Anita baharom tersingkir dalam sehati berdansa musim ke 3



Keputusan Yang Mengemparkan

Setelah dua minggu beraksi di lantai tari Sehati Berdansa musim ketiga, akhirnya perjuangan pasangan Anita dan Ismadi terpaksa berhenti di sini. Begitulah pengumuman yang telah disampaikan oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Walaupun berjaya memberikan persembahan yang mengagumkan dalam Malam Sehati Berdansa semalam namun nasib tidak menyebelahi mereka. Tarian yang dipersembahkan menerusi lagu Pilihlah Aku nyanyian Latiff Ibrahim ternyata gagal menarik perhatian pengundi sms.

Dengan penyingkiran yang diumumkan, ini bermakna pasangan Anita dan Ismadi telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM2000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan SLE Malaysia, Cik Chee Chew Lian.

Berikut adalah peratusan markah yang diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti sebelum dan selepas undian ditutup:

Sebelum undian ditutup:

Sazzy 52.96
Dira 50.12
Didi 50.05
Isma 48.34
Sein 48.32
Mirna 42.58
Enot 42.53
Oshin 42.11
Anita 41.64

Selepas undian ditutup:

Sazzy 53.02
Didie 50.03
Dira 49.82
Isma 48.32
Sein 47.97
Enot 43.13
Mirna 42.56
Oshin 42.07
Anita 41.74

Dengan penyingkiran tersebut ini bermakna masih tinggal lapan (8) lagi pasangan selebriti yang akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Sehati Berdansa. Jadi jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda.

hari yang berlalu..

hari nie hari ahad.. sekejap je masa berlalu.. hari nie da pun masuk bulan baru.. bulan november.. sekejap jer da hujung tahun..

kawan kawan aku ramai yang dah kawen.. tinggal aku ngan umi jer..  tapi umi da ada bf.. tapi aku bf pun takder.. huhuhu.. so sad.. hehehee

aku ada rencana atau rancangan lebih penting dari pikirkan pasal nie.. insyaallah kalau ada rezeki aku akan mulakan dalam bulan 12.. sekarang nie tue lebih utama.. aku nak perbaiki hidup aku dulu.. aku dah dapat peluang kedua jadi aku kena usaha yang terbaik..

pasal jodoh nie sepupu aku 30 baru nak tunang.. ala ilek r.. aku pun muda g.. baru 24.. peluang banyak depan mata.. sekarang ramai pompuan kawen lambat..betul tak.. ala isu nie isu biasa jer.. hehehe...

tapi kalau dapat bf ensem macam ashraf muslim ke.. zahiril adzim ke best kan gak.. hahahaa..( tengok da start melalut).. tapi awas.. lelaki sekarang ramai yang gay.. muka ensem sekali gay.. sekarang susah nak carik lelaki tulen.. dah kawen da ada anak baru tau gay.. hampeh pedu betul kan.. hahahaa..

perempuan lak sekarang ramai lessy.. haishh apa nak jadik kan dunia sekarang.. bercakap pasal nie.. ada tau satu cite kuar kat wayang.. cite omputih.. tajuknya 2012.. cite tue dorang wat sebab diorang jangka kiamat akan berlaku pada 2012.. bermula dari ais di kutub utara cair.. dan menjadi banjir.. cite tue kuar wayang bulan 11.. nanti aku wat review cite tue ea..

ok la.. bye..

minggu kedua sehati berdansa


Minggu 2 : Demam Disko
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Bertemakan Demam Disko kehangatan dan kemeriahannya dapat dirasai oleh kesemua penonton yang hadir di Studio Satu, Bukit Jalil.

Persembahan daripada kesemua pasangan selebriti amat membanggakan dan sememangnya layak mendapat pujian daripada sesiapa sahaja yang menontonnya. Kesemua peserta tampil dengan gaya dan konsep persembahan yang berbeza-beza. Minggu ini kesemua persembahan diadili oleh tiga juri yang hadir iaitu Peter Ong, Anita Sarawak dan Joseph Gonzales.

Persembahan pembukaan oleh pasangan Isma dan Zul cukup menghiburkan. Berlatarkan lagu Separuh Masa nyanyian De Lima keserasian Isma dan Zul begitu terselah. Kesemua juri memberi komen yang positif antaranya mereka kelihatan comel dengan kostum dan watak yang dibawa. Namun mereka diingatkan supaya lebih berhati-hati agar tidak terperangkap di dalam mana-mana watak yang dibawakan.

Persembahan kedua oleh Sein dan Nana juga adalah antara persembahan yang cukup bertenaga walaupun terdapat sedikit kesalahan. Nana dikatakan terlalu lemah lembut dan tidak sesuai dengan tema dan konsep tarian yang dipersembahkan. Namun tidak dinafikan terdapat peningkatan berbanding persembahan mereka minggu lalu.

Persembahan pasangan Anita dan Oshin juga dilihat antara persembahan yang menarik malam ini. Anita dan Oshin kelihatan sangat comel. Namun Ismadi masih mempunyai tahap keyakinan yang rendah walaupun terdapat peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Bagi pasangan Oshin mereka dikehendaki berhati-hati dengan tempo yang menjadi kelemahan utama mereka.

Berbeza dengan pasangan Dira dan Ash lagu Let’s Dance Together kurang menarik perhatian. Sesekali Ash lupa dengan step tarian yang telah ditetapkan dan pergerakkan mereka kelihatan sedikit perlahan. Namun kedua-dua mereka tampak gembira ketika membuat persembahan dan menyebabkan mereka tampak hebat malam ini.

Pasangan Mirna dan Norah mendapat pujian daripada Peter Ong. Peter kelihatan sangat teruja dengan persembahan mereka. Pasangan Mirna dan Norah dikatakan sangat berani kerana menampilkan pelbagai aksi-aksi yang boleh dikatakan agak membahayakan.

Pasangan Enot dan Zainul adalah antara pasangan yang mendapat sorakan gemuruh malam tadi. Walaupun mengalami kecederaan di pergelangan kaki kanannya, Enot tetap tampil memberikan persembahan yang terbaik. Kesemua juri sangat mengagumi semangat dan kesungguhan Enot meneruskan persembahannya malam tadi.

Seperti biasa Didie dan Sazzy merupakan dua pasangan yang tampil dengan persembahan yang paling menarik. Keserasian diantara pasangan masing-masing begitu mengagumkan. Kedua-kedua mereka mendapat pujian daripada kesemua juri sekaligus menempatkan mereka dua pasangan yang memperolehi markah juri yang paling tinggi.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Sazzy – 97.67
Dira – 79.33
Mirna – 78.33
Anita – 75.33
Oshin – 74.00
Didie – 92.67
Sein – 76.67
Isma – 83.33
Enot – 80.00

Sudah menjadi adat berakhirnya Malam Sehati Berdansa maka akan muncullah Debaran Sehati Berdansa. Mungkinkah akan ada pasangan yang akan tersingkir minggu ini? Siapakah yang bakal tersingkir di minggu kedua? Untuk mendapatkan jawapannya saksikan Debaran Sehati Berdansa esok jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan teruskan mengundi.


Shahz Jaszle Caras Ashraf Muslim?


Pemuda berusia 21 tahun ini boleh dikatakan masih mentah dalam dunia lakonan. Kalau dihitung, tidak sampai 10 buah drama pun yang telah dibintangi oleh Shahz Jaszle. Tiba-tiba dia diberi kepercayaan memegang peranan utama dalam drama ‘Dari Mata Ke Hati’, terbitan Ambang Fokus Sdn Bhd dan Radius One Production.

Bukan setakat itu, Shahz juga berjaya mengenepikan pelakon yang lebih berpengalaman, Ashraf Muslim yang juga turut berlakon dalam drama ini. Wah! Bagus sangat ke lakonan Shahz ini sehingga boleh mencaras Ashraf?

“Sebaik sahaja saya menceburi bidang ini, saya tidak pernah terfikir untuk mencaras sesiapa. Mungkin ini sudah rezeki saya. Lagipun saya kenal dengan pengarah drama ini. Kami sudah berkerjasama untuk drama ‘Tari Tirana’ yang sekarang sedang ditayangkan di TV3. Mungkin dari situ dia yakin dengan bakat saya dan terus tawarkan watak utama untuk drama terbaru ini. Dari drama ini juga saya terus dilantik menjadi duta produk InnerShine Pati Beri,” jelas Shahz yang pernah membintangi drama online, ‘Luna Fantasiku’ yang disiarkan di gua.com.my tidak lama dahulu.

Ditanya adakah dia sendiri yakin dengan kebolehan lakonannya, dengan tenang Shahz menjelaskan yang dia yakin boleh jayakan watak Farid. Ini kerana menurutnya, dia mempunyai pengarah yang bagus untuk memberi tunjuk ajar.

Menyentuh tentang penglibatannya dalam dunia lakonan, jejaka tampan ini memberitahu yang dia tidak pernah merancang untuk terlibat dalam dunia lakonan. Sebaliknya, semuanya berlaku secara kebetulan. Malah, sebelum ini Shahz pernah mengikuti kursus chef di salah sebuah institusi pengajian tinggi.

“Penglibatan saya dalam lakonan bukanlah dirancang. Semua berlaku selepas saya menemani rakan saya ke satu ujibakat. Dalam ujibakat itu, rakan saya tidak berjaya, tetapi saya yang sangkut. Bermula dari situlah, perlahan-lahan saya mendapat tawaran berlakon. Setelah seketika, saya mula jatuh cinta dengan bidang ini dan kini mahu melangkah lebih jauh lagi. Jadi, saya amat berharap penonton di luar sana dapat memberi sokongan dan menerima kehadiran saya. Saya akan cuba berikan yang terbaik!” tambah Shahz lagi.

Jadi, jangan lupa saksikan Shahz dalam drama ‘Dari Mata ke Hati’ yang akan bersiaran di TV3 bermula 12 Disember, jam 4.45 petang. Drama ini mengisahkan Farid (Shahz), seorang pengarah yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana wajahnya yang tampan dan berjaya dalam usia yang begitu muda. Dia yang baru tamat penggambaran filem sedang mencari sebuah skrip hebat untuk projek filem seterusnya, lalu dia mengiklankan pencarian skrip di dalam laman blognya yang dinamakan ‘Dari Mata Ke Hati’.

Ketika itulah dia ternampak sepasang mata yang telah menawan hatinya. Terpesona dengan sepasang mata itu, Farid mencuba sedaya-upaya untuk mencari pemilik mata itu dan mula angau serta melakukan tindakan yang bukan-bukan.

Menariknya drama 15 minit yang ditaja oleh InnerShine Pati Berry ini turut mencari pemilik mata tersebut melalui Pencarian InnerShine Berry Beautiful Eyes. Penonton bertuah akan berpeluang berlakon di samping Shahz sebagai pemilik mata tersebut dan memenangi hadiah barangan kemas bernilai RM10 ribu dari Diamond and Platinum. Drama ini turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Sari Yanti dan Sharnaz Ahmad.

p/s: ensem kan dia nie..

Kematian Misteri Stephen Gately (Boyzone)


LONDON:  Anggota kumpulan Boyzone, Stephen Gately, 33, telah ditemui meninggal dunia, Sabtu lalu ketika bercuti di d'Andratx, Sepanyol. Namun punca kematiannya masih misteri, lapor akhbar News of the World.

Teman rapatnya, Andrew Cowles, berkata, Stephen didapati tidak bernafas selepas keluar minum dan bersuka ria di tempat percutiannya, Majorca.

"Dia keluar untuk minum kemudian balik, tidur tetapi tidak bangun-bangun selepas itu," katanya.

Pengurus Boyzone, Louis Walsh, pula memberitahu akhbar berkenaan, "Kami amat sedih dengan berita ini. Saya sangat terperanjat. Saya memang bersamanya Isnin lalu dalam satu majlis anugerah. Kami sebenarnya tidak tahu apa yang telah berlaku. Kami dijangka bertemu lagi minggu depan. Yang jelas, dia seorang yang baik."

Polis Sepanyol telah memeriksa sebuah rumah dekat Port d'Andratx di sebelah Barat Majorca, petang kelmarin. Menurut jurucakap polis, punca kematian masih tidak diketahui dan tidak ada sebarang petunjuk bahawa berlakunya keganasan. Namun pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada ia mungkin disebabkan penyalahgunaan dadah.

"Mereka tidak menemui sebarang petanda berlakunya keganasan tapi satu bedah siasat akan dijalankan untuk memastikan punca kematian beliau," kata jurucakap polis.

Difahamkan, Stephen dan Andrew telah keluar untuk minum di sebuah bar dan berparty di rumah sebelum penyanyi  itu didapati meninggal dunia secara mengejut. Kemungkinan juga dia telah tersedak.

Andrew menjadi panik dan cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut. Apabila semuanya nampak tidak berjaya, dia juga telah menampar muka Stephen.

"Tetapi doktor kemudiannya mengesahkan bahawa paru-parunya dipenuhi dengan cecair dan sudah terlambat," kata sumber.

Kata sumber itu lagi Stephen dijumpai dalam posisi yang pelik iaitu bertinggung di sofa. Andrew yang duduk di sebelahnya begitu dalam kesedihan dan ditenangkan oleh jiran mereka.

Sementara itu, anggota-anggota Boyzone yang lain seperti Ronan Keating, Keith Duffy, Mikey Graham serta Shane Lynch mengakui bahawa mereka berasa amat sedih dengan kehilangan Stephen itu.

Semua anggota Boyzone dijadual terbang ke Palma, Majorca, semalam. Shane Lynch berkata, "Saya dan anggota kumpulan kami yang lain akan bergegas ke sana pagi ini (semalam). Kami perlu meneruskan apa yang tinggal dan akan buat apa yang perlu."

Stephen atau nama sebenarnya, Stephen Patrick David Gately, dilahirkan pada 17 Mac 1976. Beliau adalah keturunan Irish yang bukan sahaja berkebolehan menyanyi, tetapi juga mencipta lirik dan berlakon.

Sewaktu di dalam Boyzone, Stephen adalah penyanyi utama selain Ronan. Mereka cukup popular dengan lagu No Matter What. Dari segi pencapaian, semua album mereka berjaya mendapat kedudukan teratas dalam carta muzik di United Kingdom (UK) dan album ketiga mereka adalah yang paling berjaya di peringkat antarabangsa.

Dia telah muncul dengan album solo selepas Boyzone berpecah pada tahun 2000. Namun pada 2008, mereka telah bergabung semula untuk rakaman dan siri persembahan.

Dia pernah mendapat liputan hangat berkaitan kehidupan gay dan pernah 'berkahwin' secara sivil dengan Andrew pada Mac, 2006.



p/s: sebelum aku tau dia gay.. aku minat gila kat dia.. masa tue aku sekolah form 4..

Que, Linda Timang Tengku Ratu Haidar


Tiada ungkapan dapat menzahirkan perasaan pelakon Que Haidar apabila melihat isterinya, koreografer Linda Jasmine, selamat melahirkan bayi perempuan mereka yang dinamakan Tengku Ratu Haidar, kira-kira jam 2 petang semalam.

"Perasaan saya bercampur baur - bersyukur, gembira dan sayu. Alhamdulillah, Linda selamat bersalin secara pembedahan di Hospital Gleneagles, Ampang, lebih kurang jam 2 petang semalam. Dia berada dalam keadaan yang sihat dan mungkin 2 hari lagi boleh pulang ke rumah," kata Que kepada murai.com.my ketika dihubungi hari ini.

Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 30, berkata, dia dan Linda, 36, memilih nama itu ketika Linda hamil 4 bulan dan telah disahkan mengandung anak perempuan.

"Sepatutnya Linda lahir secara normal bulan depan tetapi kata doktor, apabila bayi kami telah matang, dia boleh dilahirkan secara pembedahan. Saya sangat gembira melihat telatahnya yang kuat menyusu. Saya gembira sangat-sangat dan begitu juga abangnya (Qalif Khan, 9, anak sulung Linda)," kata Que lagi.

Menurut Que yang memberikan lakonan yang baik menerusi filem Setem dan Papadom, sesudah berkahwin dan menjadi seorang ayah, dia tidak lagi banyak melepak dengan rakan-rakan kerana keluarga menjadi keutamaan.

"Sekarang, sekejap-sekejap saya rasa hendak melihat muka Tengku Ratu. Saya dan Linda asyik membelek-belek mata, hidung dan mulutnya untuk melihat persamaaan dia ikut muka saya atau Linda. Memang mengasyikkan," kata Que dengan nada yang cukup gembira.

Katanya, apabila tiba masa yang sesuai, dia dan Linda akan pasti bergambar dengan bayi mereka itu dan berharap Linda tidak diganggu buat sementara waktu.

"Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan Linda dan bayi kami," kata Que. Pasangan popular itu telah selamat diijabkabulkan Restoran Borak Ombak, Ampang pada 14 Februari lalu.

Fahrin Kagum Dengan Kemampuan Scha


Selepas seminggu mengendalikan program Sehati Berdansa 3, Fahrin Ahmad meluahkan rasa puas hati dengan prestasi pasangan pengacara barunya, Scha Al Yahya.

"Saya terkejut juga melihat kebolehan Scha. Dia ada aura dan kekuatannya tersendiri. Scha juga dilihat lebih mesra dengan penonton serta bersemangat ketika mengendalikan program ini," kata Fahrin.

Scha sendiri turut menasihatkan penonton agar menerima diri beliau seadanya dan tidak membuat perbandingan dengan bekas pengacara lalu, Linda Onn.

"Alhamdullilah, saya berasa lega lepas habis rakaman. Mengenangkan ini adalah baru minggu pertama, saya tidak boleh bersenang lenang, banyak lagi saya saya perlu pelajari. Selain membuat latihan, Fahrin banyak juga membantu saya. Apa tidaknya, ini adalah musim ke-3 dia mengendalikan program ini. Apa yang menariknya, semua keluarga krew Sehati Berdansa 3 mudah dibawa berbincang dan banyak membantu saya.

 "Saya berharap penonton dapat menerima saya dengan baik. Saya berharap mereka tidak membuat perbandingan antara saya dengan Linda Onn. Saya akan cuba baiki kelemahan diri dari minggu ke minggu, " kata Scha.

Seramai 9 pasangan telah mempamerkan tarian masing-masing dengan tema Hip Hop. Mereka ialah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Enot &  Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein (Ruffedge) & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.

Malam penyingkiran buat julung kalinya dikendalikan oleh Awal Ashaari. Ia yang yang bersiaran secara langsung Ahad lalu telah menyaksikan tiada penyingkiran berlaku. Jadi 9 peserta itu juga telah mengumpul RM1,000 untuk badan kebajikan yang diwakili dan mereka bakal meneruskan saingan.