Still Marry Me.
Assalamualaikum....
Okai hari nie aku nak cite satu cite menarik. Tajuk dia Still Marry Me.
Sebenarnya dah lama aku layan cite nie kat www.maaduu.com. Tapi aku tibe-tibe layan sekali lagi sebab aku tiba-tiba terfeeling tua macam diorang yang masih tak jumpa-jumpa lelaki yang boleh dijadikan suami. Walaupun umur aku belum sampai 30 tapi macam terasa jugak la.
Dorang nie macam da 'desperate' sangat untuk carik suami. Sebab umur masing-masing dah 34. Tapi dorang nie masing-masing berkerjaya. Wartawan, translator dan pereka design kedai.
sinopsis cite nie.
Still Marry Me nie mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Lee Shin Young (Park Jin Hee), Jung Da Jung (Uhm Ji Won) dan Kim Boo Ki (Wang Bit Na) yang merasakan kehiduoan mereka telah sempurna namun mula menyedari bahawa mereka masih tidak mempunyai pasangan hidup. Pada usia 36 tahun mereka dihujani dengan pelbagai masalah dan kini terdesak mencari cinta.
Lee Shin Young merupakan seorang wartawan penyiaran yang ceria dan sering mendapat perhatian sehingga dipilih oleh syarikatnya untuk mendapatkan latihan di Washingtob. Shin Young terpaksa memutuskan pertunangnya bersama Yoon Sang Woo (Lee Pil Mo) kerana terpaksa menghabiskan masa 2 tahun di sana.
Dan sekembali ke korea Shin Young mendapat berita bekas tunang dia nak berkawin dengan gadis lain. Bukan itu saja shin young juga menerima tekanan kerja yang akhirnya mengalami penyakit ganjil iaitu "bell petsy". Dan dalam masa sama dia terjumpa budak lelaki (Kim Bum) yang merupakan pelajar kolej di situ. Shin Young kenal mamat nie pun secara tak sengaja iaitu ketika dia hendak buat liputan kat kolej tu. Dan ketika itu Kim Bum nie sibuk men gitar. Dengan bengang tahap maksimum Shin Young pun pergi kerat wayar gitar. Itu la detik-detik perkenalan mereka.
Sedang Shin Young cuba mencarik cinta hati barunya, sahabatnya Jung Da Jung juga sering berharap dapat bertemu jejaka kaya. Beliau yang merupakan seorang penterjemah terjumpa Na Ban Seok (Choi Cheol Ho) dalam kapal terbang secara tak sengaja yang akhirnya menemukan jodoh antara mereka berdua.
Sindrom wanita berusia juga tidak ketinggalan dalam kehidupan Kim Boo Ki yang merupakan seorang perunding restoren. Setelah 10 tahun bercinta, Boo Ki akhirnya meninggalkan tunangnya kerana tidak tahan dengan kehidupan yang dimiliki oleh beliau ketika itu.
Cerita ni bagi aku sangat best. Dan terasa ada persamaan dengan diri aku. Papepun korang enjoy la ye.
0 ayat cinta: