Nora Danish Hoskan Program Bollywood

Monday, December 07, 2009 marina 0 Comments


Rasanya dah penat Murai Batu menulis tentang gosip Nora Danish dan Fasha Sandha yang tidak berkesudahan tu.  Jadi, lebih menarik rasanya kalau Murai Batu ceritakan tentang perkembangan terbaru Nora dari segi kerjaya seni.

Selepas tidak jadi membintangi siri kontroversi Spa Qistina, peminat akan dapat menatap wajah Nora tetapi bukan lakonan drama sebaliknya menghoskan satu program carta lagu Bollywood.

Murai Batu dengar krew bercakap, program itu adalah untuk Saluran B4U dalam pakej Astro Mustika. Maknanya peminat kena bayar sikitlah kalau nak tengok aksi Nora nanti. Buat masa ini Nora tengah keluar masuk studio untuk menjayakan rakaman menarik itu.

Tak sangka pula Murai Batu yang jiwa Nora sebenarnya ke arah lagu dan filem Hindustan. Hai, lepas ini mana tahu Nora terkena gosip dengan mana-mana bintang Bollywood pula. Baru jadi Kuch Kuch Hota Hai!

Sementara itu, dengar cerita, hos dan pelakon kacak, Awal Ashaari juga enggan kalah dengan penangan Bollywood macam Nora. Kalau Nora kendalikan carta, Awal pula menghoskan program permintaan lagu-lagu Hindustan juga di Astro. Sama-samalah kita tunggu perkembangan mereka.

0 ayat cinta: