Thursday, January 22, 2015 marina 0 Comments


Salam.

Hari ini aku nak share resepi yang aku amik dari trymasak.my. Memang best website ni banyak gila resepi-resepi serta ada video lagi. So layan.



Puding Karamel

Resepi diambil dari www.trymasak.my

Bahan-bahan untuk menyediakan adunan puding

1. Telur (5 biji)
2. Susu Segar (500ml)
3. Gula (80g)
4. Esen Vanila (1 Sudu Kecil)
5. Mentega untuk menyapu acuan (sedikit)

Bahan untuk gula karamel

1. Gula (90g)
2. Air (5 sudu besar)

Cara-cara

1. Mula-mula sediakan gula karamel. Mmasukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula tersebut cair dan bertukar perang.

2. Kemudian segera kecilkan api dan perlahan-lahan curahkan air. Lakukan dengan pantas supata gula karamel ini tidak terlebih hangus. Kacau rata sehingga gula tersebut hancur sebati dan segera tutupkan api.

3. Seterusnya, sapu rata mentega pada permukaan acuan dan curahkan gula karamel tadi ke dalam acuan. Ketepikan gula karamel ini dan sediakan adunan puding.

4. Panaskan susu segar bersama dengan gula diatas api kecil, Kacau sentiasa supaya gula mudah hancur dan susu tidak mendidih.

5. Seterusnya, masukkan telur ke dalam mangkuk adunan bersama esen vanila.

6. Putar sebati bahan-bahan ini lebih kurang 10 saat sahaja supaya adunan tidak mengembang.

7. Setelah itu, curahkan adunan susu panas tadi dan kacau perlahan sehingga susu dan telur bercampur sebati.

8. Akhir sekali, perlahan-lahan curahkan ke dalam acuan dan kemudian kukus lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, perlahan-lahan buka tutup pengukur dan sejukkan seketika pada suhu bilik.

9. Bagi mengeluarkan puding dari acuan, pisahkan bahagian tepinya menggunakan pisau. Kemudian tutup dengan pinggan bulat rata dan terbalikkan puding tersebut ke atas pinggan dengan pantas. Perlahan-lahan buka acuan tersebut. Sejukkan dahulu puding dalam peti ais sebelum dihidang.



0 ayat cinta: