Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22
Budiey nak ucapkan tahniah kepada Jaclyn Victor yang telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 untuk filem Talentime. Sekaligus menewaskan empat lagi pesaingnya, Heliza Helmi, Zalina, Yasmin Khaniff dan Yuhana Yahya.
Tahniah juga buat filem Talentime yang meraih anugerah pertama. Pada 8 Ogos di malam kemuncak nanti, Budiey percaya Talentime akan menang banyak lagi anugerah.
Pertama kali berlakon filem, terus dapat anugerah. Ada harapan, selepas ini mungkin Jac akan terus berlakon. Jaclyn Victor membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.
Tahniah juga buat pemenang pelakon Harapan Lelaki iaitu Zahiril Adzim menerusi filem Kami The Movie.
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Mohd. Hadziq (Syurga Cinta), Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi oleh Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan) dan Poster Terbaik dimenangi oleh filem Histeria.
Filem Geng: Pengembaraan Bermula dipilih memenangi Anugerah Filem Box-Office selepas mengaut kutipan tiket RM6.2 juta sewaktu ia ditayangkan di pawagam baru- baru ini iaitu yang tertinggi buat filem tempatan tahun ini.
Pada 5 Ogos lalu, FFM22 telah membuka tirai dengan menyampaikan 10 anugerah yang disampaikan pada Majlis Perasmian FFM22 termasuk Pelakon Harapan Wanita, kategori Filem Dokumentari Terbaik yang dimenangi filem Bumi Pribumi, Filem Pendek Terbaik (Permata Bonda), Filem Animasi Terbaik (My Telatori) dan Filem Digital Terbaik (Aathma). Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.
FFM22 yang pertama kali diadakan di luar Semenanjung itu akan mengumumkan sekitar 20 anugerah utamanya termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di Dewan Cancelor, Universiti Malaysia Sabah di sini, 8 Ogos ini bermula 8.30 malam.
SAYA sendiri tidak menyangka kategori itu berpihak kepada saya. Saya bersyukur dan anugerah ini satu yang cukup istimewa kepada saya. Saya gembira dan dalam masa yang sama sedih juga sebab Mak (merujuk kepada Allahyarham Yasmin Ahmad) tidak dapat berkongsi detik manis ini.
“Saya harus berterima kasih kepada Mak yang memberi peluang untuk saya merasai nikmat bergelar pelakon. Ia satu kenangan indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Sampai sekarang, saya akui masih tertanya-tanya kenapa Mak memilih saya untuk memegang watak itu,” kata Jaclyn Victor yang hanya mengetahui dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 yang berlangsung di Centre Atrium, 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.
Kemenangan Jaclyn sekali gus membenamkan hasrat calon lain, Heliza Helmi, Zalina dan Yasmin Khaniff yang turut bertanding. Jaclyn yang dihubungi Hip masih berada di Kuala Lumpur kerana komitmen yang perlu dipenuhi dan hanya akan terbang ke Sabah pada Sabtu ini.
Jaclyn yang mendapat tahu mengenai kemenangan itu menerusi SMS sejujurnya tidak menyangka keputusan itu diumumkan awal kerana menjangkakan ia hanya akan diumumkan pada malam kemuncak esok.
Jaclyn yang pernah bergelar Juara Malaysian Idol musim pertama mencipta kejutan apabila filem sulung lakonannya, Talentime yang diarahkan Allahyarham Yasmin Ahmad berjaya melayakkan dirinya memiliki trofi Pelakon Harapan Wanita. Watak Bhavani yang dipegangnya di dalam filem itu ternyata cukup mengesankan apabila berjaya mencuri perhatian juri.
Bagi Zahiril Adzim pula, dia akan terus mengukuhkan pandangan pemerhati seni apabila dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Kami The Movie. Bersaiz genit ternyata tidak menjadi penghalang kepadanya untuk terus mara membina nama dan terus mengembangkan bakat yang ada.
Zahiril yang bakal terbabit dalam pementasan teater Kompilasi Volum 2 mulai 11 Ogos ini di Stor Dewan Bahasa & Pustaka itu menewaskan Bintang Paling Popular, Nabil yang dicalonkan menerusi filem Sifu & Tongga. Zahiril, Jaclyn dan Hadziq masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
“Anugerah ini sebagai pengiktirafan atas hasil kerja yang kita lakukan. Tapi ia tidak bererti mutu kerja kita sudah bagus. Anugerah ini sebenarnya sebagai ruang untuk saya sendiri melipat gandakan usaha pada masa mendatang. Ia boleh diibaratkan sebagai suntikan semangat untuk kita terus memacu ke depan,” katanya yang melihat Isma Yusof sebagai saingan terdekatnya.
Sementara itu bagi adik Hadziq, saat disebut namanya sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, bakat cilik yang cukup petah berbicara ini melonjak keriangan. Dia yang ditemani neneknya ke Sabah, memanjat kesyukuran di atas kurniaan yang cukup berharga itu.
“Saya harus berterima kasih kepada David Teo dan Ahmad Idham yang memberi peluang untuk saya terus mengembangkan sisi bakat seni yang ada. Tak dilupakan juga kepada Aznil Nawawi yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini. Mereka inilah antara insan yang membuka pintu untuk sampai ke tahap ini.
“Kalau ada peluang lagi, saya tak teragak-agak untuk berlakon filem. Pengalaman berada di dalam produksi filem Syurga Cinta menjadi pengalaman yang akan terus saya titip buat masa mendatang. Dalam saya mengejar cita-cita, saya sesekali tidak akan mengabaikan pelajaran,” katanya yang bersaing dengan tiga lagi calon lain, Nik Farid Idrus, Siti Nasrina dan Pathieswaran dalam kategori terbabit.
Turut diumumkan malam itu ialah kategori Lagu Tema Asal Terbaik, Sayangku Di Sisimu (filem Jin Notti) dan Poster Terbaik (filem Histeria).
so kita saksikan pada 8 ogos nanti ea.. jangan lupa..
p/s: ooohhh Zahiril Adzim pelakon pujaan ku yang paling aku minat.. see.. Zahiril Adzim memang berbakat aku cakap.. aku tengok cite kami the movie siap ulang part ayat dia cakap " salam sejahtera mat jambu" " oo terkamjat member gua" peh ayat dia best.. cara dia cakap pun best.. hehheee
0 ayat cinta: