RAIKAN 2010 DENGAN PELBAGAI RANCANGAN HEBAT DI TV3!

Friday, December 25, 2009 marina 2 Comments

Tanpa disedari tahun 2009 sudahpun hampir menutup tirainya. Sepantas masa berlalu, pastinya tahun ini melakarkan sejarahnya sendiri dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang harus kita ingati, baik yang positif atau sebaliknya. Khas untuk para penonton setia TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan-rancangan khas yang telah disusun sempena menyambut kedatangan tahun 2010!

Nantikan debaran tahun baru dengan enam rancangan menarik  bermula malam 31 hb Disember hingga keesokkannya harinya dengan program hiburan sensasi “Melodi Terhangat” diikuti seterusnya program rencana “Inspirasi 2010” dan imbasan kembali peristiwa-peristiwa menarik di dalam “Catatan 2009”. Buat sajian seluruh keluarga, jangan lupa saksikan “Ben 10 – Secret of the Omnitrix”, “The Shaggy Dog” dan “Mr. Bean Holiday”.
Pastikan TV3 pilihan utama stesen televisyen sekeluarga di waktu keraian malam Tahun Baru dan hari-hari berikutnya!

Selamat Menyambut Tahun Baru – 2010 daripada TV3!

ISTIMEWA TAHUN BARU!

“Melodi Terhangat”


Khamis (31 Disember 2009), 10 malam
Tahun 2009 meninggalkan seribu satu kisah segenap industri hiburan kita. Sempena melangkah ke tahun 2010, edisi khas Melodi Terhangat ini akan membawa kita mengingati kembali 10 cerita yang paling panas lagi hangat sepanjang tahun 2009, antaranya, kisah penceraian kontroversial Norman Hakim dengan Abby Abadi dan kisah percintaan Fasha Sandha dengan beberapa selebriti terkenal, antaranya, Qabil Ambak dan bekas suami Nora Danish, Rizal Ramli.


“Inspirasi 2010”

Khamis (31 Disember 2009), 11.00 malam
Inspirasi 2010 yang diacarakan oleh Ally Iskandar dan Aidid Marcello merupakan rancangan tentang sorotan tahun 2009 dan memperkenalkan rancangan-rancangan hebat di TV3 untuk tahun 2010 melalui ulang tayang dan temu ramah. Dedikasi dan ucapan Tahun Baru daripada penonton dan selebriti akan dibaca sepanjang rancangan. Persembahan Faizal Tahir yang memeriahkan pentas Pusat Komersil Mutiara Damansara juga dimuatkan. Terus menonton bersama tetamu istimewa yang turut hadir, Karam Singh Walia, Shamsul Ghau Ghau dan Kenchana Dewi.

“Catatan 2009”

Jumaat (1 Januari 2010), 12.30 pagi
Catatan 2009 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2009. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Sudut politik membawa cerita tentang Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru, pergolakkan di dalam MCA dan banyak lagi. Kejayaan Malaysia di Sukan Sea di Laos dan pengenalan pasukan Lotus untuk musim baru Formula 1 menjadi fokus sukan. Tidak ketinggalan kisah yang menyayat hati segenap dunia apabila Padang dilanda bencana yang meragut lebih 1000 nyawa. Ikuti banyak lagi peristiwa penting sepanjang 2009!


“Ben 10 – Secret of the Omnitrix”

Jumaat (1 Januari 2010), 10.02 pagi

Di dalam pertempuran dengan Dr. Animo, Ben Tennyson secara tidak sengaja telah mengaktifkan mod letupan diri Omnitrix. Untuk menghalang Omnitrix dari meletup dan seterusnya menyelamatkan dunia, Ben, Gwen, Tetrax dan Gluto mesti mencari pencipta Omnitrix iaitu Asmath. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa mereka melalui termasuklah serangan dari Vilgax yang mengakibat kematian Pludo, pembantu kepada Tetrax. Adakah mereka dapat menyelamatkan dunia?

Pelakon: Tara Strong, Meagan Smith, Paul Eiding, Dwight Schultz.



“The Shaggy Dog”

Jumaat (1 Januari 2010), 6.02 petang

Dr. Kozek menculik seekor anjing penggembala biri-biri Tibet yang berumur 300 tahun untuk  mengetahui rahsia panjang umur dan berusaha menghasilkan ubat kekal muda. Malangnya, dia telah menghasilkan mutasi haiwan seperti ular senduk yang mempunyai ekor anjing, katak yang boleh menyalak dan mutasi lain yang mempunyai sebahagian badan anjing. Anjing  tersebut melarikan diri dari makmal dan diselamatkan oleh Carly Douglas (Zena Grey) dan dibawa balik ke rumahnya. Dave Douglas (Tim Allen), Penolong Peguam Daerah mendakwa cikgu Carly yang bertanggungjwab atas letupan makmal Dr. Kozek. Dave membenci anjing dan menghantarnya ke tempat kurungan haiwan. Setelah Dave digigit oleh anjing itu, dia telah berubah menjadi seekor anjing penggembala biri-biri. Barulah Dave mengetahui kebenaran tentang keluarganya dan syarikat ubat selepas itu.


Pelakon: Tim Allen, Kristin Davis, Zena Grey, Spencer Breslin, Danny Glover, Robert Downey Jr.


“Mr. Bean Holiday”

Jumaat (1 Januari 2010), 10.00 malam

Mr. Bean telah memenangi sebuah percutian ke Perancis dan juga perakam video. Selepas tiba di Paris, bahasa Perancis telah menjadi halangan kepada Bean. Dia menghadapi pelbagai masalah hanya untuk menaiki keretapi ke sebelah Selatan di Perancis. Sebelum menaiki keretapi, Bean seronok membuat rakaman video dan telah meminta tolong Emil, seorang pengarah Russia yang sedang dalam perjalanan ke Festival Filem Cannes. Emil telah terlepas untuk menaiki keretapi dan terpisah dengan anaknya Stepan. Bean cuba untuk memujuk  Stepan tetapi keadaan bertambah rumit dan kelam kabut apabila Emil melaporkan anaknya diculik. Malah, Bean juga tercicir duit dompet dan dokumen perjalanan ketika cuba menelefon Emil. Dalam perjalanan ke Cannes, Bean terlibat dalam penggambaran iklan oleh pengarah yang ego, Carson Clay. Akhirnya, Bean dan Stepan telah menumpang Sabine, seorang pelakon muda yang juga menuju ke Cannes untuk menghadiri tayangan ulung filem Clay yang disertai olehnya. Selepas Bean mencuri masuk untuk mencari Emil, imej yang direkod oleh video perakam Bean disiarkan di skrin.

Pelakon: Rowan Atkinson, Steve Pemberton, Lily Atkinson, Preston Nyman, Sharlit Deyzac.

2 comments: