Fasha Sandha yang telah celebrate Halloween

Tuesday, November 09, 2010 marina 0 Comments

sekadar mahu memetik berita dari Harian Metro hari ini, tentang Fasha Sandha yang telah celebrate Halloween bersama kawan-kawannya. Gambar Fasha Sandha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.

Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Fasha Sandha

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.
Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.

Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.
“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam. Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween. Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.
– via Harian Metro

Fasha Sandha
Fasha Sandha
Fasha Sandha
Fasha Sandha
Fasha Sandha

0 ayat cinta: