Ajai Anjur Uji Bakat Pada 20 Disember

Friday, December 18, 2009 marina 0 Comments


Komposer terkenal, Ajai membuka peluang kepada bakat muda tempatan untuk menghadiri uji bakat nyanyian yang akan diadakan pada 20 Disember ini (Ahad), bertempat di Celebrity Kopitiam, Kota Damansara Business Centre, Petaling Jaya.

Uji bakat selama sehari itu bermula jam 10 pagi - 6 petang itu, dianjurkan oleh Wake The Baby Records Sdn Bhd (WTBR) dan kerjasama Celebrity Kopitiam yang mana Ajai bertindak selaku peneraju kedua-dua syarikat berkenaan.

Dalam satu kenyataan media, Ajai berkata, dia bersama rakan kongsinya mahu menjadikan Celebrity Kopitiam sebagai satu tempat yang menganjurkan aktiviti berkaitan bidang seni, lebih-lebih lagi kopitiam dilengkapi dengan kemudahan sistem bunyi yang lengkap.

Tambahnya lagi, sesi uji bakat berkenaan adalah dalam usahanya mengikuti suasana muzik masa kini agar dia tidak ketinggalan dalam mencari sesuatu terbaik yang mampu di ketengahkan pada tahun depan.

Jelas Ajai lagi, Disember merupakan masa yang paling sesuai untuk menganjurkan sesi uji bakat yang juga bersempena musim cuti sekolah dan bagi menutup tirai 2009.

Ujibakat terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 15 - 30 tahun, sama ada nyanyian secara duet atau solo.

Peserta dikehendaki membawa minus-one sendiri atau berdasarkan pilihan lagu yang terdapat di lokasi uji bakat itu nanti. Individu yang berkebolehan memainkan alat muzik adalah kelebihan yang dicari-cari oleh Ajai.

Keterangan lanjut dengan menghubungi WTBR di talian 03-7727 8133 atau dengan melayari www.celebritykopitiam.com.

0 ayat cinta: