Still Marry Me.

Tuesday, March 12, 2013 marina 0 Comments


Assalamualaikum....


Okai hari nie aku nak cite satu cite menarik. Tajuk dia Still Marry Me.


Sebenarnya dah lama aku layan cite nie kat www.maaduu.com. Tapi aku tibe-tibe layan sekali lagi sebab aku tiba-tiba terfeeling tua macam diorang yang masih tak jumpa-jumpa lelaki yang boleh dijadikan suami. Walaupun umur aku belum sampai 30 tapi macam terasa jugak la.

Dorang nie macam da 'desperate' sangat untuk carik suami. Sebab umur masing-masing dah 34. Tapi dorang nie masing-masing berkerjaya. Wartawan, translator dan pereka design kedai. 

sinopsis cite nie.

Still Marry Me nie mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Lee Shin Young (Park Jin Hee), Jung Da Jung (Uhm Ji Won) dan Kim Boo Ki (Wang Bit Na) yang merasakan kehiduoan mereka telah sempurna namun mula menyedari bahawa mereka masih tidak mempunyai pasangan hidup. Pada usia 36 tahun mereka dihujani dengan pelbagai masalah dan kini terdesak mencari cinta.


Still, Marry me-p2.jpg

Lee Shin Young merupakan seorang wartawan penyiaran yang ceria dan sering mendapat perhatian sehingga dipilih oleh syarikatnya untuk mendapatkan latihan di Washingtob. Shin Young terpaksa memutuskan pertunangnya bersama Yoon Sang Woo (Lee Pil Mo) kerana terpaksa menghabiskan masa 2 tahun di sana. 

Dan sekembali ke korea Shin Young mendapat berita bekas tunang dia nak berkawin dengan gadis lain. Bukan itu saja shin young juga menerima tekanan kerja yang akhirnya mengalami penyakit ganjil iaitu "bell petsy". Dan dalam masa sama dia terjumpa budak lelaki (Kim Bum) yang merupakan pelajar kolej di situ. Shin Young kenal mamat nie pun secara tak sengaja iaitu ketika dia hendak buat liputan kat kolej tu. Dan ketika itu Kim Bum nie sibuk men gitar. Dengan bengang tahap maksimum Shin Young pun pergi kerat wayar gitar. Itu la detik-detik perkenalan mereka. 








Sedang Shin Young cuba mencarik cinta hati barunya, sahabatnya Jung Da Jung juga sering berharap dapat bertemu jejaka kaya. Beliau yang merupakan seorang penterjemah terjumpa Na Ban Seok (Choi Cheol Ho) dalam kapal terbang secara tak sengaja yang akhirnya menemukan jodoh antara mereka berdua.

Sindrom wanita berusia juga tidak ketinggalan dalam kehidupan Kim Boo Ki yang merupakan seorang perunding restoren. Setelah 10 tahun bercinta, Boo Ki akhirnya meninggalkan tunangnya kerana tidak tahan dengan kehidupan yang dimiliki oleh beliau ketika itu.



















Cerita ni bagi aku sangat best. Dan terasa ada persamaan dengan diri aku. Papepun korang enjoy la ye.

0 ayat cinta:

Pengalaman belajar part 1

Saturday, March 09, 2013 marina 0 Comments

Assalamualaikum....


okai last entri hari tu aku ada cite pasal aku da habis belaja kan. Aku sebenarnya pengalaman belajar memang sampai bila-bila aku akan ingat. Bermula dari Kolej Yayasan Melaka sehingga Universiti Teknologi Mara macam pengalaman  yang dilalui.

Aku lepas habis STPM aku masuk Kolej Yayasan Melaka. Itupun sebab aku tak dapat UPU. Hihihi... Bersemangat aku tunggu jawapan UPU sekali tidak berjaya. Tapi tak mengapa bukan kerana tak dapat masuk U awam kita tak belajar ye kan. Dan kerana tawaran KYM datang, oleh demikian itulah aku pun pilih je la KYM. Amik Business Admin (BBA). Sebenarnya aku atak minat pun kos tu tapi sebab dah tak der pilihan kan pegi je la.

 Mula-mula sampai okai la. Dapat kawan pun okai sume. Cuma masalah diri aku. Sem 1 pointer boleyla. Tak sampai 3 pun. 1st percubaan katakan. Then masuk sem 2.. Pun tak sampai 3. Sem 1 n 2 aku dok hostel. Hostel ktorg peh da macam aparment. Seyes Besar bilik, ruang tamu, toilet da macam apartment. mase dok hostel okai lagi result.

Bila sem 3 aku da dok luar. Sem 3 aku ada kantoi 1 paper. Paper finance. Seyes susah gler mase tu aku rase. Dan aku repeat. Stat sem 4 tu da stat majoring, Stat tu la aku da malas nak belajar dan tak minat belajar.

Pegi kelas macam pegi macam tu je. Balik umah g makan tak pun merayap. Stat tu aku selalu balik umah lewat dan terlajak tak pegi kelas. Bila da berulang kali ponteng terus aku da xder mood nak g kelas. Start tu aku punya keputusan terus menjunam.

Memang teruk gila keputusan, memang banyak paper fail. Bila dapat keputusan memang teruk tapi ayah aku bagi peluang lagi. Tapi aku tak guna betul-betul peluang tu. Lepas tu pun sama. Sebab aku memang tak minat dan tak boleh masuk dah.

Memang aku malu dengan kawan-kawan aku. Tapi dorang ada tegur-tegur perangai aku. Tapi dah degil memang tak dengar langsung apa yang kawan-kawan cakap. Dan pengakhirannya aku berhenti belajar sebab keputusan bertambah teruk dan tak dapat diselamatkan.

Punca-punca jadi macam tu sebab diri aku sendiri. Malas nak belajar. Nak seronok-seronok je. Memang kesilapan aku. Time tu la nak keje part time. Macam-macam. Sedey memang sedey. Tapi nak wat macam mana. Silap aku sendiri.

Masa nak kemaskan barang nak bawak balik tu aku macam sedey je nak blah dari situ. Tapi kena terima la. Sob sob sob sedey dan kecewa dengan diri sendiri. Tapi life must go on. Aku da buang masa 3 tahun.

To be continue.......

0 ayat cinta: