Minggu 7: Malam SB MASUK

Monday, December 07, 2009 marina 0 Comments



Malam tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini, persembahan oleh kesemua pasangan SB Masuk benar-benar mempunyai aura tersendiri.

Minggu ketujuh ini kesemua peserta undi masuk dibenarkan untuk memilih lagu tugasan masing-masing berdasarkan lagu-lagu yang pernah dipersembahkan oleh peserta-peserta lain dalam minggu-mingu sebelumnya. Kesemua peserta mendapat komen positif daripada ketiga-tiga juri malam ini iaitu, Jaafar onn, Joseph Gonzales dan Farah Sulaiman.

Persembahan pertama oleh pasangan Anita dan Ismadi berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir. Komen-komen yang diberikan oleh ketiga-tiga juri ternyata mampu memuaskan hati kedua-dua mereka. Anita tampak comel dan peningkatan Ismadi yang begitu ketara benar-benar mengejutkan kesemua juri.

Bagi pasangan Enot dan Zainol persembahan mereka sebentar tadi sememangnya hebat dan penuh bertenaga. Enot nampak sungguh seksi sepadan dengan Zainol yang tampil dengan persembahan yang hebat. Menurut juri sekiranya mereka diberi peluang, 130 markah akan diberikan kepada pasangan Enot dan Zainol.

Bagi pasangan Mirna dan Noorah, kedua-dua tampil memberikan persembahan terbaik. KRtiga-tiga juri kagum dengan perningkatan Mirna yang begitu ketara. Noorah juga kelihatan sangat cantik malam tadi. Selain itu, Mirna dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika mengangkat Noorah.

Pengorbanan Firdaus mencukur misainya sememangnya mendapat pujian. Oshin dan Firdaus nampak comel dan serasi bagaikan Kajol dan Shah Rukh Khan. Secara keseluruhan kesemua juri bersetuju bahawa Oshin dan Firdaus telah memberikan persembahan yang cukup menghiburkan.

Persembahan oleh Didie dan Sham malam tadi merupakan antara persembahan yang paling hebat. Kedua-dua mereka mempunyai keserasian dan tenaga yang bagus. Kedua-dua mereka dikatakan sangat pandai menjiwai watak dan ekspresi yang cukup menyakinkan sememangnya mengagumkan ketiga-tiga juri.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya, minggu ketujuh ini tiada sebarang markah yang diberikan oleh juri. Ini kerana 100% markah adalah terletak di tanggan penonton kerana minggu ini penonton diberi peluang sepenuhnya untuk memilih pasangan yang bakal kembali beraksi di pentas Sehati Berdansa musim ini.

Sebagai penutup kepada Malam Sehati Berdansa minggu ini, keempat-empat pasangan selebriti yang masih kekal tampil mempersembahkan tarian lagu tema Sehati Berdansa. Kesemua mereka kelihatan begitu gembira meraikan lima pasangan undi masuk malam ini.

Siapakah yang bakal kembali beraksi di minggu hadapan? Untuk mendapatkan jawapannya saksikan Debaran Sehati Berdansa esok jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa dapatkan gambar-gambar pasangan selebriti pilihan anda. Taipkan SB GLAM dan hantarkan ke 32888. Anda juga kan mendapat penghias screen percuma. Selain itu jangan lupa undi masuk pasangan pilihan anda. Undian anda sangat berharga demi menentukan nasib pasangan selebriti pilihan anda.

Taip SBMASUK DIDIE atau SBMASUK10 DIDIE ke 32999
Taip SBMASUK ENOT atau SBMASUK10 ENOT ke 32999
Taip SBMASUK MIRNA atau SBMASUK10 MIRNA ke 32999
Taip SBMASUK OSHIN atau SBMASUK10 OSHIN ke 32999
Taip SBMASUK ANITA atau SBMASUK10 ANITA ke 32999

0 ayat cinta: