Fazura Tengok Pisau Cukur Dengan Tengku?

Friday, December 04, 2009 marina 0 Comments


Jeng... Jeng... Jeng... Ini lagi cerita tentang tengok wayang, tapi bukan pasal Akhil Hayy dan Waheeda  tu. Cerita ini membabitkan pasangan yang masih single lagi dan memang sepadan pun.


Ceritanya, kawan Murai Batu telah ternampak si cantik jelita, Fazura telah keluar menonton wayang dengan seorang kerabat diraja.


Siapa kerabat diraja tu, tak payahlah Murai Batu ceritakan buat masa ini tetapi dia memang jadi idaman ramai gadis. Maklumlah berpendidikan tinggi dan kacak pula orangnya. Memang gentleman habis!


Murai Batu sebenarnya tidak pasti pula sejak bila Fazura intim dengan anak raja ini. Tapi, sumber-sumber yang sahih telah pun melihat kehadiran mereka di pawagam itu.

Amboi, romantisnya, tengok pula filem Pisau Cukur lakonan Fazura sendiri dengan Maya Karin. Jadi mungkin Fazura hendak minta pandangan Tengku tadi tentang kualiti lakonannya.


"Mereka duduk satu baris bersama body guard lagi. Nampak mesra dan sangat bahagia," kata sumber itu. Amboi macam babak dalam filem Kayangan lakonan Fazura dulu sebab ceritanya tentang gadis biasa bercinta dengan kerabat diraja

0 ayat cinta: