bosan sangat

Sunday, May 31, 2009 marina 1 Comments


emm bosan kan pagi macam nie.. rasa mengantuk pun ador.. nak tido.. tapi takut terlajak tido kan kantoi kat ketua aku yang aku membuta.. hahahaa. so tahan aja la mata.. terpaksa aku dengar mp4 aku.. dengar lagu yang goyang2 kepala.. agar oksigen dapat mengalir dengan betul(tipu)..









tapi series sabtu selalu macam nie.. memang bosan.. hehehee.. arini kalau tak keje ngat nak jumpa kawan aku myra.. tapi arini tiba2 ada jogathon.. selamat pasport aku da wat hari tue.. kalau tak wat hari tue.. ayah aku nak wat ari nie.. memang la aku tak dapat pegi uk la nampak gaya..









yerla tiba2 jer ada program arini.. da tentu2 aku tak dapat wat pasport arini kan.. so bila lagi nak wat.. tunggu next sabtu?? next sabtu aku keje.. sabtu lagi satu cuti.. sepatutnye sabtu arini cuti.. tapi tibe2 jer ada program..









so, memang syukur aku da wat pasport hari tue.. hehehe









aku nak share gambar2 yang menarik.. memang nampak real.. ini aku amik dari page http://effacorner.blogspot.com/.. credit to her..









1 ayat cinta:

pendapat lelaki

Sunday, May 31, 2009 marina 0 Comments


pendapat lelaki??




Jadi Lelaki GENTLEMAN


GENTLEMAN atau bersoapan santun adalah salah satu kriteria yang boleh membuatkan seseorang lelaki itu dihormati dan dipandang tinggi oleh orang sekelilingnya. Bukan sahaja amat diingini oleh seseorang wanita, tetapi amat penting untuk kehidupan era serba pantas ini, baik dalam kehidupan sosial mahupun dalam kerjaya. Tak percaya? Kamu harus teruskan membaca.



Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari luar negara satu ketika dulu menempatkan Malaysia ditangga ketiga tidak beradab, patut kita ambil berat. Biarpun mereka hanya menilai dari tiga kategori iaitu tidak membuka pintu, tidak mengutip sampah dan kedekut senyuman, namun adakah benar masyarakat kita begitu tidak beradab? Dengan kata lain tak gentleman.



Namun, bukan semua lelaki mempunyai sikap gentleman secara semula jadi, ada yang wujud secara paksaan ataupun dibuat-buat. Sebenarnya lelaki gentleman dilihat sebagai satu ikon yang digambarkan oleh kaum wanita dan amat dicari-cari. Pun begitu benarkah ia kini semakin pupus? Jika ya, bagaimana mahu mengembalikan sikap gentleman itu dalam diri kamu? Berikut adalah salah satu cabang etika untuk menjadi gentleman. Ayuh mulakan langkah kamu menjadi seorang yang gentleman sekarang demi karier yang mantap dan hubungan dengan orang sekeliling penuh yakin.



Selalu berkelakuan baik


Biarpun kamu tidak menyukai seseorang, jangan pamerkan sikap kurang senang itu sebaliknya perlu sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun. Walaupun ada yang cuba menyakiti hatimu, tak usah membalas perbuatan itu. Letakkan diri di tahap yang paling rasional. Pasti kamu tidak akan rugi.



Jaga nada percakapan


Jika kamu selalu bercakap dengan suara yang tinggi, ia akan meletakkan kamu dalam situasi yang menyakitkan. Orang di sekeliling akan menganggapkamu sombong atau angkuh. Anggapan negatif ini akan membuatkan kamu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada orang ramai terutamanya ketika kamu mahu meluahkan pendapat.



Elak maki hamun


Jangan cuba mencari nahas dengan menghadiahkan kepada sesiapa makian dan kutukan biarpun hati terlalu sakit. Apabila mudah melenting hingga terhambur segala makian dan kutukan, ia akan melabelkan kamu sebagai individuyang bermasalah serta kurang ajar. Mahukah kamu diperkatakan sebegitu rupa?



Cuba bersabar


Jika tahap kesabaran sudah hilang, sebenarnya ia menunjukkan pada semua yang kamu mudah tewas dengan emosi sendiri. Jika gagal mengawal perasaan marah, bagaimana kamu mahu mengawal hal lain terutamanya yang melibatkan emosi? Bersikap tenang dan rasional biarpun berhadapan dengan situasi sulit, pasti semua orang bersedia menerima kamu.



Berhenti merenung tajam


Renungan mempunyai pelbagai maksud terpendam, tersirat dan tersembunyi. Ada kalanya orang akan merasa terganggu dengan renungan itu dan tertanya-tanya tujuan kamu merenung sedemikian rupa. Pasti pelbagai tanggapan yang muncul di benaknya termasuklah dari sudut negatif. Tindakan ini juga boleh dilabelkan sebagai Psychological Aggresison iaitu pencerobohan dari sudut psikologi.



Elak menyampuk


Biar orang lain menghabiskan katakatanya sebelum kamu memberi komen. Gangguan dalam komunikasi dua hala antara perkara yang harus dijauhi. Ia juga akan menjejaskan tahap sosial kamu. Apabila seseorang sudah habis menguraikan kata-katanya, barulah giliran kamu untuk meluahkan apa yang ingin disampaikan.



Jangan meludah


Perbuatan yang tidak senonoh dan boleh mengganggu emosi orang lain. Memang menjijikkan apabila kamu meludah tidak kira tempat terutamanya di kawasan awam. Ia juga menunjukkan yang kamu ini seorang yang pengotor.



Hormati yang lebih tua


Jika mahu diri dihormati, kamu harus menghormati orang lain terutamanya mereka yang lebih tua. Lagipun kini,ramai yang sudah hilang hormat terhadap orang lain. Orang muda mudah menganggap mereka tahu segala-galanya, sedangkan hakikatnya yang lebih tua sudah tentu makan garam terlebih dahulu. Pengalaman dan kemahiran bukan perkara utama untuk kamu tidak menghormati orang yang lebih tua.



Petikan dari REMAJA 1 Jun 2009





0 ayat cinta:

lapooorrr..

Sunday, May 31, 2009 marina 0 Comments

haloo.. selamat pagi.. kat kolej hari nie ada dua aktiviti bergerak dalam satu masa.. jogathon dan derma darah.. aku dua2 konfom tak leh join.. hahaha..

derma darah?? aku kan tengah makan ubat.. mana boleh.. dan lagipun darah aku cair.. memang aku tak leh derma darah pun..

jogathon?? tak kuasa aku.. dorang da lari dulu.. aku lari laz2 kan aku takder nombor plak.. tak mo aku.. kalu boleh biar dapat no.. hahahaa.. walau aku tak berapa sihat.. so di sebabkan itu aku memang la tak jogathon..

so aku duk kat library wat keje.. kol 11 ada perjumpaan staf.. lapoorrrr... tak sarapan da pening.. oksigen tak masuk kepala.. hahahaha.. tapi tadi pagi aku makan cokelat cadbury.. kenyang sket la.. kedai tak bukak pulak.. hangin satu badan.. hahahaaa..

then apa lagi ea.. emm tak der da.. cukup untuk entry pembukaan bagi pagi mulia ini.. hahahhaa... jumpa next entry..

0 ayat cinta:

info cantik dan sihat dari Remaja

Saturday, May 30, 2009 marina 0 Comments






Teh dan khasiatnya



Walaupun kawasan tanah tinggi Cameron Highlands cukup terkenal dengan tanaman tehnya. Namun, tradisi minum teh di kalangan masyarakat kita masih kurang popular berbanding Negara China atau pun Jepun. Sedangkan amalan minum teh ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikannya kepada kesihatan.Justeru, REMAJA himpunkan aneka tip dan khasiat di sebalik secangkir teh.





sahabat gigi



Teh mempunyai kandungan fluorida yang cukup tinggi dan mampu menguatkan gigi dan mencegah terbentuknya karang gigi. Untuk hasil yang maksimum, sebaiknya teh perlu diminum tanpa gula dan perasa tambahan. Selain itu, teh juga dapat mengurangkan sakit gusi, caranya mudah, kamu hanya perlu lekapkan gusi dengan uncang teh yang telah direndam di dalam air sejuk.





mencegah kanser dan diabetes



Zat polyphenols yang terkandung di dalam teh dikatakan dapat menghalang terjadinya pertumbuhan sel-sel kanser sekali gus meneutralkan radikal bebas, sehingga merangsang pertambahan daya tahan tubuh. Teh hitam pula mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin sehingga mencegah diabetes berlaku.





menjaga kesihatan kulit



Tangan kamu luka, terbakar, atau disengat lebah? Celupkan sahaja jari kamu di dalam secawan teh hijau. Ini kerana teh juga merupakan antiseptik semula jadi yang mampu meredakan rasa gatal dan pembengkakan.





menjaga daya ingatan



Teh hijau membantu otak kamu menjadi lebih fokus dan menajamkan ingatan. Orang tua yang mengamalkan minum teh (sekurang-kurangnya dua kali sehari) akan mempunyai ingatan yang lebih tajam berbanding mereka yang tidak mengambilnnya langsung.





melindungi kulit



Sapuan teh hijau pada kulit akan membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar matahari. Maka oleh disebabkan itulah, kebanyakan produk kecantikan seperti pelembap dan krim sinar UV mempunyai kandungan ekstrak teh hijau.





p/s: tips ini telah diambil dari Remaja 1 jun 2009

0 ayat cinta:

korean drama "on air"

Saturday, May 30, 2009 marina 0 Comments












cite on air nie da kuar kat tv da.. kat 8tv.. sebelum citer skunk main kat tv.. ijmae.. citer on air nie pasal citer belakang tabir dalam satu2 produksi drama la.. penulis skrip, pengarah, pelakon.. so tue la tajuk nye "ON AIR".. tapi tensen gak tengok cite nie.. complicated gak.. tapi best.. mugkin genre citer yang kita tak pernah tengok dari drama korea yang sebelum2 nie..

pada yang tak sempat tengok kat 8tv.. beli la cd nya ea.. hehheee..





on air




Title: 온에어 / On Air


Genre: Romance



Episodes: 21

Broadcast network: SBS

Broadcast period: 2008-March-5 to 2008-May-15






Air time: Wednesdays & Thursdays 21:55 (9:55 Korean time)





Synopsis

This new drama is about the behind the scenes of TV drama production. It also portrays how the whole production team and performers complete a project in a tight schedule and as well as how actors, actresses, and entertainment agencies handle rumors surrounding them. Jang Ki Joon is a manager who is in charge of the activities of many famous actors and actresses. One of them is Oh Seung Ah who is a rising actress. Lee Kyung Min is a drama PD, Seo Young Eun is a script writer with a young son.




Cast


Lee Bum Soo as Jang Ki Joon



Kim Ha Neul as Oh Seung Ah


Song Yoon Ah as Seo Young Eun

Park Yong Ha as Lee Kyung Min



Recognitions

2008 SBS Drama Awards: Female Top Excellence Award (Kim Ha Neul)
2008 SBS Drama Awards: Female Top Excellence Award (Song Yoon Ah)
2008 SBS Drama Awards: Male Lead Award - Special Drama (Park Yong Ha)



















0 ayat cinta:

esok ada jogathon

Saturday, May 30, 2009 marina 0 Comments






hai hai.. selamat pagi.. ha hari nie aku update awal ea.. hahahaa.. emm tak der benda menarik la berlaku malam tadi.. aku tido awal.. so tak der menda menarik la malam tadi..











nak citer pasal makan?? emm malam tadi makan nasi ayam jer.. tue pun tapau kat kolej lagenda mantin.. hahahaa.. omak aku tak sempat masak.. bapak aku bz tak sempat beli lauk nak masak.. so jadiknye makan pun biasa2 saje..











ha esok kan ada jogathon.. ntah nak wat kat mana ntah.. tapi yang pasti staf pun kena datang gak.. aku pun datang ler.. sebab staf ngan student terlibat skali.. then kol 11 ada perhimpunan untuk staf.. kah kah kah.. staf pun ada perhimpunan.. udah lama aku tak g perhimpunan.. kat kym mana ada.. last time masa hari terakhir form 6 dulu.. hahaha.. excited tue.. lagu kolej pun aku tak pernah dengar..











maybe sebab ada staf ktorang nak resign.. dan esok hari terakhir dia keje.. orang atasan jgak la.. diantara 3 jawatan penting atas.. ED, GM, OM.. so pegi jer la..











pasal jogathon tue aku pegi jer tapi aku takkan berlari pun.. well aku sudah bersara la lari2 nie.. hahahaa.. pakai la baju yang sesuai untuk bersukan.. masalah aku tak der kasut sukan.. tapi pakai jer la kasut apa pun.. hahahaa..











ha meh aku tunjuk kan hasil yang kuar dari mesin photostat library yang paling canggih itu.. jom!!





inilah hasil2 nya..

inilah hasil2 nya.. tapi sket jer aku amik nie.. mesin photostat tue sendiri pun aku belum amik gambar lagi.. hahahaa.. nanti ea... tunggukan nya..

0 ayat cinta:

tokoh utama kartun apa yang pas sama sifat kamu?

Friday, May 29, 2009 marina 0 Comments

Apa ya???


  1. Warna apa yang paling u suka?
  2. apa yang kamu lakukan bila melihat seseorang yang membuat kamu jatuh cinta tiba tiba
  3. Bila temanmu sedih apa yang kamu lakukan
  4. setiap kamu bangun bangun pagi apa yang kamu lakukan
  5. apa makanan yang paling kamu sukai
  6. apa yang paling sering kamu lakukan saat di kelas
  7. apa perasaan mu ketika menghadapi ujian?


Sponge Bob
Mmmm... u juga adalah contoh orang yg setia kawan u akan melakukan apapun demi menghibur sobat u. tapi u termaksud orang yg agak bodoh dalam pelajaran dan sangat ceroboh..
p/s: hahaha.. aku sendiri tak paham apa dia cakap.. ini bahasa indonesia ya.. lagipun kuiz ini dalam bahasa indonesia..

0 ayat cinta:

Tag by Effa

Friday, May 29, 2009 marina 2 Comments

TAG by Effa

aku dengan bangga aku wat tag nie ea.. thanks to effa sebab share.. say suka..

where is your cell phone?

kat bawah bantal.. hehehee

relationship?

single lagi..

your hair?

sibuk2 jer nak tau.. hahahahaa...

work?

yes

your sister?

ada 3.. along(sulung), ana( no 2) dan azah( last skali)

your favorite thing?

shoes & hp

your dream last night?

tak mimpi apa2.. hahahaaa

your favorite drink?

semestinya coke.. camni la..

your dream car?

suzuki swift.. smart r..

the room you re in?

my office

your shoes?

tak kira la berapa kasut aku ada..

your fears?

Allah S.W.T

what do you want to be in 10 years?

a Millionaire

what did you hang out with this weekend?

tak plan apa lagi..

what are you not good at?

emm apa ea??

muffin?

choc chip.. erm yummy

one of your wish list items?

Diamond Bracelet

where your grew up?

klang, selangor

last thing you did?

breakfast

what are you wearing?

office wear.. baju kurung

what aren't you wearing?

anime wear

your pet?

tak der..

you computer?

kat umah Acer.. kat Opis hp..

your life?

gorges.. hahahaa

your mood?

sleepy

missing?

somebody..

what are you thinking about right now?

this tag

your car?

tak der keta lagi.. tak mampu nak beli.. hahahaa

your kitchen?

selalu la berasap..

your summer?

nothing special..

your favorite color?

pink & red

last time you laughed?

ahad lepas.. tengok cite korea lawak kat 8tv kol 4-5..

last time you cried?

masa tengok cite becoming jane.. sedih.. sebab jane austin tak bersama ngan tom lefroy.. ati sakit.. hahahaa

school?

SMK MERU, SMK TINGGI KLANG

Love?

my family, my friends, my asset

so wants to share their ONEs?? How about?

all follower and anybody..

2 ayat cinta:

da masuk hari khamis

Friday, May 29, 2009 marina 0 Comments

hai semua.. hari nie da masuk hari khamis.. esok jumaat.. dan sabtu cuti.. yeyye yeyye.. aku terasa penat sangat weh minggu nie..

malam tadi.. dalam kol 9 kot.. aku mula2 baring2 jer kat katil.. tapi mata aku da tak larat da nie.. ntah macam ne aku boleh tertido.. aku skunk memang macam tue.. yerla malam semalam aku tido kol 12.30 weh.. yang pasal booking tiket tue la.. so malam tadi da tak tertahan mata.. ahhh syorga bila aku da tertido..

tapi tue la bangun pagi tadi aku rasa ada mengantuk g.. kaki aku sakit la weh.. siap berurat2 kaki aku.. sakit gila.. pagi nie aku pegi keje aku pakai kasut pegi jalan bukan kasut pegi keje.. nie baru rasa kurang sket kaki aku..

ha.. nanti aku amik gambar photostat library yang canggih tue ea.. dan hasil yang kuar dari situ.. tapi bukan skunk.. nanti ea.. tak der masa g la nak amik gambar..

dan berita gembira.. aku mungkin akan dipilih menyertai iso.. external audit.. so inilah masanya aku nak tunjukkan keupayaan aku.. dan baik untuk performance aku.. iaitu untuk confirmation, kenaikan gaji aku.. dan juga banyak lagi la.. tapi baru dalam proses calonkan nama.. dapat tak dapat kendian aku citer ea..

0 ayat cinta:

Siapakah Pasangan Kembar Selebriti Korea Anda? No reviews

Thursday, May 28, 2009 marina 0 Comments

Mengenal Pasti Kembar Selebriti Korea Anda Sekiranya Anda Pernah Terfikir Bahawa Anda Mempunyai Adik-beradik kembar....

  1. Apakah filem/Drama Korea Kegemaran anda?
  2. 2.Siapakah pelakon korea kegemaran anda?
  3. 3.Siapakah penyanyi korean kegemaran anda?
  4. 4.Sekiranya anda diberi peluang untuk melancong di Korea, dimanakah tempat pertama yang akan anda kunjungi?
  5. 5.Berapa lamakah anda akan mengahbiskan masa untuk melawat dan menikmati keindahan Korea?
  6. 6.Berapakah jumlah wang yang anda bajetkan atau peruntukan untuk melancong di Korea?
  7. 7.Apakah makanan Korea kegemaran anda?
  8. 8.Apakah teknologi Korea yang paling anda gemari?
  9. 9.Berapa banyakah DVD/VCD siri Drama Korea/Filem Korea yang anda miliki sekarang
  10. 10.Jika anda diberi peluang, Siapakah Selebriti Korea yang ingin anda keluar bersama?
siapa agak2 nya?? hahaha..

Daniel Henney
Rupa anda dan kembar anda amat mengagumkan. Sering menjadi perhatian sesiapa sahaja dan di mana jua anda berdua berada. Namun bergitu, sesetengah orang memberi pendangan negatif terhadap anda berdua dengan melabelkan anda dan kembar anda sebagai 'playboy'. Tetapi anda tidak kisah kerana anda mengetahui siapa diri anda yang sebenar. Pada masa lapang anda amat mengemari aktiviti bersenam terutama sekali jogging.

p/s: hahaha.. suka suka jek..

0 ayat cinta:

butik andaman

Thursday, May 28, 2009 marina 0 Comments


ok.. skunk aku akan wat entry untuk butik andaman.. iaitu bagi mereka yang mencari butik andaman untuk majlis kawen, tunang dan sebagainya..


jom kita pegi jauh..



About Us
weddingstation
One-Stop wedding station 227J Taman kiyai ridwan, Batu 7 Jalan Meru, Klang Selangor Darul Ehsan Fazilah - 019-2387818 Faeza - 019-3090268



weding station menawarkan khidmat Pelamin, Cukur Jambul, Deco Tangga, Deco Bilik dan Make Up.. nak wat majlis kat umah ke.. kat hotel.. kat dewan.. carik la dorang.. dorang bersedia memberikan perkhidmatan yang memuaskan..

jom tengok gambar hasil dari khidmat mereka..
























cantik2 jugak hasil kerja dorang kan.. untuk maklumat lanjut boleh layari blog ini http://weddingstation.blogspot.com/ .. tak larat la wat panjang2 entry nie.. tapi segala maklumat penting ada..





























0 ayat cinta:

library paling da boom.. hahahahaa..

Thursday, May 28, 2009 marina 0 Comments

tadi datang photostat baru.. hahaha.. library bakal canggih.. macam2 fungsi photostat tue ada.. nak wat banner?? ada.. nak scan?? ada.. bukan takat photostat kertas jer.. nak photostat gambar pun boleh.. wa cayalah.. nanti aku amik gambar photostat baru ea.. dia datang wat demo.. then isnin nie dia datang lagi.. pc aku yang akan control.. aku bab2 mcm nie memang suka..

akan gunakan sepenuh nye.. akan mencantikkan lagi library.. dan jangan jeles kalau library cantik dan canggih seiring misi library maju dan canggih 2010.. hahahaaa.. tapi rumit sket la.. step2 dia banyak.. takper.. kena explore betul2.. ada free.. explore abis2 abisan.. memang berniaga betul2 la.. staff lain nak guna.. aku yang kena wat kan.. hahahaha..( gelak berlagak)...

photostat paling canggih.. the latest punye produk dari konica.. tunggu ea.. aku amik gambar photostat dan gambar2 hasil2 yang datang dari photostat tue..

dan satu entry khas aku akan wat.. tapi aku tak der masa lagi la.. aku skip dulu la.. tapi aku da mintak permision untuk wat entry pasal tue.. so maybe dalam minggu nie jugak la..

0 ayat cinta:

berita gembira

Thursday, May 28, 2009 marina 0 Comments

wah.. gembira nya aku hari nie.. akhirnya urusan selesai.. tinggal tunggu masa jer terbang.. uk nantikan kedatangan ku disana!!! hahahaha.. gilo apo..

nak tau tak kenapa aku gembira.. aku ada dua berita gembira... aku citer satu2 ea.. tapi takdo gambar la ea.. tak sempat.. nak cepat jer tadi..

ok yang pertama.. aku da ada pasport.. alhamdulilah.. aku wat tunggu 2 jam jer.. tadi masa sampai kat imigresen.. tengok2 borang aku.. pegawai tue cakap.. ala sabah la.. aku da cuak.. jangan lambat siap pasport aku da.. dia mintak surat beranak aku.. pastu dia suwuh aku copy.. tengah aku copy bapak aku isi borang menyatakan aku anak ayah aku.. lahir jer kat sabah.. bukan kerakyatan sabah..

ayah aku siap bawak surat beranak, ic mak aku.. ayah aku punye surat beranak.. standby la.. macam abg halim sebab ayah abg halim memang orang sarawak.. aku ayah aku mak aku orang semenanjung.. so aku tak der la masalah.. lega sangat2.. siap dalam 2 jam.. muka jangan cakap la.. lawak gila.. punya awal sampai takut ramai orang kat shah alam tue..

7.45 jugak ktorang da serah borang.. kol 10 amik pasport.. hahahaa.. afik een tak leh da kenakan aku.. aku pun da ada da pasport.. laku dalam 5 tahun.. bayar rm 300.. sementara tunggu.. g makan.. ya allah kedai makan tue harap jer macam ada kelas.. tapi banyak lipas.. da makan baru nampak.. tak jaga kebersihan betul.. kembang tekak..

berita gembira ke 2.. setelah dapat pasport.. ktorang bergegas ke klia.. nak bayar tiket yang malam tadi booking 5 orang.. pastu beli kaunter 1 tiket.. skali.. harga da naik.. 1000 lebih weh.. rupanya.. promosi tue hanya dalam booking online jer.. kalau beli kaunter harga biasa.. tambah 1000 lebih..

kuar2 klia.. ayah aku terus tepon een.. suwuh cek kat online skunk harga bapa.. pastu een cakap skunk harga da naik.. tiket yang dorang booking tu da abis.. pastu aku da berserah jer.. tak lama ayah letak hp.. een kol.. een cakap ada kosong da.. maybe ada orang booking tiket.. pastu maybe dia cancel booking.. atau dia tak bayar booking dalam 24 hours.. so terbatal sendiri..

ayah cepat2 suwuh een booking.. dan een dengan pantas da siap isi.. tinggal amik no pasport dan expired date jer.. terus booking.. dan nanti ayah bawak topek ngan een pegi klia pegi bayar.. dan segalanye selesai..

cume raya taun nie sederhana aja la ea.. hehehe.. dan raya ngan kawan2 tak der dalam tahun nie..

dan aku ngan family tunggu time untuk terbang.. raya ke 3.. yahooo...

0 ayat cinta:

selamat tengah hari

Thursday, May 28, 2009 marina 0 Comments

hai.. sory.. hari nie update blog lewat sket.. hari nie masuk opis lewat.. kol 12 baru masuk.. yerla.. tetibe ada hal pagi nie kena setle.. apa halnye?? wuishhh rahsia.. nanti aku gtau next entry ea..

gaji aku da masuk da.. tadi aku cek.. ala sama jer macam gaji bulan lepas.. tapi ada berita gembira tau.. berita gembira aku citer entry lain ea..

penat aku.. berkejaran.. siap pegi sana sini lagi.. hahahahaa

0 ayat cinta:

Are you ready to be in a relationship?

Wednesday, May 27, 2009 marina 0 Comments

Sometimes we are in it for the wrong reasons, sometimes we stay in it for the other person, sometimes we don't know what we want, sometimes were just lonely and sometimes we just aren't ready...

  1. How do you handle a break-up?

  2. What are you looking for in a potential boyfriend/girlfriend?

  3. When you get into a fight with your hunny, what is usually your reaction?

  4. In a relationship what is your sex life like?

  5. What is love to you?


the answer is...



Dating time starts here... Your not quite ready to be in a relationship but that doesn't mean that you shouldn't get out there and try the dating circuit. Take it slow and easy... if things progress in the right direction, thats exactly what you need but take your time... be patient with life. Please know that you are still on a journey to finding yourself and dating the wrong person can hold you back instead of taking you in the right direction. Enjoy your freedom, get active and remember you are the most important person in YOUR life. No one can take away your self worth and when your ready you'll know...

0 ayat cinta:

GENTING CABLE FELL DOWN - (not reported in news)

Wednesday, May 27, 2009 marina 0 Comments

rasanya story nie da lama la.. dulu da pernah kuar.. tapi kenapa aku search tak jumpa.. pelik..









GENTING CABLE FELL DOWN - (not reported in news)









kita layan gambar jer ea..


perhatikan kabel warna merah ea..


masih kat atas lagi.. tapi penyambung da tak der

udah jatuh.. tak tau ada orang tak dalam tue..

kalau ada orang dalam tue.. mesti gelabah gila kan.. nyawa di hujung kereta kabel jer.. memang da lama benda nie.. tapi lepas nie.. aku konfom takut nak naik keta kabel( genting skyway).. next time kalau satu family pegi genting.. bawak keta jer sampai atas.. takut la weh.. rasa macam merelakan jer..

satu lagi kisah yang berlaku di genting..

0 ayat cinta: