Anang Pilih Misha Omar Ganti KD?

Wednesday, December 09, 2009 marina 0 Comments


Murai Batu dapat tahu, ramai sungguh wartawan Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa duda Krisdayanti, Anang Hermansyah. Selalu kalau artis bercerai, orang lebih simpati dengan pihak perempuan, tetapi ini sebaliknya. Entahlah mungkin sebab KD dikatakan curang dengan Anang.


Kata kawan Murai Batu, perasaan simpati itu dirasai wartawan sewaktu mereka membuat liputan sempena sidang media pelancaran album solo Anang, Separuh Jiwaku Pergi di sebuah hotel di KL, baru-baru ini.


Ramai bersedih apabila mendengar luahan hati Anang terhadap perceraiannya dengan KD. Malah, ramai yang sebak ketika Anang menyanyikan lagu Separuh Jiwaku Pergi itu secara live.

Yang nyata selepas bercerai Anang mahu cari pasangan duet lain termasuk dari Malaysia. Lalu ada wartawan mencadangkan beberapa nama untuk Anang berbuat demikian termasuklah Misha Omar.


Jadi apa kata anda? Setuju ke kalau Anang berduet dengan Misha atau mungkinkah ada calon yang lebih sesuai. Kalau ada idea, turunlah di sini. Kami boleh sampaikan kepada pihak Suria Records (SRC) dan juga Anang sendiri.

0 ayat cinta: