MyTV3 Kini Berwajah Baru

Thursday, October 28, 2010 marina 0 Comments

NANTIKAN KEMUNCULAN WAJAH BARU

Bermula tahun 2004, MyTV3 telah menjadi platform terbaik untuk para penonton setia TV3 yang mahu mendekati stesen televisyen kegemaran mereka.

Kapsul MyTV3 yang bersiaran selama 2 minit sahaja bakal berwajah baru dengan kelahiran program 30 minit yang akan mula ditayangkan pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6.00 petang. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahli MyTV3 di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.

aktiviti menarik bersama MyTV3

Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyDAY dan MyZONE.

Sejak memulakan operasinya secara tidak rasmi di Karnival Sure Heboh (kini dikenali sebagai Jom Heboh) pada tahun 2004, sesi pendaftaran dan pengambilan ahli-ahli baru MyTV3 rancak dijalankan selama 7 tahun. Sehingga kini, MyTV3 masih berdiri kukuh dengan jumlah keahlian hampir 1 juta orang.
Menerusi program 30 minit tersebut, MyDREAMS merealisasikan impian ahli MyTV3 yang terbuku di dalam hati mereka seperti mahu melancong ke luar negara, ingin memandu kereta mewah, beramah mesra dengan pujaan artis dan sebagainya.

Dalam segmen MyMEMBERS, ia memaparkan keunikan kisah hidup ahli MyTV3 untuk dijadikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing. Seterusnya dalam MyDAY, krew MyTV3 akan menerjah ahli-ahli MyTV3 tanpa dijangka dan memberi kejutan yang tidak dijangka seperti meraikan hari jadi dan menjalankan aktiviti-aktiviti spontan bersama MyTV3 Roverz.

sesi penggambaran MyTV3

Manakala dalam MyZONE pula, ia memaparkan pelbagai informasi dan paparan buletin tentang ahli-ahli MyTV3 yang terlibat dalam acara-acara yang dianjurkan oleh TV3 seperti Karnival Jom Heboh, MyTV3 Campus, School Attack, Kids Parade, Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.

Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka. Malahan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menjawab soalan mingguan.

Menurut Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Penubuhan keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3.

Mereka bukan sahaja dapat jemputan eksklusif di acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh, School Attack, Kembara TV3, Seminar Untukmu Wanita dan lain-lain. Malah mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Kami berasa ia suatu pemberian yang amat bermakna kepada para penonton setia kami khususnya ahli-ahli MyTV3.”

“Kami amat berbesar hati kerana MyTV3 masih menerima pendaftaran ahli baru di gerai MyTV3 semasa Karnival Jom Heboh, aktiviti bersama kolej dan universiti serta pendaftaran SMS. Dengan pembaharuan yang dilakukan pada program MyTV3 dan dipanjangkan masa siarannya kepada 30 minit, kami berharap dapat memberi manfaat maksimum kepada ahli-ahli My TV3 di seluruh Malaysia.”

Secara umum, MyTV3 telah diperkenalkan bagi melambangkan pendekatan terhadap penonton. Ahli akan berasa dekat dengan TV3 khususnya apabila merujuk pada MyTV3. Tahun 2004, MyTV3 telah memulakan operasinya secara tidak rasmi di Karnival Sure Heboh (kini dikenali sebagai Jomheboh).
Disinilah pendaftaran dan pengambilan ahli-ahli baru MyTV3 dijalankan. Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Pelancaran wajah baru MyTV3 akan diadakan di gerai MyTV3 bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 7 November 2010 jam 5.30petang. Ahli-ahli MyTV3 dialu-alukan untuk meraikannya bersama krew MyTV3, MyTV3 Roverz dan juga artis-artis jemputan seperti Intan Ladyana, Erry Putra, Comel Hotel Mania dan Munir.

Krew penerbitan program MyTV3 diketuai oleh Aidid Marcello selaku Penerbit Eksekutif merangkap pengacara, Faizal Affendy Roos Affendy selaku Penerbit dan dibantu oleh Roziela Rusli. Teruskan memberi sokongan anda kepada program keahlian MyTV3 dan jangan lupa untuk mengikuti siaran program MyTV3 setiap hari Ahad jam 6.00petang di TV3 mulai 7 November 2010. Sebarang maklum balas, sila hubungi talian MyTV3 03-77242485, melalui Facebook www.facebook.com/mytv3 dan emel kepada mytv3@tv3.com.my

Krew MyTV3 (a)

0 ayat cinta:

Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010

Thursday, October 28, 2010 marina 0 Comments

Siri jelajah Shout! Awards kini bermula…
Peluang anda untuk beramah mesra dengan finalis Shout! Awards!

Sudahkah anda bersedia menyaksikan acara paling gempak dalam industri hiburan Malaysia? Ya, Shout! Awards 2010 semakin hampir! Kita sedang menghitung hari menantikan anugerah paling hip di Malaysia!

Shout Awards

Merangkumi sektor Muzik, TV & Filem dan Radio tanahair, Shout! Awards 2010 merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak besar kepada industri hiburan Malaysia.

Sebagai pembuka tirai kepada acara berprestij ini, Shout! Awards 2010 akan menemui peminat-peminat semua dalam satu siri jelajah di bandar-bandar berdekatan anda. Inilah satu-satunya peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan calon-calon, barisan penyampai dan artis-artis yang bakal membuat persembahan dalam Shout! Awards 2010.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Sonaone dan Alif Satar dan Daphne Iking Ahad ini (31 Oktober 2010) jam 5.30 hingga 6.45 petang di Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Masih tidak puas? Siri jelajah Shout! Awards 2010 akan ke destinasi seterusnya di Mahkota Parade Melaka pada 6 November 2010 (Sabtu) jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Peminat-peminat di Melaka pastinya teruja dengan kehadiran artis-artis popular antaranya Pesawat, 6ixth Sense, Altimet dan Sonaone. Destinasi seterusnya ialah e@curve, Mutiara Damansara pada 13 November 2010 dari jam 1.00 hingga 3.00 petang dan anda berpeluang beramah mesra dengan Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna.

Tandakan calendar anda dan pastikan anda berada di setiap lokasi siri jelajah Shout! Awards 2010 kerana ini merupakan satu-satunya peluang anda beramah mesra dengan artis-artis popular tanahair!
Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan memenangi pas-pas eksklusif ke Shout! Awards 2010. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan 8Team di beberapa lokasi berdekatan anda iaitu UCSI University pada 28 Oktober 2010 dari 12.00 tengahari hingga ke 2.00 petang, HELP University dari 2 November 2010 ham 12 tengahari ke 2.00 petang dan di MMU Cyberjaya pada 10 November dari 12.00 tengahari hingga 2.00 petang.
Selain itu tiket-tiket ini boleh dimenangi dengan menonton 8TV Quickie atau menerusi rakan media Shout! Awards 2010 iaitu HotFm, Fly FM, Suria Fm dan Red FM.

Anda juga berpeluang memenangi tiket-tiket ini dengan menyertai peraduan-peraduan di majalah-majalah dan akkhbar harian.

Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau layari laman sesawang Shout! Awards 2010 Facebook Fan Page.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Power Vocal Award, Flava Award, Rockstar Award, Favourtie TV Host, Best Onscreen Chemistry Award, Shout! Awards 2010 sememangnya anugerah yang ditunggu-tunggu oleh khalayak!

Jangan ketinggalan untuk turut serta memeriahkan siri jelajah Shout! Awards 2010 di lokasi-lokasi berikut:

31 Oktober 2010 Ahad Sungei Wang Plaza 5.30 – 6.45 petang
6 November 2010 Sabtu Mahkota Parade Melaka 2.00 – 4.00 petang
13 November 2010 Sabtu e@Curve, Mutiara Damansara 1.00 – 3.00 petang
“Kehangatan kian terasa. Anugerah gilang-gemilang yang menjadi bualan ramai kini semakin hampir! Atas sambutan yang cukup memberangsangkan ketika kali pertama disiarkan di kaca TV tahun lepas, Shout! Awards 2010 sememangnya memberikan impak yang besar dalam industri hiburan Malaysia. Edisi kedua kembali untuk memberikan ruang dan platform bagi bakat-bakat kreatif terus diiktiraf sekaligus menjadi pemangkin supaya mereka terus menyumbang idea kreatif mereka kepada industri hiburan tanahair,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Kim menambah “Kami juga ingin memberi peluang kepada peminat-peminat untuk bertemu dengan idola dan artis kegemaran mereka di acara berprestij ini!”

Shout! Awards 2010 akan disiarkan secara LIVE dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara ekslusif di saluran hip 8TV! Majlis ini akan dimulakan dengan acara karpet ungu yang membariskan personaliti dan artis-artis popular tanahair!

Pemenang-pemenang akan dipilih menerusi undian sms dan online yang telah dibuka dari 18 Oktober 2010 hingga ke 19 November 2010. Untuk mengundi finalis-finalis kegemaran anda sila layari www.shoutawards.com.my atau SMS undian anda ke SHOUT dan hantar ke 33399.

Shout! Awards 2010 dengan bangganya dibawakan khas secara ekslusif kepada anda oleh pengajur dan penyiar rasmi 8TV dan dicetuskan oleh penaja utama Xpac.

turut mengalu-alukan rakan media Fly FM, Hot FM, Red FM dan Suria FM. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan info-info terkini sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atauwww.8tv.com.my .

0 ayat cinta:

hayati kisah ini.. Aku dah kawin skarang

Thursday, October 28, 2010 marina 0 Comments

220850.27.10_u

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

0 ayat cinta:

Senarai Pencalonan Festival Filem Malaysia 23

Saturday, October 16, 2010 marina 0 Comments

Setelah lama tertangguh, akhirnya pada 24 Oktober 2010 ini Festival Filem Malaysia ke 23 akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Untuk penonton di rumah, anda boleh menonton siaran langsung di saluran RTM dan Astro PRIMA. Pertama kali dalam sejarah, FFM dibuat di SACC, Shah Alam.
Pada jam 11 pagi tadi, telah berlangsung Sidang Media Pengumuman Top 5 di Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

Filem Magika mendahului senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 23 dengan 12 pencalonan. Mengekori rapat filem terbitan KRU Studios itu adalah filem arahan Azahari Mohd Zain, Santau dengan 11 pencalonan.

Filem Estet arahan Mamat Khalid pemenang trofi Pengarah Terbaik FFM21 menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang mengekori rapat dengan 8 pencalonan bersama filem Haq. Kedua-dua filem itu belum ditayangkan kepada umum. Diikuti rapat filem Belukar dan Legenda Budak Setan dengan 7 pencalonan, Niyang Rapik dengan 6 pencalonan dan Evolusi KL Drift 2 dengan 5 pencalonan.

Senarai pencalonan akhir Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik tidak diumumkan
Mamat Khalid turut dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik menerusi filem yang bakal ditayangkan di Tayangan Perdana FFM 23 sempena Majlis Perasmian festival itu yang berlangsung 20 Oktober depan.

Pelakon Shamsul Datuk Yusof mengejutkan hadirin apabila disenaraikan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2 mengenepikan calon favourite Shaheizy Sam menerusi filem Adnan Sempit. Turut tercalon dalam kategori itu ialah Bront Palare menerusi filem Belukar, Esma Daniel (Santau), Farid Kamil (Legenda Budak Setan) dan Zulhuzaimy (Haq).

Manakala dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, nama pelakon Sharifah Amani yang menampilkan lakonan berkesan menerusi filem Muallaf dan Fazura dalam filem Pisau Cukur turut dipinggirkan. Antara pelakon wanita yang tersenarai dalam kategori tersebut ialah Jasmine Michael menerusi filem Estet, Lisa Surihani (Legenda Budak Setan), Maya Karin (Pisau Cukur), Mislina Mustaffa (Karaoke) dan Putri Mardiana (Santau).

Selain dicalonkan sebagai Pengarah Harapan, filem muzikal Magika turut tercalon dalam kategori Poster Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ziana Zain), Filem Komedi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Turut mengejutkan apabila pelakon filem Anak Halal, Remy Ishak tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Evolusi KL Drift 2 walaupun filem itu bukan filem pertamanya. Turut tersenarai dalam kategori itu ialah Kamal Adli menerusi Niyang Rapik, Redza Minhat (Pisau Cukur), Shashi Taran (Estet) dan Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara).

Tersenarai dalam kategori Pengarah Harapan ialah pengarah filem yang berjaya meraih pencalonan yang banyak seperti Magika, Haq dan Belukar iaitu Edry Abdul Halim, Hor Chee Leong dan Jason Chong Chia Shien. Turut tersenarai ialah Rozihan Zain (Hooperz) dan pelakon berpengalaman Farid Kamil (V3:Samseng Jalanan).

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki pula, Bront Palare dicalonkan menerusi filem V3:Samseng Jalanan, K.S. Maniam (Estet), Que Haidar (Legenda Budak Setan), Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2) dan Zul Suphian (Santau).

Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita pula, Lisa Surihani dicalonkan menerusi filem V3: Samseng Jalanan, Norliana Shamsudin (Adnan Sempit), Nur Fazura (Legenda Budak Setan), Raja Farah (Haq) dan Ziana Zain (Magika).

Kembali diperkenalkan di FFM 23 adalah kategori Filem Komedi Terbaik yang menampilkan Adnan Sempit, Kapoww, Magika, My Spy dan Pisau Cukur sebagai calon akhir.

Senarai pencalonan diumumkan Nancie Foo, Urusetia Penjurian FFM 23. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Mahyuddin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS. Antara selebriti yang hadir ialah Mamat Khalid, Norman Abdul Halim, Iqram Dinzly, Shamsul Datuk Yusof, Sharifah Shahirah, Bront Palare dan ramai lagi. – kredit: Portal GUA

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae – Belukar
2. Esma Daniel – Santau
3. Farid Kamil – Lagenda Budak Setan
4. Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
5. Zul Huzaimy – Haq

Pelakon Wanita Terbaik
1. Jasmine Micheal – Estet
2. Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
3. Maya Karin – Pisau Cukur
4. Mislina Mustaffa – Karaoke
5. Putri Mardiana – Santau

Lakon Layar Terbaik
1. Ahmad Idham – Niyang Rapik
2. Azahari Zain – Santau
3. Jason Chong – Belukat
4. Jumaatun Azmi – Haq
5. Mamat Khalis – Estet

Cerita Asal Terbaik
1. Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
2. Brian Iskandar – Haq
3. Edry Abdul Halim – Magika
4. Mamat Khalid – Estet
5. Uttam Kumar – Pulau Asmara

Sinematografi Terbaik
1. Indra Che Muda – Estet
2. Indra Che Muda – Santau
3. Mohd Noor Kassim – Magika
4. Raja Mukhriz – Niyang Rapik
5. Ramli A. Bakar – Belukar

Penyunting Terbaik
1. Ahmad Mustadha – Niyang Rapik
2. Brian Ng – Santau
3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
4. Hisham Jupri – Evolusi KL Drift 2
5. Lim Sheu Fen – Belukar

Skor Muzikal Asal Terbaik
1. Brian Ng – Santau
2. Brian Ng – Niyang Rapik
3. Brian Ng – V3: Samseng Jalanan
4. Edry Halim – Magika
5. James Baum – Evolusi KL Drift 2

Filem Animasi Terbaik
1. Atok Poie Pekan – Animagis Sdn Bhd
2. Buas – Charukphong
3. Chellup – Elite Animation
4. Ramadhan Mat Jo – Elite Animation
5. A Day In A Life of Mr. Teddy – Arshad Noor

Filem Pendek Terbaik
1. Hargai Sejarah Anda – Yellow Pictures
2. Srok – Syaabani
3. Sub Rosa – Nadiah Hamzah
4. Projek Genex – Ainotek
5. The Five Rules – UiTM Shah Alam

Poster Terbaik
1. Belukar
2. Estet
3. Magika
4. Pisau Cukur
5. V3: Samseng Jalanan

Pereka Busana Terbaik
1. Haq
2. Jin Notti
3. Magika
4. My Spy
5. Santau

Lagu Tema Asal Terbaik
1. Penyembuh Rindu – Magika
2. Syurga Seketika – Niyang Rapik
3. Menggegar Dunia – My Spy

Pelakon Harapan Lelaki
1. Kamal Adli – Niyang Rapik
2. Redza Minhat – Pisau Cukur
3. Remy Ishak – Evolusi KL Drift 2
4. Shashi Taran – Estet
5. Sheikh Bolkiah – Pulau Asmara

Pelakon Harapan Wanita Terbaik
1. Daphne – Belukar
2. 2 Alam (to be updated)
3. Lagenda Budak Setan
4. Putri Mardiana – Santau
5. Pulau Asmara (to be updated)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae – V3: Samseng Jalanan
2. KSManiam – Estet
3. Que Haidar – Lagenda Budak Setan
4. Shaheizy Sam – Evolusi KL Drift 2
5. Zul Huzaimy – Santau

Pelakon Pembantu Wanita
1. Lisa Surihani – V3: Samseng Jalanan
2. Norliana Samsudin – Adnan Sempit
3. Fazura – Lagenda Budak Setan
4. Raja Farah – Haq
4. Ziana Zain – Magika

0 ayat cinta:

(Shout! Awards 2010) Fesyen Aliyah Tiru Gaya Lady Gaga, Nur Fazura Undian Tertinggi Hot Chicks

Saturday, October 16, 2010 marina 0 Comments


Terima kasih Media Prima. Akhirnya kami terima juga beberapa set gambar ketika majlis pengumuman calon-calon untuk Shout! Awards 2010. Ramai juga artis yang hadir, antaranya Aizat, Mizz Nina, Jacklyn Victor, Yuna, Joe Flizzow, dan aktres Indonesia, Nia Ramadhani.
Antara yang kami ingin hi-lite kan, fesyen Aliyah yang meniru gaya Lady Gaga, berambu-ramba cekak rambutnya. Ramai yang kata, Aliyah seperti krisis identiti. Namun pada kami, ini satu kelainan yang unik, sekurang-kurangnya umum tidak dihidangkan artis stereotaip.
Cerita lain pula, sedikit kajian yang kami lancarkan kelmarin berkenaan Hot Chick Awards telah menerima sejumlah 1976 undian, di mana Fazura menerima 33%, Nora Danish (30%), Vanidah Imran & Mizz Nina (11%), Scha (8%) dan Maya Karin (7%). Untuk undian rasmi, pihak Shout! Awards akan membuka undian secara online mulai 18 Oktober. Pilih artis kesayangan anda & ajak kawan-kawan agar mengundi sekali.

0 ayat cinta:

Bang Bang Boom Musim Baru Banyak Kejutan

Saturday, October 16, 2010 marina 0 Comments

TAMPIL DENGAN MUSIM BARU YANG LEBIH KELAKAR!

BANG BANG BOOM ! Sebuah program komedi jenaka yang pasti tidak kering gusi kembali bersiaran dengan musim terbarunya mulai 26 Oktober 2010, setiap hari Selasa jam 10.00malam di TV3. Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, BANG BANG BOOM! (BBB) sering melakukan pembaharuan dalam memberikan kejutan kepada para peminat setianya.

Diterbitkan oleh Primeworks Studio, BANG BANG BOOM ! (BBB) mempertengahkan konsep yang santai dan lawak jenaka dengan perwatakan dua pengacara, Amat (Reezman Esa) dan Azahari (Ahmad Azahari Mohd Ali) yang spontan dan ‘gila-gila’. BBB musim ke-6 ini mempersembahkan empat segmen iaitu Amekaw (segmen baru), Mwahaha, Terima Kasih dan Bang.

DSC_3175-1

Amekaw, segmen terbaru dalam BBB merupakan pengubahsuaian daripada segmen ‘Ada berani’ dan ‘ Tak de Pasal Cari Pasal’. Jika dalam musim yang lepas, krew BBB hanya tertumpu di rumah-rumah peminat BBB, kali ini, krew produksi mengambil langkah yang lebih besar dengan meredah kampung.
Yang menarik dalam segmen ‘Amekaw’, temasya sukan yang diadakan memaparkan pelbagai aksi permainan kampung yang telah diolah menjadi ‘gila-gila’ dan lebih mencabar! Amat dan Azahari akan mengenakan kostum mengikuti tema di setiap lokasi bersama selebriti jemputan yang turut menjayakan segmen tersebut seperti Sarah Raisuddin, Wan Sharmila, Yasmin Hani, Asry Azizan (Kapten Kit), Gambit dan ramai lagi.

Perarakan orang kampung akan diadakan dengan riuh rendah sebelum memulakan temasya sukan tersebut. Peserta yang berjaya dalam mengharungi pelbagai cabaran bakal memenangi hadiah wang tunai yang menarik.

P1010047-1

Segmen – segmen yang sudah sebati dalam program BBB seperti ‘Mwahaha’ iaitu gurauan jalanan bersama orang awam yang dirakam secara kandid dengan reaksi spontan samada melatah, marah ataupun gelak ketawa pasti tidak ketinggalan dengan elemen-elemen baru yang menarik.
Selain itu, BBB juga menampilkan segmen ‘Terima Kasih’ yang memaparkan keperihatinan orang ramai terhadap mereka yang memerlukan serta segmen yang paling diminati iaitu ‘Bang’. Dalam segmen Bang pula, peserta boleh menjadi ‘Tok Dalang’ untuk memerangkap rakan karib iaitu ‘Target’ ataupun mangsa. Segmen ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada golongan selebriti malah para penonton BBB yang berminat dan mempunyai idea yang unik juga dialu-alukan.

DSC_0535-1

Menurut penerbit BANG BANG BOOM, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim, “BANG BANG BOOM merupakan sebuah program komedi yang sudah popular di kalangan penonton TV3. Gurauan dan cabaran yang dipersembahkan dalam BBB bertujuan untuk memberikan hiburan secara santai. Walaupun BBB dilihat sebagai program yang ‘gila-gila’, krew penerbitan tetap mengambil kira batasan agama dan sensiviti masyarakat supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.”
BANG BANG BOOM musim ke-6 bakal menemui para penonton TV3 pada 26 Oktober 2010. Jangan lupa janji temu anda setiap hari Selasa jam 10.00malam, pasti tidak kering gusi dan terhibur bersama BANG BANG BOOM, hanya di TV3!

DSC_2550-1
DSC_2893-1
DSC_1217-1
DSC_0246-1
DSC_0337-1
Amat & Azahari bersedia untuk segmen Amekaw!-1
Amat & Azahari-1

0 ayat cinta: