Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3

Maya Karin Pengacara Baru Nona

Penat! Budiey baru sahaja pulang dari Media Prima Television Networks Screenings 2010 yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Jenuh juga mendengar presentation dari orang kuat Media Prima. Tapi taklah mengantuk macam Screening tahun lepas. Tahun ini, seronok tengok client Media Prima yang datang dapat kejutan besar. Hadiah besar dalam THE BIG GIFT. Banyak juga hadiah besar, antaranya melancong ke Hollywood dan wang tunai beribu-ribu ringgit.

Dan yang penting sekali, banyak info tentang program baru yang akan disajikan pada tahun 2010 di TV Media Prima. Antara yang boleh Budiey kongsikan bersama pembaca semua ialah Nona pada tahun depan akan diacarakan oleh pelakon Maya Karin.
Tahniah Maya Karin



*credit to budiey.com*

Awas, Lee Min Ho Nak Datang Malaysia!


Berita baik buat peminat drama Korea terutama sekali drama Boys Over Flower. Murai Batu dengar, aktor kacak siri itu, Lee Min Ho yang memegang watak Goo Jon Pyo, bakal turun Malaysia tidak lama lagi.


Murai Batu dapat tahu pelakon tinggi lampai itu akan datang bukan untuk berlakon tetapi untuk mempromosikan bukunya yang bertajuk Travel With Min Ho. Selain itu, dia juga akan mempromosikan produk dandanan terbarunya


Mengikut informasi yang Murai Batu dapat, Min Ho akan turun ke Malaysia paling cepat akhir Oktober ini atau pun paling lambat awal November kelak Jadi, kepada semua peminat Min Ho, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengannya di Kuala Lumpur nanti.

Sedikit info tentang Min Ho, sebelum dia berkecimpung dalam dunia lakonan, Min Ho lebih terkenal menjadi model peragaan dan majalah.  Tapi selepas berlakon drama Boys Over Flower, barulah Min Ho menjadi kegilaan ramai peminat di Korea dan Asia.


Amacam, tak ada produser tempatan terfikir nak bikin filem usahasama dengan Korea ke? Kalau gabungkan pelakon-pelakon top dari Korea dengan Malaysia, mesti gempak punya, sebab belum lagi ada filem dwi bahasa - Melayu dan Korea. OK tak?

*credit to murai.com*

Konsep Arab Pilihan Akhil-Waheeda


KL, 31 OKTOBER 2009:  Agak lama menyepi, pasangan pengantin paling kontroversi, Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya kembali mendapat perhatian apabila akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka (di sebelah Waheeda) hari ini, bertempat di Shah Alam, Selangor.


Majlis itu bakal diadakan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang nanti. Murai Batu dimaklumkan, pasangan mempelai itu akan mula muncul di depan tetamu majlis sekitar jam 2.30 petang.

Dengar kata konsep majlis itu nanti ialah ala Timur Tengah atau Arab dan ia terhad untuk 1,000 jemputan saja. Tak pastilah nanti adakah ia berkonsepkan macam Mawi & Ekin dulu atau macam Laila & Majnun tapi yang jelas, ia tentu akan mendapat perhatian ramai pihak media tempatan.

Beberapa artis khabarnya telah diundang membuat persembahan dan mereka termasuklah kumpulan In-Team, Far East dan Wildan. Difahamkan lagi, selepas majlis di sebelah pihak perempuan itu, Akhil pula akan membuat satu lagi majlis resepsi untuk orang kampungnyaiaitu Gopeng, Perak pada 7 November nanti.


Harapan Murai Batu agar semuanya akan berjalan lancar dan siapa tahu dalam sedikit masa lagi Waheeda pula akan berbadan dua (entah-entah sedang). Harap-harap, semua kenangan pahit yang pernah terjadi dalam hidup Akhil, Waheeda mahupun Maizawati (bekas isteri Akhil) sebelum ini akan dibuang jauh-jauh dan biarlah mereka tenang menempuh kehidupan seterusnya. Amiiin..

*credit to murai.com*

hari hari sama saja..

hari hari hari hari sama saja.. kenapa aku cakap sama saja? sebab memang sama jer.. hehehee.. bosan jangan cakap la.. bapak bosan..

oo ya jangan lupa ea uolls tengok sehati berdansa malam nie kol 9 malam.. tema malam nie disko..

aku sebenarnya dah benti keje da.. da masuk sebulan kot.. hehehe.. aku nak sambung belajar balik.. tempat kat mana? tue aku tak tau g.. im not sure kat mana.. tunggu dalam minggu depan tau la kat mana..

oo anak buah aku fasya da kat malaysia.. rapat ngan aku.. kalu panggil aku macamni.." miena.. ooo miena" " miena ooo miena" selagi tak nyahut makin kuat dia panggil aku.. penat nak layan dia.. heheee.. comel sangat..

esok masuk la bulan 11.. dan ada lagi sebulan nak hampiri hari jadi aku.. sedihnya.. kenapa la hari jadi aku nie bulan 12.. lambat sangat.. dalam bulan 11 nie ada 2 orang adik beradik aku nye hari jadi.. 3hb 11 hari jadi azah.. selang 2 hari.. 5 hb 11 hari jadi ana lak..

adik beradik pompuan semua hari jadi last2.. adik beradik laki sume awal.. hehee.. ok la.. tue jerla aku mengomel.. hehee..

sehati berdansa 3

ha sekarang nie kan da start sehati berdansa musim ke 3.. minggu nie minggu ke 2.. tema minggu nie tema disko..
boleh tahan best tema minggu nie..

artis artis yang masuk bertanding mewakili badan badan kebajikan seperti sazzy falak dan pasangan, sein dan pasangan, dira dan pasangan, didie alias dan pasangan, enot dan pasangan, mirna dan pasangan, anita baharom dan pasangan,isma dan pasangan, oshin dan pasangan.. kesemuanya ada 9 pasangan..

tapi aku semestinya la sokong dan undi dira dan ash.. sebab aku peminat dira.. aku suka lakonan dira.. dira pun berdansa.. lagu yang dira dapat minggu nie lets dance together dari melly dan bbb.. huh lagu best tue.. konfom aku tak berganjak depan tv..

apa lagi esok malam kol 9 malam di astro ria 104..

nie adalah diambil dari blog dira.. klik sini..

Kami mewakili Persatuan Thalessemia Malaysia
Untuk mengundi,
Taip DANSA DIRA hantar ke 32999,
kalau nak hantar sekali banyak,
Taip DANSA 3/5/10 DIRA hantar ke 32999..







meet uncle hussain tarik diri dari muzik muzik?

MUH TARIK DIRI MUZIK MUZIK SEPARUH AKHIR!!

Berita terbaru yang baru je terima ni mengatakan Muzik Muzik yang akan memulakan saringan separuh akhir mulai 6 November 2009 ini tidak akan menampilkan kumpulan indie Meet Uncle Hussin (MUH) apabila kumpulan itu menarik diri semalam.

Hasrat penarikan diri kumpulan tersebut telah disuarakan melalui surat dan dihantarkan kepada pihak TV3 petang semalam.

Kumpulan yang sepatutnya mempertaruhkan lagu mereka yang berjudul ”Pari-Pari Di Bawah Angin” hasil ciptaan dan lirik oleh Taja/Tassiq/Lan itu memberi alasan tiada persefahaman antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik Muzik Separuh Akhir.

Sehubungan dengan itu, MUH yang dijadualkan membuat persembahan pada minggu ke-2 separuh akhir iaitu pada 13 November 2009 bakal digantikan dengan kumpulan Grey Sky Morning dengan lagu “Cinta Gila” hasil ciptaan Sharnizad & Hafizal, lirik oleh Hafizal.Menurut Pengurus Produksi Hiburan, Primeworks Studio Sdn. Bhd., Fadzliniza Zakaria berkata, ”Kami menghormati keputusan yang dibuat oleh MUH dan menerimanya dengan fikiran terbuka. Walaupun kami merasakan yang peminat-peminat MUH akan kecewa dengan keputusan itu, namun kami akur dan berpendapat bahawa mereka haruslah menyelesaikan masalah dalaman antara mereka dahulu. Keputusan memasukkan kumpulan Grey Sky Morning diambil memandangkan kumpulan itu merupakan lagu seterusnya yang berada di dalam carta selepas 30 lagu. Kami juga percaya Grey Sky Morning mampu memberikan saingan kepada lagu-lagu lain,” katanya.


Mengapa takde persefahaman pulak ni?

*kredit to budiey.com*

hari jumaat..

hari nie hari jumaat.. apakah aktiviti yang harus dilakukan?? ooo bapak bosank giler aku.. apa nak buat ea?? ada idea? hahahaa

aku tengok nuffnang aku baru naik ke 3 angka.. hahaha.. okey la kan.. dulu aku punya rajin update blog.. tapi skunk punye maleh nak update blog.. apakah?? hahahaa..

dan aku bercadang nak tukar domain dari blogspot ke dot com la.. then aku akan aktif balik blog aku macam dulu.. dan aku akan masuk sume nuffnang contest.. haahahaa..

ok la saja nak bagitau.. nak bagi bersemangat  balik untuk berblogging.. heheee