Lagu 1Malaysia: Siti, Tomok, Jac Berentap!

Friday, August 21, 2009 marina 0 Comments

Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia kini semakin hampir ke penghujungnya apabila 10 lagu terbaik telah pun dipilih. Dari bilangan penyertaan tersebut, nama artis popular seperti Dato' Siti Nurhaliza, Maya Karin, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Tomok memberi saingan kepada bakat baru yang menyertainya.

Pertandingan yang diilhamkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memberi peluang rakyat untuk memilih sendiri lagu yang terbaik dan bersesuaian dengan laungan semangat 1Malaysia berdasarkan undian yang dijalankan di laman web rasmi 1Malaysia.

Keputusan lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara akan diumumkan pada sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia menjelang 31 Ogos 2009 ini.

"Saya menyeru rakyat Malaysia agar memesrakan diri dengan semangat 1Malaysia ini. Undilah lagu kegemaran anda di laman web 1Malaysia sekarang. Saya mahu lagu yang dipilih nanti menjadi satu lagu yang benar-benar menjelma dari hati rakyat biasa Malaysia," kata Datuk Seri Najib.

"Penyertaan amat membanggakan apabila kebanyakan peserta akhir pertandingan ini terdiri daripada kumpulan yang pelbagai dan ia sangat mengagumkan. Malah ada penggubah lagu yang terkenal menyertainya selain muka baru yang masih belum dikenali.

"Semangat 1Malaysia itu jelas sekali berada di hati rakyat Malaysia dan saya harap semua orang akan memilih satu lagu yang dirasakan benar-benar dapat memberikan pengertian 1Malaysia kepada mereka," ujar beliau.

Difahamkan, dalam tempoh 9 hari sahaja, lebih 350 penyertaan diterima dan ia mencerminkan keharmonian kesemua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sementara itu, pemenang pertandingan mencipta lagu ini bakal menerima hadiah wang tunai dan penerbitan sebuah muzik video untuk lagu berkenaan.

Berikut adalah 10 calon Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia:

1. Lagu: Satu
Artis: Tomok
Komposer: Shazee Ishak
Lirik: Shah Shamshiri

2. Lagu: Sehati Sejiwa
Artis: D.Gerard Singh
Komposer: D. Gerard Singh
Lirik: D. Gerard Singh

3. Lagu: Keranamu Hatiku Malaysia
Artis: Manis
Komposer: Lead
Lirik: Lead

4. Lagu: Satu Malaysia
Artis: Dato' Siti Nurhaliza
Komposer: Aubrey Suwito
Lirik: Dato' Siti Nurhaliza

5. Lagu: Nyanyikan Lagumu
Artis: Maya Karin
Komposer: Ng Ching Ching/ Wong Seng Jinn
Lirik: Ng Ching Ching

6. Lagu: Lagu Rakyat Satu Malaysia
Artis: Rida
Komposer: Norm Aidid
Lirik: Norm Aidid

7. Lagu: Inilah Malaysia
Artis: Jaclyn Victor & Arch Little Danielle
Komposer: Taja MUH
Lirik: Tun Teja

8. Lagu: Perpaduan 1Malaysia
Artis: Alex
Komposer: Alex
Lirik: Alex

9. Lagu: Kami Anak Malaysia
Artis: Noh Hujan, Lah Ahmad, Shila
Komposer: Ashroff Shariff
Lirik: Eka Shariff

10. Lagu: Malaysia Satu
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Lirik: Nur Fatima

Anda boleh mendengarkan kesemua calon lagu 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my/

0 ayat cinta: