Thursday, January 22, 2015 marina 0 Comments


Salam.

Hari ini aku nak share resepi yang aku amik dari trymasak.my. Memang best website ni banyak gila resepi-resepi serta ada video lagi. So layan.



Puding Karamel

Resepi diambil dari www.trymasak.my

Bahan-bahan untuk menyediakan adunan puding

1. Telur (5 biji)
2. Susu Segar (500ml)
3. Gula (80g)
4. Esen Vanila (1 Sudu Kecil)
5. Mentega untuk menyapu acuan (sedikit)

Bahan untuk gula karamel

1. Gula (90g)
2. Air (5 sudu besar)

Cara-cara

1. Mula-mula sediakan gula karamel. Mmasukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula tersebut cair dan bertukar perang.

2. Kemudian segera kecilkan api dan perlahan-lahan curahkan air. Lakukan dengan pantas supata gula karamel ini tidak terlebih hangus. Kacau rata sehingga gula tersebut hancur sebati dan segera tutupkan api.

3. Seterusnya, sapu rata mentega pada permukaan acuan dan curahkan gula karamel tadi ke dalam acuan. Ketepikan gula karamel ini dan sediakan adunan puding.

4. Panaskan susu segar bersama dengan gula diatas api kecil, Kacau sentiasa supaya gula mudah hancur dan susu tidak mendidih.

5. Seterusnya, masukkan telur ke dalam mangkuk adunan bersama esen vanila.

6. Putar sebati bahan-bahan ini lebih kurang 10 saat sahaja supaya adunan tidak mengembang.

7. Setelah itu, curahkan adunan susu panas tadi dan kacau perlahan sehingga susu dan telur bercampur sebati.

8. Akhir sekali, perlahan-lahan curahkan ke dalam acuan dan kemudian kukus lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, perlahan-lahan buka tutup pengukur dan sejukkan seketika pada suhu bilik.

9. Bagi mengeluarkan puding dari acuan, pisahkan bahagian tepinya menggunakan pisau. Kemudian tutup dengan pinggan bulat rata dan terbalikkan puding tersebut ke atas pinggan dengan pantas. Perlahan-lahan buka acuan tersebut. Sejukkan dahulu puding dalam peti ais sebelum dihidang.



0 ayat cinta:

Resepi Red Velvet Kukus

Thursday, January 22, 2015 marina 0 Comments

Resepi Red Velvet Kukus



RESEPI KEK RED VELVET KUKUS
Bahan A

1 2/3 cawan tepung naek sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecik baking powder
Bahan B
125g butter
3/4 fine sugar (sy guna gula biasa, n blend halus)
2 bijik telur besaq
1/2 cawan susu (dutchlady full cream)
1/4 buttermilk (1/2 cawan susu + 1-2 sudu lemon juice, biar dlm 20mnt)
1 sudu perahan lemon
pewarna merah (agak2 bg kek tuh warna merah)
Bahan C
250g cream cheese
125g butter
1 cawan gula icing (gune gula biasa, blend halus)
Cara-cara nyaa~
1.Campur semua bahan A dan ayak sekali. Ketepikan.
Bahan B pulak.. Butter + Gula .. pukul sampai kembang..
Masukkan telur, sebijik demi sebijik. Kacau pelan2.. Masukkan bahan2 B yang lain.. kacau rata..
2.Masukkan bahan A pulak.. kacau gune senduk je..
3.kukus sampai masak guna api sederhana dlm 40minit
4.Sejukkan kek dan belah kepada 2 bahagian..
5.siapkan Bahan C, Campurkan semua bahan C dan pukul rata.

0 ayat cinta:

Resepi Chocolate Eclair

Wednesday, January 21, 2015 marina 0 Comments

Salam...

Hari ni aku nk share resepi Chocolate Eclair. Belum buat lagi tapi plan akan buat. Jadi untuk memudahkan aku nak buat aku tempekkan resepi di sini supaya mudah untuk aku rujuk dan buat untuk beginners macam aku ni. Chocolate Eclair ni tengah faymes sekarang. Aku pernah rasa memang serius sedap. Jadi aku teringin nak buat sendiri. Oleh itu ini adalah resepi yang diambil dari blog dapur.ibucergas.com.

Resepi Chocolate Eclair 
http://dapur.ibucergas.com/chocolate-eclairs/




Choux Pastry:
1/2 cup (65 grams) all purpose flour
1/2 teaspoon granulated white sugar
1/4 teaspoon salt
4 tablespoons (55 grams) unsalted butter, cut into pieces
1/2 cup (120 ml) water
2 large eggs, lightly beaten
>
Glaze: (optional) (Saya tak letak)
1 large egg, lightly beaten
>
Pastry Cream:
1 1/4 cups (300 ml) whole milk
3 large egg yolks
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
2 tablespoons (20 grams) all-purpose flour
2 scant tablespoons (15 grams) cornstarch (corn flour)
1 teaspoon pure vanilla extract
<
Chocolate Glaze:
2 ounces (55 grams) semi sweet chocolate, finely chopped (saya cuma cairkan ini sahaja dan celup):mrgreen:
1/4 cup (60 ml) heavy “whipping” cream (cream with 35% butterfat content) (Saya tak letak)
1/4 teaspoon pure vanilla extract (Saya tak letak)
1/2 tablespoon light corn syrup (or golden syrup or glucose(Saya tak letak)

P/s: Nanti aku dah buat aku akan share dalam blog ni hasil aku buat.

0 ayat cinta:

Welcome 2015...

Wednesday, January 21, 2015 marina 0 Comments

Salam...

Dah masuk separuh bulan 1 baru nk selamat datang 2015 hehe. Maklumlah sifat malas untuk update blog ni makin menjadi-jadi. Alhamdulillah azam tahun lepas banyak dah tercapai dan masih banyak lagi yang tak tercapai. Apapun azam tahun lepas yang tak tercapai tu kita bawak ke tahun ni la.

Alhamdulillah hasrat untuk berumah tangga tahun lepas pun tercapai. Selamat dinikahkan dengan suami pada 7Jun 2014. Dan sekarang dah masuk 8 bulan usia perkahwinan. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak sebagai pelengkap keluarga kami.

Di awal perkahwinan kami terpaksa berpjj. Suami digemas aku di nilai. Hanya berjumpa sabtu ahad sahaja. Alhamdullillah bermula bulan febuari kami akan tinggal bersama dan menjalani kehidupan sebenar suami isteri sebab akhirnya aku dpt keje yang dekat dengan en suami.

Dan blog ini lepas ni akan lebih banyak diupdate dengan resepi-resipi masakan sebab aku suka bidang masakan. Dan aku nk menceburi bidang ini kecil-kecilan dlu. Jadi segala resepi akan dishare di sini supaya aku sendiri dapat rujuk balik. 

Dan terakhir sekali aku sajikan dengan gambar semasa pernikahan dan persandingan aku yang aku tak pernah masuk dalam blog ini. 








                                        



0 ayat cinta: