SB3: Isma Tewas, Sazzy dan Sein Ke Fina

Wednesday, December 23, 2009 marina 5 Comments



Sesudah berhempas pulas di medan tari selama berminggu-minggu, pasangan Sazzy & Nazril serta  pasangan Sein & Nana akhirnya berjaya melangkah ke final Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan itu sekali gus melenyapkan impian Isma & Zul yang menjadi pasangan terakhir terkeluar malam tadi selepas mengutip markah terendah iaitu 57.54 peratus. Sebelum ini Isma & Zul selalu menjadi pilihan juri dan dianggap sebagai antara pasangan terbaik selain sangat popular di kalangan pengundi SMS.

Mengikut rangking malam tadi, Sein & Nana turut memberi kejutan apabila memungut markah tertinggi pada minggu ke-9 ini iaitu 69.98 mata. Pasangan yang sering mengutip markah penuh daripada juri iaitu Sazzy & Nazril pula mengumpul 61.39 mata.

Sekalipun tewas, Isma & Zul telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM9,000 untuk badan kebajikan yang telah diwakili mereka iaitu Persatuan Klef Bibir Dan Lelangit Malaysia. Sumbangan tersebut disampaikan kepada pengerusi persatuan terbabit, Encik Zainal Azhar Ahmad.

Juri yang hadir mengadili pertandingan yang bertemakan Romantik malam tadi adalah Joseph Gonzales, Fauziah Latiff serta Jessi Foo. Seorang lagi juri handalan, Suhaimi Magi kemudian menggantikan Jessi Foo bagi tema Melayu Kontemporari.

Sementara itu, Kemuncak SB3 dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu, 26 Disember ini. Acara yang berlangsung salama 1 jam itu akan dipancarkan secara langsung melalui Astro Ria (Saluran 104) bermula 9 malam.

Berbeza dengan minggu-minggu lain, pada peringkat akhir kelak, pengundi diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih siapakah yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa 3 . Selain itu, Butang R pada alat kawalan jauh anda kini tidak lagi berfungsi bagi menunjukkan peratusan undian sehinggalah tiba malam Kemuncak Sehati Berdansa 3 pada Sabtu depan.


Sila ikuti arahan di bawah untuk mengundi kedua-dua finalis:

Taip DANSA10 SAZZY ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 untuk 10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

Taip DANSA10 SEIN ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 Untuk 10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN

5 comments:

  1. memang tak disangka kan.. ingat isma ngan sazy.. by the way.. click sk2.. jom klik2

    ReplyDelete
  2. juru tari isma xbest sgt la
    sedangkan pasangan tu berbakat!

    ReplyDelete
  3. tau xper.. memang tak sangka isma tersingkir.. dorang pasangan yang berbakat.. setiap minggu konsisten jer.. maybe takder rezeki masuk final kan..

    ReplyDelete
  4. isma mmg tak de luck..tak tau la pengundi tak suka die atau sebaliknye..dari AF lagi undian die mmg kurang.bg aku better isma zul drpd sein nana..

    ReplyDelete
  5. betul.. steju dengan xyncaholic.. better isma & zul dari sein & nana..

    maybe dorang tak ramai peminat kot.. sian dorang lagi satu tangga jer nak ke final..

    patutnya si oshin tue tersingkir masa tyme dira tersingkir.. last2 tarik diri.. buang duit jer sapa undi dia..

    ReplyDelete