Kisah Cinta Fasha-Jejai

Sunday, May 23, 2010 marina 0 Comments



Daripada pengakuan Fasha Sandha sendiri, dia dan Rizal Ashram Ramli atau panggilan manjanya, Jejai, sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Tidak diketahui jika ketika itu mereka sekadar kawan ataupun bibit-bibit cinta sudah berputik di antara mereka.

Tetapi pada 20 Jun 2006, yang menjadi pilihan Jejai untuk naik pelamin adalah pelakon comel 'Puteri', Nora Danish. Namun, ikatan yang diharapkan dapat berkekalan hingga ke hujung nyawa mula terlerai walaupun usia perkahwinan baru masuk setahun. Gara-gara orang ketiga, dipercayai Fasha.

Jejai membuat kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran dramanya dengan menaiki helikopterJejai membuat kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran dramanya dengan menaiki helikopter
Perbalahan Nora dan Fasha terbawa-bawa hingga ke perhatian umum apabila di satu majlis, ketika Fasha ingin bersalam dengan Nora, Nora dikatakan telah menepis tangannya.

Akhirnya, perkahwinan yang diraikan bagai nak rak itu hancur apabila Nora diceraikan Jejai dengan talak dua pada Julai 2008. Meskipun ketika itu Nora disahkan hamil tiga bulan.

Ekoran itu, Fasha dikecam hebat walaupun berulang-kali menegaskan, sepanjang Jejai bergelar suami Nora, tidak wujud istilah cinta di antara mereka. Namun, kebenaran kenyataan Fasha dicurigai masyarakat. Apatah lagi dia dan Jejai mula rapat tidak lama selepas itu.

Lebih tepatnya, kira-kira enam bulan selepas perceraian Jejai, yang diakui Fasha sendiri dalam luahannya di MySpace tahun lepas.

"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu."

Menambahkan lagi kemusykilan masyarakat terhadap penafian Fasha, tersiarnya gambar-gambar 'kantoi' mereka bersama. Ditambah pula cerita-cerita mulut daripada orang yang pernah terserempak dengan mereka berdua.

Atas alasan terlalu tertekan kerana asyik dipersalahkan sebagai punca perceraian Nora dan Jejai, ditambah pula mama menghalang dirinya daripada terlalu rapat dengan Jejai, Fasha memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan Jejai.

Perpisahan itu hanya bertahan sebulan lamanya, selepas Jejai menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memujuk Fasha. Hinggakan dia pernah menunggu Fasha di depan rumah selama empat jam.

Usaha Jejai akhirnya membuahkan hasil apabila Fasha bersetuju untuk kembali berhubung. Tetapi menurut Fasha, tidak lagi wujud hubungan istimewa di antara mereka, hanya sebagai kawan. Itupun sehingga 18 Ogos 2009.

Kemudian, perhatian media dan masyarakat beralih buat seketika daripada Jejai ke Qabil Ambak apabila ekuesterian negara itu tampil di hadapan media untuk mengakui perhubungannya dengan Fasha yang sudah terjalin sejak 2008. Tidak lama selepas Qabil memutuskan hubungan dengan Fasha, muncul pula lelaki misteri yang dikenali sebagai Tan Sri J.

Meskipun dengan kehadiran Qabil dan Tan Sri J, ramai yang mempercayai Fasha sebenarnya masih menjalinkan hubungan dengan Jejai.

Di fasa mengenali satu sama lain
Setelah sekian lama tidak kedengaran sebarang kisah tentang Fasha dan Jejai, pada 1 April lalu, beberapa kepingan gambar mereka berdua di majlis harijadi ke-26 Fasha tersiar. Dedah Fasha sendiri, melalui Twitter-nya, Jejai yang anjurkan 'surprise birthday party' tersebut.

Baru-baru ini, Jejai membuat satu lagi kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran drama bersiri 'Duyung Aridinata' di Pulau Lang Tengah, Terengganu dengan menaiki helikopter. Kira romantik jugalah Jejai ni.

Fasha bagaimanapun, cuba meremehkan kejutan Jejai dengan mengatakan ia "tidak bermaksud apa-apa". Tetapi pada masa yang sama, Fasha mendedahkan kepada Harian Metro, hubungan mereka "masih di fasa mengenali antara satu sama lain".

Bila diamati tindakan Jejai selama ini, sukar bagi sesiapa untuk menyangkal dia sememangnya 'cinta mati' pada Fasha. Tidak menghiraukan persepsi dan kutukan masyarakat terhadap Fasha, diteruskan juga perhubungan mereka. Begitu juga dengan Fasha. Walaupun dikaitkan dengan pelbagai lelaki, di akhir hari, dia tetap setia pada Jejai.

Nora dan Jejai bersama anak sulung mereka, Rayqal ketika majlis cukur jambulnyaNora dan Jejai bersama anak sulung mereka, Rayqal ketika majlis cukur jambulnya
Kalau begitu, dan jika benarlah kedua-duanya masih solo - kerana ada gosip mengatakan mereka berdua ini sebenarnya dalam diam sudahpun berkahwin -  mengapa tidak bernikah sahaja? Dari khabar angin yang sampai ke telinga, kononnya keluarga Jejai tidak dapat menerima Fasha.

Bukannya Jejai tidak pernah melamar Fasha. Dedah Fasha sendiri, pada 3 Januari 2009 Jejai telah melamarnya tetapi lamaran itu ditolak kerana menerima tentangan daripada keluarga Fasha. Tambahnya lagi, dia turut "yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora".

Bagaimana agaknya pengakhiran cerita cinta Fasha dan Jejai? Apakah mereka ini akan disatukan akhirnya? Atau adakah mereka akan terus dengan permainan mereka ni?

Buat pembaca GUA, dapatkah anda menerima penyatuan Fasha dan Jejai ini sekiranya mereka ini ditakdirkan bersama? 


0 ayat cinta: