Teksi dua setan
KUALA LUMPUR: Seorang abang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan adik perempuannya daripada dicabul seorang individu dalam sebuah teksi selepas dia diugut dengan senjata tajam jika melawan, semalam.TUMPAS...kedua-dua suspek yang ditahan.
Kejadian bermula kira-kira jam 9 pagi semalam, apabila kedua-dua beradik terbabit menahan sebuah teksi di ibu kota sebelum memberitahu pemandunya untuk ke sebuah pasar raya berhampiran kawasan berkenaan.
Menurut sumber, sebaik memasuki teksi itu, ‘pemandu teksi setan’ berusia lewat 30-an terbabit mengunci kenderaannya sebelum memecut meninggalkan kawasan berkenaan.
Selepas lebih 10 minit perjalanan, kedua-dua mangsa mempersoalkan tindakan pemandu teksi itu yang membawa mereka bukan ke destinasi diminta.
Sumber berkata, pemandu teksi itu dengan bersahaja mendakwa terpaksa mengambil lagi seorang pelanggannya dan berjanji akan menghantar mereka ke pasar raya berkenaan selepas menjemputnya.
“Pemandu teksi itu melalui lebuh raya menuju Klang, sebelum berhenti di bahu jalan menjemput ‘pelanggannya’,” katanya.
Difahamkan, pelanggan yang dikatakan pemandu teksi terbabit adalah rakannya yang sudah melakukan kerja kotor itu bersama sejak beberapa bulan lalu.
Sumber berkata, lelaki terbabit memasuki kenderaan itu sebelum duduk di belakang bersama kedua-dua beradik berkenaan.
“Sebaik kenderaan bergerak, suspek mengeluarkan senjata tajam sebelum mengarahkan kedua-dua mangsa menyerahkan wang tunai.
“Mangsa meminta pertolongan pemandu teksi itu sebelum lelaki terbabit memberitahu suspek rakannya.
0 ayat cinta: