oreo cheesecake untk juadah hari raya haji..

Saturday, October 27, 2012 marina 0 Comments

hye peeps...

citenye bermula begini... aku dari hari raya aidilfitri lagi aku dok sibuk2 ckp nk wat oreo cheesecake.. dok ura2 kt fesbuk.. tp buatnye idok.. maklumlah mase tu xjmpe bahan2 nk wat kek.. plus xder oven.. tp ada satu resepi nie no bake tp pakai gelatin.. mmg berkobar-kobar nk wat.. tp sbb bahan xjmpe... last niat tu di pandang sepi je.. hihih..

dan tak lama lps tu mak aku beli oven.. so, semangat tu dtg balik.. then ahad lepas aku g carik bahan2 nye.. dan dapat.. aku plan nk wat kek untuk raya haji.. then khamis semalam.. balik dari keje.. aku trus la buat.. tapi sbb xbeli mixer then pakai la tangan yang Allah kurniakan nie.. tp yang mengacau2 bahan2 adik aku.. dye nk kacau sgt kan.. bagi je la.. 

bahan2 utk wat base:

1 cawan setengah oreo
2 sudu besar butter
2 sudu besar brown sugar
1 sudu besar serbuk kayu manis

mule2 aku buat base dye dlu.. oreo yang dibuang krim dye dihancur-hancurkan.. then da hancur aku gaul dengan brown sugar n butter.. actually dlm resepi aku tgk ada letak serbuk kayu manis jgak.. tp aku xjmpe bnda tu.. then aku wat ape yg ada... pung pang pung pang.. jadik la base... masukkan dlm peti ais..

kali nie untuk wat cheese dye lak...

bahan2 utk wat isi dye:

2 sudu besar tepung
2 kotak  cream cheese phidalephia
2 cawan penuh biskut oreo
2 sudu besar sour cream
3 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
1 biji lemon

cara dye.. mula2 aku kacau cream cheese tu smpai kembang.. nak tau da kembang ke belum.. senang je.. adunan tu nnti akan terasa ringan je... pastu masukkan sour cream... pukul2 sampai sebati masukkan tepung.. then da sebati masukkan gula...  then tepi kan dulu...

pukul telur dlu sebijik demi sebijik.. sebijik masuk pukul 1 minit.. telur kedua masuk pukul seminit.. telur yang last masuk pukul dalam 2-3 minit...

then campurkan dalam adunan cheese tdi... kacau2 sampai sebati dan kembang.. dan sudah sume tu.. letak atas base td.. actually patut ada air lemon.. tapi aku lemon xbeli tertinggal beli.. kalu ada.. lagu bgus.. bgi masam2 lagi mcm kat secret recipe punye style.. then xwat orang rase loya sgt la dengan cheese n manis gula lagi..

then bakar.. sebelum bakar panaskan oven selama 10 minit dgn kepanasan 150.. then oven da panas.. kter bakar la selama 45 minit dgn kepanasan 150... dengan api sederhana.. kalu rasa xmasak lagi tambahkan 10 minit.. ikut resepi aku tgk nie dye wat gune kaedah waterbath.. tp aku xbuat.. maybe dye xnk kek tu rapuh kot.. mmg pun.. sbb  aku nye kek mmg mcm ada retak2 sket.. hihi.. xkisahla first time wat kan.. 

then da masak.. biar dalam oven dalam 1 2 jam tu bagi kes yg biler dye gegarkan kek dye mcm cair2 lagi mcm xmsk lg.. so, biarkan dalam oven dgn api yg da ditutup.. biarkan dye masak dgn saki baki kepanasan oven yang ada tu... da sudah masukkan dalam peti ais.. then dlm 4 5 jam bley la dipotong dan dimakan...

kat bawah nie gambar2 masa aku wat aritu.. xderla cantik sgt.. maklumlah first try... hihih...





nie yang da siap letak atas base...


dalam oven 



nampak tak retak2 sket.. maybe sbb aku pakai loyang yg pakai buang kot.. tp senang pakai loyang nie.. cume koyakkan tepi sket je.. dapatla kuarkan ciskek tu...



tadaaaa... hasil oreo cheesecake aku..



akhirnya berjaya jugak aku buat.. so, heppi.. apepun selamat mencuba...

0 ayat cinta:

Tips Cinta Sejati

Wednesday, October 24, 2012 marina 0 Comments

now aku da share tips2 yang aku google.. moga berguna.. :)

Tips Cinta Sejati


Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.

1. Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?? Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik, percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.

4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

0 ayat cinta:

tips kuruskan badan...

Tuesday, October 02, 2012 marina 0 Comments

hye uols.. lmer xupdate belog.. so far now aku da tggl sebulan terakhir berpratikal.. wah xsbr nk abis praktikal.. penat tau bgn kol 5.15 utk g keje kt kl sner.. ulang alik dr nilai....

mule2 mase praktikal sni xbpe sgt la best nya... biasa2 je.. hubungan dengan staff pun kureng sket la.. yerla.. baru2 lagi kan... tapi mase 2 month.. da okai.. da bley ngam... pegawai2 okai.. bos pun okai..

skunk nie plak tgh nk pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 rabu depan 10 oktober.. jadi skunk nie tgh sibuk nk kuarkan kad undangan bagai la.. after nie aku nk kena wat buletin jiwa plak... so, aku arap cpt2  la abis.. wake me up when oktober end.. hihih..

dan skunk aku tgh gegeh nk menguruskan badan balik.. berat aku da nek dr 53 ke 55... kebiasaannya berat aku 53/54.. tp nie da nek smpai 55.. so, risau la.. sbb nmpk sgt kenaikannya kt pipi aku.. yeahh pipi aku nek.. bulat da... so, aku pun gegeh crik tips kt mr google.. nie dye yg aku jmpe..

dari http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/...

tip-kuruskan-badan


ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.comuntuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
selain tu dari http://annehashim.com/8-tips-menguruskan-badan-cara-diet/.. so, anda sume bley tgk ye blog2 nie.. aku rase btul jgk tip2 yg disyorkan.. apapun sbnrnya diri kita.. kuat ke x kuat..


p/s: mulai skunk tiap2 malam nk wat lompat bintang 100 kali...


0 ayat cinta: