Ciri-ciri wanita yang diminati lelaki

Friday, November 26, 2010 marina 0 Comments

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.



p/s:
Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci...

0 ayat cinta:

LELAKI VS WANITA: Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Juga Perempuan Perlu Tahu

Friday, November 26, 2010 marina 0 Comments

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
p/s:Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



0 ayat cinta:

Tersurat dan Tersirat

Friday, November 26, 2010 marina 0 Comments

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?  
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?  
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.  
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.  
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…  
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.  
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami...bla bla bla…  
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je...

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?  
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku!

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.  
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. byk cntk!

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.  
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu!

p/s: adeh..klaka nye perempuan ni kan? complicated btol..mst laki susah nk phm..muahahahahahaha

0 ayat cinta:

fake relationship in perspective of non muslim ( some of it, bole diaccept betol hujahnya)

Thursday, November 25, 2010 marina 0 Comments

Last week we pondered why men are reluctant to extricate themselves from relationships that don’t fulfil them – aka fakelationships. This week, here are seven signs that you might actually be in one of those fakelationships yourself...

You haven’t met his parentsIt’s scary when you’re introduced to the potential in-laws, but perhaps you should be more worried if they’ve never heard of you. This either means he doesn’t see any future with you, or he's just embarrassed because he's the lovechild of John Major and Edwina Currie. Either way, it doesn’t bode well.He doesn’t want to move in with youSome fakelationships last for several blissful, if ultimately pointless, years but their make-or-break moment often arrives when someone suggests sharing a place. Many men are happy to stay in a fakelationship for ages providing they have a quick and easy get-out clause – but there’s nothing quick or easy about lugging a box of ‘Sopranos’ DVDs and an acoustic guitar down some stairs and into a removal van while a woman shouts at you.  

He still goes out with his mates a lotGuys will always go out with their mates but it’s reasonable to expect that when they’re in a serious relationship, they’ll do it less. So if he’s regularly coming home in the early hours smelling of WKD and kebab, maybe he doesn’t take the relationship very seriously.

When he goes out with his mates, he never invites youThere are two reasons that men have a “lads’ night out”: a) to pull girls or b) to talk about girls. So even if you’re confident he isn’t out chasing other women, there’s still some reason he wants you out of the picture. Most likely, he wants to discuss stuff with his mates that he would never tell you.

He doesn’t want to change his Facebook statusSome guys would be prepared to proclaim their devotion to you anywhere... except Facebook.  That’s because you’re not just telling a few close friends you’re unavailable, but virtually everyone you know; exes, colleagues, hot girls you added after meeting them once, even parents (see above). I have a friend who - after being nagged by his fakelationship girlfriend to change his status - spent several hours editing his settings so that when she looked at his profile he would be ‘in a relationship’ but when anyone else viewed it he’d be listed as ‘single’. (Yes, you can do that.)

He’s uncomfortable with the term ‘boyfriend’Sometimes men get into fakelationships by accident. They like to start off thinking they’re in a kind of undefined sexual friendship but somewhere along the way they are compelled – or forced – to make things ‘official’. But it doesn’t mean this was ever their intention, or desire, and he may remain uneasy with it.

He has an aversion to planning aheadFakelationships are fragile and can end at any point, so their male protagonists can be reluctant to nail down future events too far in advance. If he’s desperate to see you next week but glazes over whenever you mention going to Thailand on holiday next summer, perhaps he doesn’t fancy the long haul in more ways than one. 

Last week we pondered why men are reluctant to extricate themselves from relationships that don’t fulfil them – aka fakelationships. This week, here are seven signs that you might actually be in one of those fakelationships yourself...You haven’t met his parentsIt’s scary when you’re introduced to the potential in-laws, but perhaps you should be more worried if they’ve never heard of you. This either means he doesn’t see any future with you, or he's just embarrassed because he's the lovechild of John Major and Edwina Currie. Either way, it doesn’t bode well.He doesn’t want to move in with youSome fakelationships last for several blissful, if ultimately pointless, years but their make-or-break moment often arrives when someone suggests sharing a place. Many men are happy to stay in a fakelationship for ages providing they have a quick and easy get-out clause – but there’s nothing quick or easy about lugging a box of ‘Sopranos’ DVDs and an acoustic guitar down some stairs and into a removal van while a woman shouts at you.   He still goes out with his mates a lotGuys will always go out with their mates but it’s reasonable to expect that when they’re in a serious relationship, they’ll do it less. So if he’s regularly coming home in the early hours smelling of WKD and kebab, maybe he doesn’t take the relationship very seriously.When he goes out with his mates, he never invites youThere are two reasons that men have a “lads’ night out”: a) to pull girls or b) to talk about girls. So even if you’re confident he isn’t out chasing other women, there’s still some reason he wants you out of the picture. Most likely, he wants to discuss stuff with his mates that he would never tell you.He doesn’t want to change his Facebook statusSome guys would be prepared to proclaim their devotion to you anywhere... except Facebook.  That’s because you’re not just telling a few close friends you’re unavailable, but virtually everyone you know; exes, colleagues, hot girls you added after meeting them once, even parents (see above). I have a friend who - after being nagged by his fakelationship girlfriend to change his status - spent several hours editing his settings so that when she looked at his profile he would be ‘in a relationship’ but when anyone else viewed it he’d be listed as ‘single’. (Yes, you can do that.)He’s comfortable with the term ‘boyfriend’Sometimes men get into fakelationships by accident. They like to start off thinking they’re in a kind of undefined sexual friendship but somewhere along the way they are compelled – or forced – to make things ‘official’. But it doesn’t mean this was ever their intention, or desire, and he may remain uneasy with it. He has an aversion to planning aheadFakelationships are fragile and can end at any point, so their male protagonists can be reluctant to nail down future events too far in advance. If he’s desperate to see you next week but glazes over whenever you mention going to Thailand on holiday next summer, perhaps he doesn’t fancy the long haul in more ways than one.

0 ayat cinta:

~kisah KASIH, CINTA, SEDIH, & KECEWA~

Thursday, November 25, 2010 marina 0 Comments

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH. Kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. Dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. Mereka mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?" KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan? KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, KECEWA pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf." KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula. Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapan KASIH. Tolong ye KASIH. Beri CINTA peluang. Tolong lah fikirkan. Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH. KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA. KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama. Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA. Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.  Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya. GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?


p/s: LOVE  isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best... but its about who CAME & NEVER LEFT

0 ayat cinta:

ayat beracun LELAKI..jaga-jaga!

Thursday, November 25, 2010 marina 0 Comments

Artikel ni bkn pasal ayat2 beracun yg lelaki guna semasa nk tackle perempuan..Perhatian kepada semua kaum lelaki elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua..

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ’senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ’suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you“, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

So..tak reti-reti lagi ker..think wisely before you say something..

-Sumber dari blog..(penulis asal x diketahui)

0 ayat cinta:

Cara-cara nak cover malu..muahahaha

Thursday, November 25, 2010 marina 0 Comments

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

p/s: sengal..ade org wat cmni ke? muahahaha..

0 ayat cinta:

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

Wednesday, November 24, 2010 marina 0 Comments

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
    merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
    lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
    berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
       di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
      kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
      mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
      kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

0 ayat cinta: