Farid Kamil: Saya Tak Jiwang Macam Kasyah!

Sunday, May 30, 2010 marina 0 Comments

Awalnya, memang agak sukar bagi Farid Kamil untuk menjiwai watak utama sebagai Kasyah dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan yang telah diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akasyah.
Sebabnya ialah sikap serta keperibadian aktor berbintang Taurus ini sangat berbeza sama sekali dengan watak Kasyah yang dijelmakan oleh Ahadiat menerusi novelnya yang mencatat jualan terlaris sepanjang zaman (yang memiliki sebanyak 170 halaman).

"Saya akui antara saya dan Kasyah sangat berbeza sekali. Saya tak jiwang macam dia. Saya juga tak rasa saya boleh jadi macam dia. Malah, saya juga tidak rasa, mana-mana lelaki yang lain pun sanggup jadi macam Kasyah.

"Sebab dia terlalu setia sangat menunggu Ayu. Malah dia sanggup terima Ayu walaupun macam-macam telah berlaku pada Ayu iaitu dari saat dia mengetahui Ayu pernah terlanjur dengan bekas kekasihnya Azmi lagi hingga Ayu akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi kemudian bercerai selepas wanita yang dicintainya berhadapan dengan kemalangan jalan raya.

"Tidak cukup dengan itu, dia juga dapat menerima hakikat yang ebrlaku terhadap perubahan wajah Ayu yang terpaksa membuat pembedahan plastik akibat kemalangan jalanraya yang dihadapinya.

"Begitu juga keadaan Ayu apabila dia hilang daya ingatan terjatuh secara tidak sengaja yang disebabkan oleh insiden pergaduhannya dengan Azmi yang tiba-tiba berusaha memiliki cintanya semula,"katanya kepada murai.com.my.

Disebabkan itu, Farid akui dia menghadapi sedikit kesukaran untuk menjiwai serta menghayati watak Kasyah yang banyak bermain dengan emosi dalaman.

"Dalam banyak-banyak watak yang pernah saya bawakan sebelum ini, saya rasa watak Kasyahlah yang paling sukar sekali. Lebih-lebih lagi pada saat yang memerlukan saya menggambarkan emosi dan perasaan yang cukup sedih.

"Untuk menggambarkan emosi yang sedemikian. kamera banyak menggunakan teknik close-up pada muka untuk merakam mimik-mimik tersebut dengan lebih jelas lagi Dan, pada saat itu, saya perlu berupaya menonjolkan emosi sedih secara benar dan natural supaya ia dapat dirakam dengan baik. Nyata ia sangat sangat mencabar kemampuan saya sebagai pelakon.

"Bagaimanpun, bagi memudahkan saya mendalami watak Kasyah, saya telah membaca novel Lagenda Budak Setan tersebut sehingga habis. Daripada novel itu jugalah, saya memahami jalan ceritanya. Sebelum pergi ke set penggambaran, saya pastikan saya benar-benar sudah bersedia.

"Setidak-tidaknya, ia dapat membantu saya untuk tidak hanya bergantung kepada skrip . Malah skrip yang diberikan hanyalah dianggap panduan untuk mengingati dialog sahaja.

"Bukan itu sahaja, sebelum memulakan sesi penggambaran lagi , saya berserta kesemua pelakonyang lain telah menghadiri kursus lakonan yang dikendalikan oleh pelakon serat pengarah berkaliber iaitu Fauziah atau Ogy Datuk Ahmad Daud."Dia juga banyak membantu serta memberikan tunjuk ajar yang berguna buat saya sepanjang saya menjayakan watak Kasyah dalam filem ini. Malah, digandingkan bersama Lisa Surihani yang memegang watak Ayu semakin memudahkan lagi kerja saya ini. Sebab kami dah banyak pengalaman serta ada keserasian yang cukup baik sekali,"katanya lagi.

Filem Lagenda Budak Setan terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures yang dihasilkan dengan bajet sebanyak RM1.6 juta turut ini dibarisi Nurashiqin (Emilia, Ayu), Que Haidar (Azmi), Leha (Shiela Mambo), Raja Farah (Suzana) dan Fazura (Katerina).Ia dijangka menemui penonton bermula 3 Jun 2010 nanti.
[sumber]

0 ayat cinta: