glam. Dan disebabkan gadis ini sudah glamor...dengarnya dia sudah ada buah hati yang baru lebih tampan dan segak orangnya dari Iwan. Benarkah begitu?

Tidaklah sesiapa pun BF baru Anissa tu. Yang penting ada pihak mendakwa ada ternampak Iwan dan Nad keluar berdua dating bersama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota. Yang penting, ada juga saksi ternampak dalam beg duit Iwan, ada tersimpannya foto Nad semasa dia kecil lagi.

Ewah...bukan main lagi ya..setahu Murai Batu, selalunya setiap individu yang menyimpan foto dalam beg duit itu sudah pasti orang tersebut adalah individu yang paling disayangi. Jika benar ini berlaku, rasanya Iwan dan Nad lebih eloklah mengaku tentang hubungan mereka daripada timbul lagi pelbagai cerita negatif.

Yelah, Murai Batu tengok sendiri, Iwan pun mempunyai wajah seiras Nad apabila dia memotong rambut sependek Nad. Orang kata jodoh tu ada bila rupa lebih kurang sama. Namun, jauh di sudut hati Murai Batu rasa lebih baik kedua adik kita ni tumpukan karier yang baru nak bermula.

Jangan kerana cinta, karier anda ketinggalan dik. Contoh memang ada di depan mata, tapi Murai Batu tak sampai hati pulak nak bagi tahu siapa gerangan orangnya. Kalau benar nak bercinta pun janganlah over sangat ye...

0 ayat cinta: