Filem Ho Yuhang Raih Anugerah Di Taiwan

Wednesday, December 02, 2009 marina 0 Comments


Sekalung tahniah buat pengarah Ho Yuhang.

Filem terbaru anak kelahiran Petaling Jaya ini, 'At the End of Daybreak' berjaya meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di '46th Golden Horse Awards' yang berlangsung sebentar tadi di Taipei, Taiwan buat pelakon veteran Hong Kong, Kara Wai Ying Hung.

Persembahan mantap Wai sebagai ibu tunggal yang juga penagih arak, yang cuba sedaya-upaya menyelamatkan anak lelaki tunggalnya dari dakwaan merogol, berjaya mengenepikan tiga pesaing lain termasuk pelakon terkenal, Zhang Ziyi.

Ini merupakan kemenangan pertama Wai di ‘Golden Horse Awards’. Pada tahun 2003, dia pernah tercalon untuk lakonannya dalam filem ‘Night Corridor’.

Lebih menakjubkan, Wai dikatakan hanya dapat meluangkan masa lapan hari untuk menyiapkan kesemua babaknya dalam 'At the End of Daybreak' kerana jadualnya yang padat.

0 ayat cinta: